Berjaya habiskan tempoh berpantang

Rasa macam nak lompat bintang je ni haaa... Finally pada 11/10/2014 adalah hari last saya berpantang... Yeayyyy.. Opsttt Alhamdulillah...!! Yang dah habis berpantang 40 hari @ berpantang nak kena bertungku, berbengkung, berkurung dalam rumah dan lain2... tapi berpantang "bersama" suami masih lagi on... untuk kebaikan, yang tu kena berpantang 100 hari... berpantang pasal makanan pulak, selagi menyusu badan.... huwaaaa yang ni paling kesian... adehhhh tapi takpa, demi anak solehah saya Afrina, sanggup terus on berpantang... Eh, kang ada pulak yang tak paham kenapa saya masih nak berpantang berkaitan makanan... meh nak explain... saya still berpantang dari makan makanan yang berangin.. macam pulut, ubi dan lain2... puncanya sebab takut anak kembung sebab saya menyusu badan.. Tapi dari segi makan ni, terpulang pada seseorang nak follow or tak... macam saya, saya lebih suka berjaga2... taknak pentingkan diri sendiri... main tibai je makan semua... nanti yang merana @ menangis @ tak tidur malam... anak saya jugak... bukan setakat anak saya, saya pun terpaksa join sekali "merana"...

Masa dalam tempoh berpantang, saya rasa tak sabar sangat nak habiskan pantang selama 40 hari tu... 40 hari rasa macam 4 tahun.. time ni mulalah rasa tak sabar nak habiskan pantang sebab nak keluar berjalan... itu perasaan ketika dalam pantang... tapi bila dah habis pantang ni, hilang rasa nak keluar berjalan tu haa... sekali lagi saya taknak pentingkan diri sendiri... rasanya masih belum sesuai saya bawak Afrina pergi keluar jalan2... masih kecik lagi... tunggulah besar sikit... Lagipun anak2 saya sebelum2 ni semuanya tunggu besar sikit baru kami bawak pergi jalan2... Ohya, jalan2 yang saya maksudkan tu macam ke shopping complex etc... bukan holiday... yang paling penting sekarang, Afrina harus balik Chemor terlebih dahulu... Kaum kerabat di Chemor belum jumpa lagi Afrina ni haaa... Hati saya lebih "membara" untuk balik kampung...!! InsyaAllah Deepavali nanti kami akan balik Chemor untuk memperkenalkan Afrina dengan kaum kerabat di sana... adehhhh skima sunggguh ayat... (^_^)...

Ohya, saya ingat janji saya dengan u all.. InsyaAllah next entry saya akan publish gambar Afrina yer... (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Berjaya habiskan tempoh berpantang

{ 18 comments.. read them below or add one }

mila mila October 13, 2014
xsbr nk tgk bb baru ni
irrayyan irrayyan October 13, 2014
tahniah dh habis berpantang
 Aisy Nasiha Aisy Nasiha October 13, 2014
Tahniah dah 3 anak dara comel tu. Tak lama dah boleh balik Chemor bawa baby Afrina jumpa sedara mara tu.. moga sihat2 selalu ya
Sweet red cherry Sweet red cherry October 13, 2014
Wah tahniah hebatnya dah berjaya habis kan tempoh berpantang..orang zaman sekarang day x brapa peduli pantang2 ni..main tibai ja..x sayang badan..huu
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI October 13, 2014
alhamdulillah..

wah nanti balik chemor ya..
safurara safurara October 13, 2014
lahhh org chemor ke? hehehe

#KlikKlikIklansini #biarIklanTakMandul
Asha Lya Asha Lya October 13, 2014
Wahh tahniah tpi mknan still kna jaga kan
Masya Masya October 13, 2014
TAHNIAH.. AKHIRNYA BERJAYA JUGAK.. MMG 40 HARI DAH LPS.. TP BNYK LG KENA PANTANGKAN...
Fiza Rahman Fiza Rahman October 13, 2014
Yeayyyy...dah habis pantang. Saya dulu memula pon pantang gak makan. Bila bb dah beso sket baru berani makan. Tapi laksa lama gak pantang. Klo teringin pon jamah sket jer.
QasehnyaRania QasehnyaRania October 13, 2014
alhamdulillah.hbs sudah.skjap j kan.hihi.
tp yg merasanya kita yg bpantang.

100 hari ttp diteruskan.
makanan berangin pon sy elakkan.
Unknown Unknown October 13, 2014
selamat habis pantang ina.
eija_sweetmama eija_sweetmama October 13, 2014
alhamdullillah,
lps seksa rasanya bila dh habis berpantang ni kan...
Unknown Unknown October 13, 2014
kakk.kak berpantang 40 hRI.. bukan 44hari ke..hihihi best lahh da hbis pntang
Unknown Unknown October 15, 2014
Lega dah habis pantang kan.. Lps ni boleh bebas sikit.. Hehe.. Sya dulu xsanggup nak pantang lama2 sbb xreti ddk diam. Haha..
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ October 21, 2014
salam k.ina...
heeee..mmg hepi bila habis waktu berpantang major..tp still berpantang yg minor2 kan..