Pakaian seragam sekolah MATARI terbaik dengan harga mampu milik!!

Fuhh lega, dah cuti sekolah tak payah dah saya hantar anak pergi sekolah. hahaa. Lega part tak payah hantar anak ke sekolah je la tapi sekarang ni bermulalah proses mencari barang kelengkapan persekolahan anak-anak. Eh, u all dah mula buat persiapan ke? Saya baru ada baju sekolah, yang lain belum settle lagi. Sebut pasal baju sekolah, nak bagitahu u all pasal baju sekolah jenama MATARI untuk kegunaan Alisha tahun depan ni memang terbaikla! Alisha seronok dapat baju sekolah ni tau. Bila anak saya gembira, saya semestinyalah gembira juga kan. Bila saya gembira, makanya nah, rajin tau update entry untuk u all jugak. hahhahhaa. Nak pengaruh u all biar u all pun dapatkannya. Jangan risau, harga mampu milik!! Tambah lagi sekarang ni ada PROMOSI BUY 2 FREE 1 di http://matarishop.com

Apa yang saya tulis ni semuanya ikhlas tau, kalau saya tak suka, saya takkan review, saya hanya review bila sesuatu produk tu mengujakan saya atau menggembirakan anak-anak saya. Saya cerita dari awal ye, u all jangan lupa baca sampai habis tau. Biasalah u all, kalau tak panjang karangannya, bukan sayalah yang menulis. wakakkakka. Ketika posmen hantar uniform sekolah ni ke rumah kami, Alisha terus buka bungkusan dia. Bila Alisha pegang je kain sekolah tersebut, terus Alisha jerit "Ibuuu kain macamnilah yang kak Isha nak". Dia punya jeritan dan senyuman tu, saya tahu Alisha seronok dan teruja.


Baju ni Alisha dah guna tau, tak menyempat tunggu tahun depan. Mula-mula bagi pakai pasal nak pergi ambik anugerah kecemerlangan di sekolah, last-last sampai 3 kali dah dia guna. Itu tandanya pakaian sekolah MATARI ni sangat selesa diguna oleh Alisha.!! Alisha kata pakaian sekolah MATARI ni tak buat dia panas seperti baju sekolah lama dia tu. Kemain tau anak saya, mentangla baju sekolah dia sebelum ni saya beli yang cikai punya. Dah dapat yang MATARI ni, kemain duk puji cakap cantik dan selesa. Sebelum ni saya tak reti nak pilih2 baju sekolah anak ni u all, maklumlah, anak pertama nak sekolahkan. Bab kualiti kain ni saya mana reti, nampak depan mata main ambik je. Bukan tau panas ke sejuk ke, bila anak komplen, barulah saya tau. 


Bagi saya material baju sekolah MATARI ni best, kain dia tebal dan berat, bukanla berat yang beria tu u all, tapi beras just nice.. kira macam bila anak saya guna tu, baju tu elok je terletak, nampak "jatuh" elok je.. Pakaian sekolah dia pun diletak dalam plastik khas MATARI bukannya plastik natural kosong tanpa tulisan tu. Opsstttt sorry ye, plastik dalam gambar ni dah berkedut, ada ramai anak kecil, gitulah kejadiannya.. hahhaha


Bajunya ada label MATARI. Kalau dulu saya beli dekat Alisha yang tanpa label, ada nombor saiz je. Maklumla, cikai punyalah katakan.


Gandingan butang dan getah tu bagi saya mantap! Bukan apa, takdalah butangnya tu kerjanya asyik tercabut je kan. Selalu mana ada orang guna getah macamni, sikit-sikit tercabut, tau-tau je baju dah terlondeh jatuh melepasi bahu. Kalau guna yang getah macam ni, baju tu elok je ukurannya terletak di bahu. 


Dari segi jahitan pula, bagi saya perfect! Memang cantik.. Ya Allah.. kemas sungguh u all..!! Tu yang saya rasa cantik sangat bila anak saya guna tu. Tak pasal2 aura kecantikan baju tu naik seri ke muka anak saya. gittewww.. hahahhah. Eh kejap, ce u all tengok balik gambar jahitan leher baju atas tu, dari situ pun dah nampak jahitan dia kemas je kan?


Bahagian pinggang kain sekolah MATARI ni getah secara keseluruhannya. So, risiko pinggang terbesar ke takda ye. Ngam2 je dan tak ketat. Nak tau apa yang best lagi dekat pakaian sekolah MATARI ni?? material dia tu WRINKLE FREE, senang cakap, KURANG KEDUT. Ini yang buat pakaian sekolah MATARI terbaik, mahunya tak, mak-mak macam saya bukannya rajin nak gosok baju yang beria berkedut, tenyeh kuat-kuat pun tak hilang lagi kedut. Yang cepat pun jadi lambat. Berlainan dengan pakaian sekolah MATARI ni, saya gosok ala-ala je u all sebab kedut dia tu mudah nak hilang, tak payah tenyeh-tenyeh. Saya suka saya suka!! Lagi satu, ia mudah untuk dijaga dan mudah dibersihkan. Paling best, ia TAKKAN JADI KEKUNINGAN sebab kainnya warna putih nila. Saya suka dengan warna putih nila sebab putih nila ni buat baju sekolah anak saya akan nampak sentiasa baru sepanjang tahun. Berbanding dengan yang putih biasa tu, lama-lama ia bertukar jadi kuning macam baju sekolah saya zaman budak-budak dulu.  


Untuk pengetahuan u all MATARI ni Awarded No 1 Online School Uniform brand in Malaysia 2017 dan Awarded no 3 Parent Love School Uniform in Malaysia 2017. MATARI ni juga adalah pembekal pakaian seragam sekolah terkemuka di Malaysia (bebas kedut). Syoknya dengan MATARI ni, kita boleh buat BELIAN SECARA ONLINE, memang sesuai sangat zaman sekarang, semua dihujung jari. Kalau u all nak buat pembelian, u all boleh beli direct di website MATARI. Sekarang tengah PROMOSI DARI 25/11/2017 HINGGA 10/12/2017, rugi kalau u all tak rebut peluang tersebut!!


【 Beli 2 percuma 1 ‼ 】 😲 😲 😲

♦ Baju Sekolah Rendah & Menengah Bebas Kedut/ Baju Kurung Beli 2 Percuma 1
♦ 20% discount untuk Seluar/ Kain Maxi/ Pinafore
♦ 20% discount untuk Beg Sekolah & Bekas Air
♦ 10% discount untuk Alat Tulis✏/ Kasut Sekolah👟/ Stokin/ Singlet / Aksesori

📫 Percuma penghantaran dengan setiap pembelian RM150 dan keatas seluruh Malaysia

Jika saiz yang dibeli secara atas talian,tidak sesuai. Jaminan penggantian dalam 7 hari

Facebook: Matari School Uniform
Website: www.matarishop.com

 ☎ www.wasap.my/60164191491
(Peniaga Seragam di alu-alukan)

 🏢 48, Jalan Lembah Permai 4, Taman Lembah Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Waze: https://waze.com/ul/hw0zqmvww9

 ⏰ 10AM to 7PM Isnin ~ Jumaat / 10AM to 8PM Sabtu / 10AM to 4PM Ahad

5 comments.. read them below or add one

ecadwinkyasha ecadwinkyasha November 29, 2017
dulu2 pakai baju jenama Canggih nama dia....oke je sampai hbs skola pakai.
Umi Nazrah Umi Nazrah January 11, 2018
kemas jahitan baju sekolah ni. anak2 saya alhamdulillah pakai baju mak buat kan. darjah 1 tahun ni ^_^
aizamia3 aizamia3 May 23, 2018
Kemas jahitannya.. ;)
Ksjb @ kerjasendirijb Ksjb @ kerjasendirijb August 09, 2018
Lepas ni peniaga-peniaga baju sekolah, sila jual pakaian sekolah murah dan berkualiti. Anak-anak suka, mak bapak pun ikut suka.
AnonymousAnonymous January 02, 2021
Single ke? Ciannn.... contact i okay. Love u.
017-4502767
https://ibb.co/b70xpV3
LinkedIn: https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107
FB: https://m.facebook.com/profile.php?id=100000429168184
Insta: @zuhairizani
Twitter: @zuhairizani