Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Resepi nasi ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi nasi ayam. Papar semua catatan

Air tangan seorang isteri... (^_^)

Actually sangat seronok jadi seorang suri rumah tangga... Hari2 boleh masak & hari2 jugak suami akan balik  rumah untuk makan makanan hasil tangan isteri kesayangan dia... hihihi.. Saya dalam kategori bertuah jugaklah sebab my dear jenis yang setiap kali lunch akan balik makan dekat rumah & jenis yang tak suka sangat makan dekat luar.. tapi sekali sekala pergi jugak keluar makan.. boring jugak saya, asyik makan masakan sendiri je.. hehehhe


Hari ni saya masak nasi ayam.. khas untuk my dear.. (",)


Sebelum pergi solat Jumaat kami dah makan.. hihii.. Maklumlah, hari ni my dear cuti... Yela, kami duk kat negeri Kedah la katakan... (",).. Beria tak ayam yang saya goreng ni.. siap letak hiasan salad.. poyo je gaya... hahhaha


Tomato yang jadi fav saya & timun fav alisha... 


Kuah sup, kuah kicap & sambal nasi ayam.. (",)


Inilah juadah kami hari ni... Siap je masak terus makan.. hehheh.. Air tangan seorang isteri @ seorang ibu, jika dimasak dengan penuh kasih sayang & penuh keikhlasan... pasti akan menjadi sedap.. walaupun hanya sekadar ikan goreng... (",).. Masakan isteri mampu menambat hati suami... hihii.. 

Moga air tangan saya sentiasa memikat 'perut' suami.. muahahah... Tiba2 rasa nak wish pulak.. "Dear, moga perkahwinan kita ni akan kekal hingga akhir hayat & semoga kasih sayang kita sekeluarga akan kekal hingga ke syurga..." (^_^)

UPDATE : RESEPI NASI AYAM

Ayam + air + 4 sekawan + halia + bawang besar + bawang putih + garam = REBUS

AYAM : Ambik ayam yang dah direbus digaul dengan kicap manis & perap lepas tu goreng... Ohya, lebihan kicap dalam hasil perapan ayam ni... boleh diambil jugak dijadikan kuah kicap.. macam dalam gambar tu yer (",)

SAMBAL NASI AYAM : Tomato + cili besar + cili padi + gula + air rebusan ayam = di kisar... lepas tu dimasak untuk jadi lebih pekat & lepas tu boleh dicampur dengan air limau nipis or kasturi

KUAH : Ambik air rebusan ayam tadi.. jika ada daun sup ke, bawang goreng ke, daun bawang ke.. boleh je tabur (",)

NASI AYAM : Beras yang dah dicuci + air rebusan ayam & masukkan sekali semua bahan yang masa rebus tadi... maksud saya, 4 sekawan, bawang & halia  + daun pandan + marjerin jika ada & sedikit pewarna kuning.... sikit je tau (^_^)

P/s : Saya akan jenguk u all slow2 yer... maklumlah my dear ada dekat rumah, so, terpaksa berkongsi broadband.. hihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...