Rezeki Tuhan yang bagi

Kali ni saja nak menyembang dengan u all... Nak bercerita dengan u all... U all tahu tak, saya tak pernah terpikir yang satu hari saya akan jadi "home minister"... Masa belajar dulu2, saya ambik course perakaunan dari form 4 pergi kepada IPT... Time ni konon2nya bila dah bekerja nanti, nak kerja yang berkaitan dengan perakaunan laa... tapi tu la, takda rezeki... Bila saya dah bertunang pulak dengan my dear, my dear awal2 lagi dah cakap tak nak bagi saya kerja, lagipun time tu saya kerja swasta, kalau kerja kerajaan, saya akan terus je la kerja kan... Time ni, ramai jugak orang2 mempersoalkan pasal saya tak bekerja ni... saya sendiri tak pernah terdetik yang saya akan jadi suri rumah.. socoet pun tak pernah yer.. sehinggalah my dear bagitahu tak bagi saya bekerja, time tu la saya macam terkejut sekejap tapi saya ok je... Walau hakikatnya, saya selalu cakap dekat kawan2 saya, lepas kahwin kena kerja jugak sebab kita ada duit sendiri & sebagai persediaan jika apa2 berlaku di masa depan... Pikir2 balik, istighfar saya bila teringat apa yang saya pikirkan masa tu... Yela, belum apa2 saya dah pikir benda2 "negatif" tu... sedangkan apa yang kita pikir tu ibarat doa kita jugak... 

Lagi satu, ketika saya belum kahwin, ketika pemikiran belum matang, saya pernah terpikir jika hanya suami je yang bekerja, mampu ke membeli rumah atau apa je kehendak.. dengan keadaan taraf hidup yang semakin tinggi, ditambah pulak kalau ramai anak... Tapi tu la, sesungguhnya REZEKI ITU TUHAN YANG BAGI... Kita ni manusia suka berpikir macam2... Ditambah pulak ketika saya belum kahwin tu, saya masih lagi ada hutang kereta yang perlu dijelaskan secara bulanan... masih lagi ada hutang MARA yang saya pinjam ketika study, tapi Alhamdulillah hutang MARA yang perlu saya bayar tak sebanyak jumlah yang saya guna... sebab MARA ada bagi "diskaun" mengikut pencapaian seseorang... Apabila saya dah berkahwin dengan my dear, my dear bagi saya duit nafkah tiap2 bulan... kiranya duit yang my dear bagi ni, memang betoi2 duit untuk perbelanjaan saya... dengan kata lain, duit untuk saya "shopping" la kan... so, dari duit inilah saya guna untuk bayar hutang saya tu... baki duit lepas tolak hutang tu baru diguna untuk belanja saya "shopping".. Kereta saya tu dah lama dah saya habis bayar... maybe tahun kedua perkahwinan kot.. ingat2 lupa dah saya...

Berbalik kepada cerita mampu ke beli rumah & yang sewaktu dengannya tu... Eh, u all tahu tak, kan kami 5 beranak, hanya my dear je yang bekerja... dengan kata lain, segala perbelanjaan kami ditanggung oleh my dear... My dear bukannya kerja besar pun u all... My dear walaupun belajar sampai IPT, walaupun setiap semester dapat dekan, tapi ia bukan jaminan my dear untuk dapat kerja setaraf dengan kelayakan... My dear kerja hanya "bermodalkan" sijil SPM je... Kalau tak silap saya, my dear kerja tahun 2007, time tu gaji RM600 ++ je kot... My dear jenis seorang yang berjimat, jenis yang pikir jangka panjang, jenis yang pandai merancang ekonomi dia... Dengan gaji RM600 tu pun my dear siap boleh menyimpan... Ohya, my dear jugak buat PELABURAN EMAS yer... cuma sekarang ni, my dear dah tambah dengan SAHAM... Gaji RM600++ tu ketika mula2 kerja, sekarang ni gaji my dear pun dah melepasi gaji starting orang yang bekerja ikut taraf kelayakan my dear tu... sebab my dear ni gaji dia dah "berkanan2"..

Bukan nak berlagak ke apa ke... cuma saya nak cakap, REZEKI ITU MEMANG TUHAN YANG BAGI... Bukan satu kesilapan bila saya ambik keputusan tak bekerja.. Walaupun hanya my dear je yang bekerja tapi alhamdulillah sangat2 sebab di tahun kedua perkahwinan kami, my dear dah beli tanah... Luas tanah tu hampir setengah ekar.. InsyaAllah, sampai masa, ada rezeki, kami akan bina rumah dengan design sendiri atas tanah tersebut... tapi bila, itu tak pasti... kalau pendek umur, tak sempatlah merasa...hahhahah... Tanah tu dekat kampung... sangattttttt kampung... kami kan peminat suasana kampung... dapat tanah ni pun kami dah bersyukur... Tapi tahun ni, kami dikurniakan lagi satu rezeki... my dear beli rumah dengan hanya berharga hampir RM40000 keluasan tanah 20 X 50... lebih murah dari harga asal... Rumahnya pun Alhamdulillah ok.. insyaAllah kami akan duduk sana nanti, tunggu sebulan dua nanti... tapi tahun ni la jugak... 

Syukur sangat2 dengan rezeki yang Tuhan bagi, sekurang2 nya dah ada 2 aset tetap... walaupun hanya my dear sahaja bekerja, walaupun hanya seorang sahaja sumber pendapatan kita dalam family, jangan takut... rezeki Tuhan itu luas... ohya, tadi saya ada sebut pasal pembayaran kereta saya kan... Actually kereta saya tu ada di rumah parent saya, dekat sini kami hanya guna kereta my dear je... tapi InsyaAllah nak ambik jugak kereta saya tu bawak datang sini tapi tu la, tak tahu lagi bila nak ambik... bukan apa, mudah untuk saya nak hantar Alisha ke sekolah nanti... Rezeki ni semua, TUHAN YANG BAGI... cuma kita sebagai hambaNYA ni kena berusaha & sabar untuk dapatkannya... rezeki tu macam2 bentuk... anak itu pun rezeki... Anak2 ni lah harta saya dunia akhirat... doa mereka tu yang akan saya bawak sekali jika saya dah takda nanti... Doa anak yang soleh & solehah... InsyaAllah... Moga u all pun dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.... Moga u all jugak diberi kesempatan untuk memiliki rumah sendiri, memiliki tanah sendiri, memiliki kereta sendiri & segalanya... tak lupa jugak, moga u all dimurahkan rezeki untuk dapat anak dari darah daging sendiri... semoga anak2 kita semua akan menjadi anak yang soleh & solehah yang akan menolong kita ke syurga... InsyaAllah... Aamiin....


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 15 comments.. read them below or add one }

Mrs Velentine Mrs Velentine September 03, 2015
kalau MV pulak ain..dulu masa kecik2 tak pernah terfikir nak jadi isteri bekerjaya..konon kalau dah kawen nnt MV akan berenti kerja jaga anak....tapi oleh kerana keja gov jadi MV tersukan juga keja..sekaligus merangkap suri rumah
AnonymousAnonymous September 03, 2015
tuela rezeki tu kdg2 tak disangka.. dapat anak dan suami pun rezeki jg tu kan..hehe
arzmoha arzmoha September 03, 2015
ya betul rezeki itu milik Allah minta pada dia dan tawakkal. Insyaallah ada rezeki kita,,
Unknown Unknown September 03, 2015
setuju..kalau kita pandai manage kewangan memang boleh beli rumah tanah walaupun suami je yang kerja..saya pulak masa mula2 kawen terus tak kerja,ramai nya la yang "risau..'takut kita ni kebulur tak makan, hidup menyewa sampai tua konon nya..

Hakikatnya..Rezeki Alah yang bagi..bukan manusia2 tu yang tentukan..sebelum anak 2 hutang kereta dah habis, rumah pun dah beli.Kalau niat kita baik InsyaAllah ..Dia tolong kita..
nenot nenot September 03, 2015
amin....
walaupun kak ina tak kerja..kak ina pandai manage duit and cari duit sampingan :)
Fatimah Nabila Fatimah Nabila September 03, 2015
Timm pun dok fkir2..nnti some day klau kwen klu xkja xpe ke,,ckup ke mkn pkai semua..hehe..akak zarina made my day..
Nugrul Sakura Nugrul Sakura September 04, 2015
Amin... semoga kita semua di permudahkan segala urusan dalam hidup
arysha_fayyadh arysha_fayyadh September 04, 2015
Assalam ina,
alhamdulillah :)
moga kita semua dimurahka rezeki AMIN
Unknown Unknown September 04, 2015
rezeki Allah itu luas..

macam akak ina walaupun xkeje tapi akak suamiisteri pandai manage duit dan duit sentiasa cukup.. lainlah kami bkerje asyik xcukup duit je.. sbb bila kita tahu ada duit kita jdi boros
Zai Zamree Zai Zamree September 04, 2015
Amin...moga Allah sentiasa murahkan rezeki kita
lynndamya lynndamya September 07, 2015
Salam, suka baca entry ni kak..mmg rezeki tu Allah yg tentukan, kita kdg minta2, tp ttp xdpt..sbb Allah lagi tahu, bila saatnya kita betul2 memerlukan apa yg kita minta tu sebenarnya..In Shaa Allah, aminn..
lynndamya lynndamya September 07, 2015
Salam, ya Allah cantiknya rumah tu kak...murah, ish mmg berbaloi lah siap cat cantik semua haa...Alhamdulillah, lancar progressnya kan..hihi warna hijau tu mmg fav saye lah, sme dgn rumah saya...cantik! Tak sabar nak tgk bila dah betul2 siap nati..hehe
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra September 07, 2015
KAK SAYA AMINKAN DOA KAK YG DAPAT MEMILIKI RUMAH SENDIRI, AMIN AMIN AMIN..;-)
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip September 08, 2015
moga apa yg dihajati tercpaai.. CT pun ada banyak wishlist ni..
mudah2an sama2lah kita murah rezeki =)
QasehnyaRania QasehnyaRania September 29, 2015
alhamdulillah
peramcangan Allah lebih hebat kan
saya dlu nak jdi isteri yg bekerjaya tp apakan daya x pernah dpt kerja kerajaan walaupon asyik dok renew spa. lepas p inteview je..