Persekolahan Alisha di PRA SEKOLAH tahun 2016

Kalau tahun lepas Alisha bersekolah di TADIKA KEMAS, tahun ni Alisha berpeluang untuk belajar di PRA SEKOLAH.. Kalau u all ada baca entry persekolahan Alisha di tadika KEMAS tahun 2015, rasa macam kesian je dekat Alisha kan... Tapi tu tahun lepas punya cerita, tahun ni punya cerita, anak solehah Alisha terlajak seronok belajar di PRA SEKOLAH ni.. Dari hari pertama sekolah sehingga sekarang, balik rumah je MESTI SENYUM meleret2... saya yang tengok ni rasa happy la sangat..!! Dari tadika KEMAS @ sekolah pertama Alisha lagi, Alisha dah di ajar di hari pertama persekolahan, my dear hantar ke sekolah lepas tu tinggal Alisha, takdanya nak tunggu2 dia... Pra sekolah ni pun sama jugak... Diharapnya darjah satu tahun depan pun Alisha akan "berani" seperti ini jugak... 


Pada 03/01/2016 adalah hari pertama persekolahan anak solehah Alisha di PRA SEKOLAH, sekolah di mana insyaAllah darjah 1 tahun depan, Alisha akan bersekolah di situ jugak... Nampak perbezaan air muka Alisha di hari pertama sekolah tadika KEMAS dengan PRA SEKOLAH... Actually kedua2nya Alisha seronok nak pergi sekolah, tapi ketika di tadika KEMAS tu, nampaklah Alisha seronok tapi dalam masa yang sama, air muka tu takut2 jugak.. Bukan apa, itu kan sekolah pertama dia, pertama kali nak berjauhan dengan kami, dah la abah tinggal je di sekolah.. Berlainan dengan PRA SEKOLAH ni, Alisha memang seronok, air muka dia tu pun memang nampak seronok... maybe sebab ini tahun kedua persekolahan kot, so, dia dah tahu "apa itu sekolah".. Selain dari tu, maybe jugak sebab sepanjang cuti sekolah tahun lepas, saya dengan my dear selalu cakap yang indah2 je berkaitan PRA SEKOLAH Alisha ni.. kami bagitahulah yang sekolah dia tu cantik, ada taman permainan & bla bla bla... Untuk PRA SEKOLAH ni, baju sekolah Alisha macam gambar atas ni je tau.. baju dengan seluar, takda baju kurung.. PRA SEKOLAH yang 2 pupu Alisha ni belajar, ada je baju kurung.. tak sama kot..


Kalau tahun lepas Alisha balik sekolah dalam keadaan menangis, tapi tahun ni, Alisha balik dalam keadaan yang tersangattttttttt gembira..!! U all boleh nampak dengan jelas wajah gembira Alisha dekat gambar atas tu kan... Bayanglah, dari atas motor duk tersengih2.. sampai ke my dear pun tersengih sama, mahunya tak.. duk tengok gelagat anak dia yang tersengih memanjang tu haaa... Bila tengok Alisha macam tu, hilang segala gundah gulana saya sepanjang tunggu Alisha balik sekolah tu haa... Masuk rumah, tak sempat buka helmet, terus Alisha bercerita yang sekolah dia cantik, ada taman permainan, ada mainan masak2, ada ramai kawan.. Lepas tu Alisha cerita pulak pasal menu dekat sekolah, katanya dia makan nasi lemak, makan biskut, minum air milo... Alahaiiii seronoknya rasa hati saya ni.. Untuk pengetahuan u all, sepanjang Alisha bersekolah di tadika KEMAS, Alisha memang taknak makan walaupun berkali2 cikgu suruh makan, dari awal tahun, sampai akhir tahun hokey!! Puaslah saya memujuk dekat rumah suruh dia makan di tadika, tapi dia taknak.. Alhamdulillah kali ni nak pulak.. hari2 dia makan.. balik rumah siap puji lagi masak sedap... maybe kali ni Alisha makan sebab dah tak malu macam sekolah dulu, pendek cerita, dah faham pasal alam persekolahan..

U all tahu tak, my dear tak habis duk puji kata sekolah Alisha ni bagus. Ketika my dear pergi daftar Alisha dulu, guru besar ada mesyuarat dengan ibu bapa, my dear cerita yang guru besar ni cakap kita as a parent ni tak payah risau pasal anak2, masuk je pagar sekolah, anak2 kita dah jadi tanggungjawab sekolah. Ada masalah apa2, datang sekolah kita bincang elok2. Lagi satu pulak, cikgu2 semuanya bertauliah. Ohya, my dear cakap, walaupun anak2 kita tu duduk sekelaskan, tapi pembelajaran ikut tahap anak kita tu jugak.. Contohnya macam ni, kalau anak kita tak pandai membaca lagi, cikgu akan ajarlah bagi pandai, manakala anak2 yang dah boleh membaca, cikgu akan ajar yang lebih advanced lagi la maybe suruh baca buku ke... senang cakap, walaupun mereka sekelas tapi pembelajaran mengikut tahap anak kita, pembelajaran tak sama... kiranya dalam tempoh awal2 sekolah tu, cikgu buatlah penilaian tahap pemahaman anak2 kita tu terlebih dahulu... Haaa, guru besar sekolah Alisha ni perempuan tau, dia siap cakap "Jangan pulak bila kami dah ajar anak2 bagi pandai, nanti darjah 1, pergi sekolah lain.. sebolehnya sekolahla dekat sini jugak"... hehhe..Sekolah Alisha ni jugak, setiap hari Khamis, ada bacaan Yasin tau u all, tapi untuk murid sekolah rendah la.. bagus kan sekolah Alisha ni.. Tapi mintak maaf, saya tak dapat bagitahu apa nama sekolah Alisha tu, zaman sekarang ni bahaya, tak semua maklumat boleh didedahkan walaupun sekadar nama sekolah...

Setiap hari saya akan tanya Alisha makan apa & belajar apa di sekolah.. Saya tak pernah jemu bertanya & Alisha pun tak pernah jemu menjawab.. Ketika minggu pertama Alisha sekolah tu pun, dia dah mula belajar tau u all.. hari ke empat persekolahan Alisha di PRA SEKOLAH, saya tanya Alisha belajar apa di sekolah, Alisha cakap "Tak tahu tapi tulis garisan".. pada pemikiran saya, maybe aktiviti yang sambung garisan putus2 tu la agaknya... Lepas tu Alisha cakap lagi, "ibu, kakak menang".. Saya ni pelikla, menang apa pulak.. apa yang Alisha berlawan di sekolah.. Lepas tu Alisha cakap lagi "Tadi cikgu bagi kakak main"... Saya tanya lagi "kawan kakak main tak?".. Alisha jawab "Kawan kakak cikgu tak bagi main, cikgu kata dah siap tulis dengan warna baru boleh main.. kakak siap awal, cikgu 'right' lepas tu cikgu suruh kakak main".. ooo barulah saya faham.. "menang" yang Alisha maksudkan tu, dia yang siap nombor satu kerja yang cikgu bagi.. hahhahhah.. lawakla Alisha ni... Alisha tu siap cepat mungkin sebab dia dah biasa dengan aktiviti tu.. Dari penceritaan Alisha tu, saya tahulah dia seronok di PRA SEKOLAH tersebut... My dear yang dengar cerita Alisha tu cakap "Wakil sekolah la kakak lepas ni"... wakkakak.. wakil sekolah apa tu tak taula... sekolah lama lagi, sampai darjah 6, kita sama2 tengoklah, Alisha wakil sekolah dalam aktiviti apa nanti.. debat ke? bahas ke?.. muahahhahha ;p

Haa lupa nak cakap, kalau dulu, di tadika KEMAS, Alisha kan menangis setiap kali nak ke tandas.. malu nak bagitahu cikgu katanya... tapi sekarang ni dah ok, dah tak menangis dah.. Itu Alisha yang kata la, saya kadang macam percaya tak percaya pun ye jugak.. betoi ke tak menangis.. dah besar ke anak saya ni?.. Tapi dari keadaan dia yang setiap kali balik sekolah, tersengih sampai ke telinga tu, macam betoi... Apa2 pun saya harap betoi la... Pengalaman indah untuk dikenang semua tu... Tadika KEMAS tahun lepas pun ok jugak sebenarnya, cuma Alisha ni yang malu2 maybe sebab first year nak sekolah kot.. berbanding dengan PRA SEKOLAH ni, dah 2nd year.. dah ada pengalaman bersekolah kata orang.. Eh, tau tak, Alisha selalu sangat puji cikgu dia tu tau.. katanya cikgu dia tu baik, tak garang.. Kadang saya saja menyakat nak hantar dia sekolah lama dia tu, dia taknak... hahaha


Kalau anak orang lain pergi sekolah pakai bag cantik2.. gambar macam2 la kan dekat bag tu.. tapi anak solehah Alisha, pergi sekolah pakai bag tadika KEMAS je u all... Cikgu bagi bag ni hari terakhir sekolah, makanya bag inilah yang jadi bag PRA SEKOLAH Alisha.. Sementara anak solehah Alisha tak reti lagi nak demand2 ni, baik saya follow je rentak Alisha ni dulu.. Alhamdulillah saya dikurniakan anak2 yang baik, mendengar kata, moga anak2 saya membesar sebagai anak yang mengenang jasa orang tua.. Impian saya, moga anak2 saya akan menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat.. Orang susah kita kena tolong..!!

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

{ 10 comments.. read them below or add one }

Sheila Adziz Sheila Adziz January 21, 2016
Allhamdulillah... semoga anak soleh Alisha dpt mewarisi perjuangan Rasulullah saw... yg mengajar bg pandai itu Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid...
babYpose babYpose January 21, 2016
Amin, Berkat doa dipermudahkan kan, suka tengok Alisha, pandai memerhati guru dan memberi pujian. Bagus sekolah Alisha, baca Yasin waktu pagi.
PERMATABIRU PERMATABIRU January 21, 2016
semoga alisha menmjadi anak yang baik..belajar rajin2...
syawalsimpsons syawalsimpsons January 21, 2016
seronok tgk perkembangan alisha ni...sue ni kengkadang down..kengkadang positif....tapi down je rasa...seronok kalo ada kengkawan yg positif mcm ina...terasa mood positif ada dalam diri...seronok tgk alisha...dia sentiasa ceria dalam diri dia...
Unknown Unknown January 21, 2016
ina!! lama x menjengah blog ina..

kali ni tekad nak sambung blogging..haha..

seronok alisha ke sekolah..sama la anak kita aleesya tu..

moga jadi pelajar yg berjaya!!
eima eima January 21, 2016
MEMANG LA BERBEZA .... PRA SEKOLAH MMG GURU2 TERLATIH KPM. CIKGU YANG MEMPUNYAI IJAZAH PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK ...MMG DIORG BELAJAR COURSE TU TU JD CIKGU PRA SEKOLAH ERBANDING KITA HANTAR KE TADIKA SWASTA / KEMAS/ ATAU TADIKA2 LAIN YANG CIKGU BERKEMUNGKINAN HANYA DIBERI KURSUS SAHAJA.

ALHAMDULILLAH ....
Unknown Unknown January 21, 2016
mesti dia pandai berkawan ni..tu juga satu sebab kenapa anak2 suka pergi sekolah..
Mimie Mimie February 06, 2016
Bagus alisha nih...dia dh seronok la tuh kak ina
Lynndamya Lynndamya February 18, 2016
Salam, haha alala comelnyeeee dia....excited pergi pra sekolah ye..haha comel sgt tak nangis dan berani... pandai ibu dia didik..hehe