Gambar bilik study @ bilik anak saya beraktiviti

Alhamdulillah... Puji-pujian pada Allah kerana mempermudahkan urusan saya.. Akhirnya dapat juga saya siapkan bilik study @ bilik untuk anak saya beraktiviti sebelum akhir bulan satu... Bilik study anak2 saya ni, takla cantik dan tak luas pun u all... tapi cukuplah untuk anak2 saya beraktiviti... Yang lain bagi saya semuanya dah Ok tapi yang tak OK lagi adalah lantai... saya masih belum beli EVA MAT mahupun tikar yang kartun2 tu... Nantila, tunggu ada rezeki lebih sikit lagi, baru beli... InsyaAllah.. (",)


Ini antara ruang dinding bilik study @ bilik anak2 saya beraktiviti... Tunjuk dinding je tau, lantai tak semegah nak tunjuk kat u all.. heheh... White board tu diguna untuk saya conteng2 ajar anak atau anak2 saya sesama sendiri tulis2 ketika main cikgu2... Ada juga ruang yang saya tempatkan untuk letak buku2 untuk anak2 saya baca... Anak saya yang tak pandai baca lagi seperti anak solehah Aqilah (4 tahun ++) & anak solehah Afrina (2 tahun ++), mereka tengok je la sambil berimaginasi sendiri.. hahah... Itu tak penting, yang penting, pendedahan awal buku dekat anak2 saya.. Janji saya dapat pupuk minat mereka kepada buku, itu yang lebih penting...

DIY RAK BUKU TAK SAMPAI RM15..!!


Bahan2 untuk anak2 saya beraktiviti @ homeschooling, saya letakkan di rak besi... Rumah saya ni tiada stor tau u all, maklumla, rumah kecik je u all... makanya saya menumpang beberapa barang di sebalik pintu bilik study anak2 saya ni... Rak besi ada 2 sebenarnya, tapi saya ambil 3 tingkat untuk tempatkan bahan2 anak2 saya beraktiviti... Alat tulis pun saya letak dalam botol juga u all... saya dah siap asingkan semua bahan2 tersebut... Dalam bekas plastik tu, antara bahan2 belajar yang saya print untuk anak2 saya (busy bag).. Tapi ni antaranya je la...


Baki yang lain2, saya letakkan di dalam fail dan digantung di belakang almari mainan anak2 saya ni haa... Setiap laci tersebut, saya dah tulis mainan apa yang ada di dalamnya... Oh, saya memang mengajar anak saya tentang disiplin... Setiap mainan, saya ajar lepas guna harus di simpan di laci masing2, tak boleh bercampur dengan mainan lain... lepas main, WAJIB kemas kembali... Setiap orang harus patuhi "arahan" tersebut, tak kira dari anak yang paling besar hingga paling kecil.. Nampak tak atas almari tersebut, ada satu bakul hijau kan, bakul tu untuk anak2 saya letak barang yang mereka tak sampai untuk simpan di rak besi yang saya bagitahu dekat atas tadi tu... Kiranya, nanti saya ada masa, saya akan simpankan untuk mereka la...



Di pintu bilik pula, saya tampal hiasan untuk mengukur ketinggian.. Saya beli di Mr. DIY, harganya lebih kurang RM10++


Sekarang saya nak share pula antara aktiviti di dinding bilik study anak2 saya... Aktiviti ni, saya guna roll tisu tau u all... Cara main yang gambar sebelah kiri tu, anak2 masukkan batang aiskrim mengikut jumlah yang tertera di roll tisu tersebut, manakala gambar yang sebelah kanan tu pulak, untuk anak2 belajar mengenal warna, masukkan pom pom ball ke dalam roll tisu mengikut warna roll tisu tersebut.... Ohya, roll tisu tu saya lekat kertas warna terlebih dahulu...


Gambar atas sebelah kiri adalah aktiviti motor halus, saya tampal plastik pembalut buku di dinding & anak saya beraktiviti dengan menampal sticker yang jenis timbul tu... gambar bawah dia pula, pocket board, dekat sini, macam2 aktiviti yang boleh dilakukan, contoh di atas, letak gambar bas sekolah dan anak mencari perkataan bas sekolah tersebut dan letak di sebelah gambar tersebut.. Gambar atas sebelah kanan tu pula, boleh buat macam2 aktiviti juga ni, tapi salah satu contoh adalah anak2 susun huruf ABC mengikut susunan yang betul... Gambar bawah tu pula, saya letak satu tali dan pengepit baju, di sini pun sama macam yang lain2, banyak aktiviti juga boleh dilakukan... tapi untuk dalam gambar ni, contohnya adalah saya buat bunyi setiap huruf2 tersebut dan anak saya harus pilih huruf yang saya bunyikan (kaedah fonik)


Gambar sebelah kiri tu, saya bentukkan huruf Y guna roll tisu.. Cara main, anak masukkan bola ping pong dari atas, dan bola tersebut akan bergolek masuk ke dalam bakul merah.. nampak tak ada gambar bakul merah secoet tu haa.... Gambar sebelah kanan tu pula, aktiviti motor halus juga, yang ni pun tetap guna roll tisu, saya tebuk lubang & lepas tu anak saya akan masukkan batang seolah2 batang mancis ke dalam lubang2 tersebut...


Gambar ni untuk u all lebih jelas apa yang saya maksudkan di atas... Kalau ada antara u all yang nak buat juga atau nak cedok idea dari sini tapi tak tahu cara nak buat, u all boleh PM saya di FB saya... Tapi bagitahu awal2, kalau lambat reply, sorry tau.. heheh

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI January 05, 2017
mmg terkesima tgk gmbr akk upload kat fb.
msti anak anak akak sronok.
Unknown Unknown January 05, 2017
rajinnya kak ina! salute sangat!
Nora Karim Nora Karim January 19, 2017
Rindu nak ada ruang beraktiviti dengan anak2 macam ni.. dah pindah rumah adik beradik ni tak de ruang, sebab barang2 dalam rumah ni dah sedia banyak...
Nur Zahirah & Hafizan Lutfi Nur Zahirah & Hafizan Lutfi January 30, 2017
rajinnya buat semua tu, kreatif pulak tu. memang terbaik.
nini nini June 29, 2017
Wah bestnya...suka tgk ruangan ni tau....nak buat juga one day...inshaAllah...bilik ammara ni dah bersepah dengan mainan dia...ahaha