Dua orang sepupu yang kadang2 baik kadang2 gaduh... (",)

Rasanya normal bagi anak2 kita bila jumpa sepupu or kaum kerabat mereka.. ada masanya baik.. ada masanya gaduh... budak2 biasalah kan... saya kecik2 dulu pun macam tu jugak.. gaduh2 dengan sepupu.. bila semua dah meningkat remaja, jadi kamcing pulak.. samalah jugak macam dengan adik beradik.. kecik2 gaduh.. besar2 rapat... hihii

Alisha ni setakat ni baru ada 3 orang sepupu.. Sorang sebaya, sorang muda setahun, sorang lagi baru 2 minggu.. (",).. Entah macamana satu hari tu, saya nampak alisha ni main dengan sepupu dia, si Idlan.. anak Jaa.. Biasa pantang jumpa.. lebih2 lagi sekarang ni sejak2 idlan dah ada adik.. hihii.. maklumlah, alisha ni suka pegang baby.. Idlan pulak marah alisha pegang adik dia.. hehehhe... 


Time ni dorang nak main apa pun tak tahulah saya.. sebabnya.. tahu2 je lepas tu.....


Alisha terus buat ala2 macam merawat idlan.. hahahha... Agaknya Idlan ni pura2 sakit & si budak kecik alisha tu apa lagi.. teruslah bertindak sebagai penyelamat... nak jadi doktorlah katakan.. hahhahah.. Time mereka main elok2 seronok je tengok.. time gaduh, "Saya ketuk awak.. awak ketuk saya..."... lepas tu tunggu mana sorang nak menangis dulu.. hihii.. 

Ohya, sebut pasal doktor.. nak story ni, dah 2 3 malam alisha ni jadi doktor untuk ibu & abah dia.. bila tengok abah dia dah start nak tidur... mulalah dia pergi buat ala2 doktor.. cek sana, cek sini... yang saya n my dear ni, keras perut gelak.. hahhaha.. yang paling syok, bila my dear gelak, badan gegarlah kan, si alisha ni dan2 buat macam suruh kita diam tu.. sambil jari telunjuk letak dekat mulut dia & sebut "ssshhhhhhhh"... doktor tengah buat rawatanlah katakan..  hahhahhahhaha... 


{ 44 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous September 12, 2012
gaduh2 tu biasa la budak2..cuma x thn kadang2 parent ada gak yg ambik hati...hihi...
Unknown Unknown September 12, 2012
hihi cumil!
Nasib baik alisha tak ckp "kalau tak diam alisha injet babah" hihihi
Unknown Unknown September 12, 2012
gaduh2 bawa kenangan ..
Riena Haiqal Riena Haiqal September 12, 2012
hahahahahaha..kelakarnya Alisha ni... nak jadi doktor ke tu? semoga tercapai cita2 tu ye.. (^_^)
anak2 yang sbaya dengan anak saya belah husband saya memang ramai.. kalau dah balik kg tu, semua kumpul.. memang riuh rendah.. sorang je pompuan antara mereka tu.. ada sepupu anak saya tu jahat sangat.. suka pukul2 budak2 lain.. sampai saya takut dia dekat2 dengan anak saya.. sekali dia tarik rambut anak saya, saya pulak yang naik darah..
Unknown Unknown September 12, 2012
As salam IB,

Auntie doa Alisha dah besar nnt betul2 jadi doktor! Ameen... Comel je bila bayangkan dia jadi doktor tu... nnt kalau dpt adik mcmana lah ye... Silap2 dia lak nak rawat adik dia tu... Take care IB :))
pinky pinky September 12, 2012
hehehe...comel jer...Alisha besar nanti lh jd doktor...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI September 12, 2012
gduh budak2 gduh manja namanya..hihi.
sue zainun sue zainun September 12, 2012
boleh jadi doktor besar nanti nih Alisha..
- AZIE - - AZIE - September 12, 2012
hehehe budak2kan kalo time diorg suka, okla tgk..tp kalo time gaduh ya rabbi...rasa nak pecah umah
zachflazz zachflazz September 12, 2012
comel sangat. jadi berandai-andai jika kelak alisha jadi doktor. wahh, semoga tercapai cita-citanya
syawalsimpsons syawalsimpsons September 12, 2012
kelakar la bebudak dua org ni...kikikikiki
QasehnyaRania QasehnyaRania September 12, 2012
hehe..doktor suruh "sshhhhh" kalaulah ada pic alisha time tu mesti cute kn.. =)
adyna AB adyna AB September 12, 2012
dak2 mmg macam tu :)

main2 gaduh..ngan adik dia pun nnt sama hehehe

p/s: buku tu tak termasuk pos ina rm6 pos laju
syiela syiela September 12, 2012
hehheh doktor katakan mestilah serius.. hahhaha

take care ye ina :)
nur anis nur anis September 12, 2012
waaa..ni dah ada bakat jadi doktor ni....:)
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief September 12, 2012
hehe kelakar la alisha ni..moga besar nanti alisha jd doktor yer....:)
Anum Shukri Anum Shukri September 12, 2012
gaduh2 tu biasalah..tambah2 adik beradik..cm anak akan 2 org ni..huhuhu..hari2 gaduh..lepas elok jer main2..
iietamalek iietamalek September 12, 2012
chumell jert...anak sy kalau berkwn ok, klu sorg2 asik merajuk la plak...
Salmiza Salmiza September 12, 2012
kalau perhati anak bermain betul2, rasa klakar pun ada...lagi2 kalau dorg main pondok2..sbnrnya mereka meniru apa yg dilkaukan oleh org tua dorg..
Mrs. Norrie Mrs. Norrie September 12, 2012
iNSYA aLLAH BESAR NNTI BUDAK COMEL BOLEH JADI DOKTOR...AMIN


Salam BW di hari rabu...
I follow
Myra Jay Myra Jay September 12, 2012
Hehee, kadang2 gelagat diorang boleh buatkan kita tersenyum :)
Unknown Unknown September 12, 2012
Besar nanti boleh jadi doktor alisha ni..
haryati haryati September 12, 2012
main doktor2 la tu...apalagi... manatau bsr nanti jadi doktor betul...
Nurul Husna Mohd Hassan Nurul Husna Mohd Hassan September 12, 2012
kalau tak sihat, lepas ni boleh la jumpa alisha :)
Cikrosecute Cikrosecute September 12, 2012
gaduh2 tu biasalah....budak2 nie selalu gaduh gan sepupu mereka...kadang2 tue kelakar pun ada...
izz iizza izz iizza September 12, 2012
cita-cita nak jadi doktor kot alisha ni..:)
emarieys emarieys September 12, 2012
adatlah kalau sebaya atau hampir baya ni
Puan Kutu Puan Kutu September 12, 2012
budak2 adatlah timeokbaik kemain berkawan,bila gaduh sekupang tak guna.hiks..

alisha ada cita2 yg bagus jadi doktor..:)
Fiza Rahman Fiza Rahman September 12, 2012
Hehehe...cute jer tgk gelagat dorang.
Miss N™ Miss N™ September 12, 2012
biasalah budak2..ada baik, ada gaduh.. bila gaduh, seminit pastu baik balik..hihih..

wahh..alisha bakal doktor muda ni.. :)
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa September 12, 2012
bestnya buat entry pasal anak..entah bila sha nak cmtu hehe..
eita eita September 12, 2012
berbakat betol jadi doktor tu..
jangan tercabut kaki dah lah..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha September 12, 2012
amin amin jadi doktor.hehehe
Si Matatajam Si Matatajam September 13, 2012
Ala budak2 biasa la tu kan! Tp mmg Seronok sgt tengok gelagat depa kan.
sal ya sal ya September 13, 2012
sama je ina. main 10 minit, gaduh 10 minit lagi. macam tu la seterusnya.
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda September 13, 2012
mmg pkare biase la tue between sdare kn.. hehe.. >_<
fieda fieda September 13, 2012
kalau dorang dh besor dorang tgk balik gambor ni..wah...mesti malu2 nanti..
aziazib aziazib September 13, 2012
budak2 mmglah biasa klu gaduh tp ada yang anak2 yang over active tu yang kengkadang buat sy risau...
mummyrinazone beauty mummyrinazone beauty September 13, 2012
merahpun sama.danial nama dia kalau baik mak aiiih baik benau kalau gaduh amik pecah gegendang telinga dengar
9n0L4 9n0L4 September 15, 2012
hihi. mati tergelak kot melayan si alisha ni. ;)