Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kampung. Papar semua catatan

Saya dah kembali ke dunia blog ;p

Hampir pukul 1 pagi tadi.. kami bertiga dah selamat sampai ke sungai petani.. Alhamdulillah.. Kenduri dekat rumah my parent pun berjalan dengan lancar..

Cuma saya merasa letih.. tapi apa2 pun saya masih ingat dekat blog.. pagi2 terus buka blog.. hahaaa.. Selama 3 hari di kg, saya tak berkesempatan buka blog & menjelajah blog membe2... waaaa

U all tau tak, masa dekat kampung, saya buat kerja tapi otak duk ingat kat blog.. tak sabar2 nak siapkan kerja kononnya nak buka blog tapi hampehhh sebab lepas buat kerja rasa penat.. memang tak larat nak buka bloglah...

Maklumlah, saya ni bukannya ramai adik beradik pun.. yang buat semua kerja hanya my dad, my mum, my dear & saya.. adik saya yang perempuan saya suruh jaga alisha... u all bayanglah, hanya kami berempat yang buat semua kerja... dengan nak masak nasi minyaklah, nasi putihlah, kurma kambinglah, kari daginglah, ayam berempahlah, bihun goreng tomyamlah, acar masaklah, tu belum campur kuih2 lagi.. nak susun meja lagi, dah habis majlis nak membasuh periuk belanga, pinggan mangkuk pulak... wahhh sangat penat hokay!!

Tapi apa2 pun, saya rasa berbaloi la sebab ramai tetamu yang datang.. :-) Lepas ni saya akan cari mood untuk join GA lagi.. hahahaaa... ke situ pulak saya ni.. isk.. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...