Ramai pulak yang tanya saya APA ITU MEDICAL BOARD.... Secara peribadinya, saya sendiri pun tak tahu apa itu medical board... perkataan tu pun saya baru dengar time adik saya sakit ni je pun... Sebelum2 tu mana saya pernah ambik tahu.... Saya pun memang mencari jugak maklumat pasal medical board ni, tapi tu la, duk google pun takda pulak maklumat pasal ni.... Tapi apa2 pun saya share lah jugak setakat yang saya tahu....
Medical board ni bahasa melayu dia bermaksud lembaga perubatan kan?... Akan ada satu lembaga perubatan ditubuhkan untuk tengok adik saya ni samada masih boleh terus bekerja atau pun tak... Kiranya kalau mereka tengok adik saya tak boleh kerja dah, mereka akan sokong untuk adik saya dibersarakan awal atas sebab masalah kesihatan (MEDICAL BOARD)...
Kan saya ada bagitahu yang abah saya & adik saya kene hadiri perjumpaan lembaga perubatan pada 26/11/2014 baru ni.... yang kami ni duk ingat time tu baru nak tengok2 adik saya pastu baru mereka buat keputusan & kami akan diberitahu pasal keputusan tu samada melalui surat ke apa ke kan... Yela, dah ni first time bagi abah saya kene hadiri benda2 camni... so, abah bukannya tahu sangat pasal medical board ni kan.... tapi alih2 pada 02/12/2014 ketika abah saya ke hospital lagi & nak mintak MC adik saya, tetiba orang dekat hospital tu cakap adik saya dah tak perlu MC lagi dah sebab dah medical board... Aikkk, terkejutlah abah saya kan... rupa2nya ketika perjumpaan tu, adik saya memang dah medical board... Memang macam tu ke ek?... Kalau nak gtau seseorang yang dia dah kene medical board, just dapat surat macam atas tu je ek? Surat atas tu memang dah membawa maksud adik saya dah medical board ek?... bukan surat tu bermaksud nak suruh wakil adik saya ni hadir dulu perjumpaan, mereka tengok2 keadaan adik saya pastu baru mereka buat keputusan & akan bagitahu kemudian samada kena medical board or tak @ kene bersara awal atas masalah kesihatan or tak?.... Kalau ada antara u all yang tahu pasal ni, komen dekat bawah yer... saya nak tahu jugak sebab saya memang tak paham sangat pasal medical board ni...
Mediacal board @ bersara atas sebab masalah kesihatan ni dibuat, setelah segala MC yang boleh diambik telah habis digunakan... Ohya, kalau kene medical board ni, mereka dapat pencen macam biasa jugak... cuma saya tak pasti berapa... dengar2 75% dari gaji kita... tapi tak pasti dari gaji pokok or gaji yang dah dicampur elaun... Adik saya ni bekhidmat tahun ni tahun ke 10 dalam PDRM... Kalau baru 10 tahun, pencen berapa lah sangat kan... Itu je lah yang saya tahu... U all yang tahu lebih lagi, komen dekat bawah ni yer... kalau cerita saya ni pun tersasar dari maksud dia yang sebenar, bagitahu saya jugak tau....
Nak jugak selitkan dekat sini, moga Adik ipar saya diberi ketabahan untuk hadapi dugaan ni.... Saya tahu kalau kita sebagai isteri yang tak bekerja ni, bila suami jadi macamni, dah tak bekerja, memang kita risau sangat.... Macam2 yang kita pikirkan... Cuma satu je doa saya, moga adik ipar saya kuat & sabar jaga adik saya... walaupun hakikatnya orang yang melihat hanya tahu berkata2... tapi yang menanggung hanya Tuhan yang tahu... Moga adik ipar saya sentiasa positif... Jika adik ipar saya jaga adik saya @ suami dia dengan baik, InsyaAllah besar ganjaran yang sedang menanti.... Suami tu dah jadi "syurga" kita....
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
mak aku pun medical board ... time tu aku br berusia 4-5 tahun .... dan tak de kes ni kat tmpt kerja sekrg ni bantu pun tak leh ...