Semalam abah saya bagitahu perkembangan adik lelaki saya.... AllahuAkbar... sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa... manusia hanya mampu meramal tapi yang menentukan tetap Tuhan... macam adik saya masa mula2 kemalangan tu la, siap doktor bagitahu yang maybe kami akan kehilangan adik saya... doktor suruh panggil family jauh2 semua balik... tapi tu la, itu hanya ramalan... Sebab tu bila berlaku sesuatu kejadian, kita jangan berhenti berusaha, jangan berhenti berdoa... Ikhtiar selagi mampu... Sebelum saya cerita lebih lanjut, saya nak bagitahu awal2 yang perkembangan ni berlaku dalam tempoh 2 minggu ni... kiranya sewaktu MAK MENTUA ADIK SAYA PERGI BUAT UMRAH... MAK MENTUA ADIK SAYA TU PUN ADA BERDOA DEPAN KAABAH UNTUK ADIK SAYA...
U all ingat tak, sebelum ni saya pernah bagitahu u all yang doktor cakap adik saya takkan boleh cakap untuk selama2nya.. nak tahu kenapa doktor cakap macam tu, klik link "ADIK SAYA TAK BOLEH CAKAP SELAMA-LAMANYA??"... Tapi apa yang abah saya bagitahu semalam, adik saya dah kembali boleh bercakap... bukanlah bercakap macam kita, TAPI PERCAKAPAN YANG LEBIH CLEAR, YANG LEBIH DIFAHAMI... Kalau sebelum ni, maybe adik ipar saya je yang paham, tapi sekarang, orang lain pun boleh paham... Siap boleh tegur abah saya pakai baju baru lagi semalam... ahhahah.. Time adik saya tegur, abah saya pun terkejut, yela, tiba2 je adik saya clear pulak cakap... Actually abah & mak saya balik Terengganu, so, seminggu tak jumpa adik saya... bila jumpa semalam, alih2 percakapan dah clear... Alhamdulillah...!!
Gambar minum sendiri tanpa guna straw
Lagi satu pulak, kalau sebelum ni di entry "PENGORBANAN SEORANG ISTERI"---- (Sorry entry ni saya terpaksa tarik balik atas sebab2 tertentu, siapa yang sempat baca, doakan yang terbaik untuk adik ipar saya yer), saya ada bagitahu yang adik saya dah boleh pegang gelas sendiri ketika minum kan... tapi time tu minum guna straw la... tapi semalam abah saya bagitahu, adik saya dah tak minum guna straw tapi dah boleh minum dengan gelas macam tu je... Alhamdulillah sesangat...
Gambar minum guna straw sebelum ni
Abah saya jugak ada bercakap dengan adik saya semalam, saja gurau2 la.... nanti kereta adik saya nak bagi dekat dee, terus adik cakap tak boleh, dia nak bawak kereta... tangan dah boleh angkat... sambil dia angkat kedua belah tangan dia... siap buat gaya macam pegang stereng & tukar gear lagi... hhahah... padahal sebelum ni, tangan dia yang kuat @ boleh angkat sebelah je tau... lagi sebelah tu lemah sikit... kiranya sekarang ni tangan adik saya semakin ok la...
Memang sangat2 banyak perkembangan adik saya sekarang ni.. Haa u all ingat tak yang saya bagitahu pasal adik saya nak bedah kembali kepala sebab nak masukkan tempurung yang palsu sebab tempurung asal tu jadi kemek... InsyaAllah akan bedah jugaklah... tapi bila belum tahu lagi... selain dari bedah, abah saya kata nak buat apa ntah untuk kaki adik saya tu... macam sekarang kaki adik saya kan macam lembik sikit... tak kuat, tak boleh berdiri betoi2 & lama2... so, benda alah tu macam nak support kaki dialah... tapi tu la, saya nak cerita pun kurang paham @ tak dapat imagine apa yang abah saya bagitahu... Untuk kaki tu, kos dia lebih kurang RM1k lebih... manakala kos pembedahan kepala lebih kurang RM6k... Kos ni semua abah saya cakap akan ditanggung oleh polis... sekarang ni dalam proses perbincangan berkaitan kos ni dengan Bukit Aman... Takut ada yang bertanya, sebelum ni saya ada bagitahu yang adik saya kena MEDICAL BOARD kan.. Yap, memang betoi, tapi tu baru pihak hospital yang bagitahu... surat rasmi dari polis belum dikeluarkan lagi..
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"