Ok.. ni nak cerita perubahan alisha yang kedua pulak selepas dah berhenti menyusu badan.. (",) Ohya, nak baca kisah pertama, KLIK SINI... Antara hikmah apabila Alisha berhenti menyusu badan ni kan.. Alisha semakin rapat @ manja dengan abah dia... Yela, kalau sebelum ni, setiap kali nak menyusu badan, dia akan datang dekat saya tapi sejak2 dah minum susu guna botol ni.. bila time abah dia ada dekat rumah, dia akan pergi menyusu dia atas peha abah dia.. hehheh.. Lepas dah minum susu baru terkedek2 cari saya dalam bilik nak tido.. (",)
Yang si abah alisha pulak, perasan siap cakap "Abang rasa anak kita ni, lelaki lah, sebab tu alisha taknak dekat ina"... hahahah.. ke situ pulak abah alisha ni.. hehhe
Walaupun gambar kabur, tetap jugak nak letak.. hihii
Tapi kan u all, yang menjadi dugaan dekat saya tu, sejak2 alisha dah minum susu botol ni, tak pasal2 saya sampai pukul 1 or 2 pagi baru dapat tidur.. yela, bukan senang alisha nak tidur selepas minum susu botol.. habis guling satu katil pun belum tido lagi.. habis pot pet pot pet pun tak tido lagi.. habis main @ kacau kami nak tido pun, dia tetap jugak belum tido lagi... alahaiiiii
Sekarang ni, macam dah jadi kebiasaan pulak, sebelum tido, dia duk buat semua koje yang saya sebut tadi tu.. lepas tu merengek & baru nak tido.. tu pun tertidur sebab saya pergi TUAM dekat dahi dia.. kiranya macam nak bagi dia ralit & terus tertidur la... (",) Ohya, saya duk tuam dahi alisha tu sambil mata saya ni pejam tau... yela, mengantuk yang amat... hehhehe
U all bayanglah, hari sabtu (23/06/2012) baru ni, catat sejarah hokay... Alisha tidur sampai pukul 1:30 tengahari baru bangun..!! terkejut saya... hahhahah... First time camtu.. saya memang sengaja tak nak kejut dia.. maklumlah... tidur pun pagi2 buta.. so, saya biarkanlah dia bangun lambat, sekali tengahari daaa.... hihii.. Biasa dia bangun awal.. kalau dekat rumah opah dia lagilah, pukul 7 pagi dah siap mandi.. (",)
Saya harap moga cepat2lah alisha biasakan diri dengan tidur sendiri selepas minum susu... takdalah berjam2 lepas tu baru nak tido... tak pasal2 saya pun kene biasakan diri jugak dengan situasi alisha sekarang.. (",)