Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti gulung berinti daging cincang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti gulung berinti daging cincang. Papar semua catatan

Roti gulung berinti daging cincang


Actually saya buat roti ni dah lama tau.. sebelum bersalin.. tak sempat buat entry tapi aqilah dah nak keluar.. hehhehe.. banyak lagi entry yang sepatutnya publish sebelum bersalin tapi tertunggak.. (^_^).. Roti ni bagi saya yang pada masa saya buat tu lapar tahap gaban memang sedap lah.. Ni bila tengok gambar dah rasa teringin, tapi tengah berpantang la pulak.. adehhh... (",)

Saya buat roti ni just ikut kreativiti saya je.. apa yang ada dekat rumah, yang tu lah saya guna.. hihii.. Cara2nya : Tumis bawang besar + bawang putih yang dipotong dadu.. lepas tu masukkan daging cincang + ubi kentang yang dipotong dadu.. lepas tu masukkan cili sos + sos tomato + sos tiram + air + garam = masak sampai kering... Ambik sekeping roti, letak inti yang dah masak tadi.. gulung, lepas tu celup dalam telur & goreng.. Saya goreng guna kuali yang tak payah guna minyak tu.. tapi saya letak marjerin sikit.. (",)

Senang je kan buat.. cuma kita perlu kreatif je.. saya masa buat ni, takda sayur dalam peti ais, kalau tak, gerenti saya letak punya.. ada ubi kentang je.. jadilah dari takda langsung... hihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...