Perkembangan Aqilah yang terkini

Dah lama saya tak bercerita pasal perkembangan anak2... Hari ni saya nak bercerita antara perkembangan anak solehah Aqilah... u all tahu tak, Aqilah ni dia berlainan dengan Alisha tau... Aqilah dia jenis yang cepat bosan.. Dia bukan jenis fokus pada sesuatu tu dengan terlalu lama... sekejap je dia fokus, lepas tu mulalah buat benda lain... Macam tu jugak bila saya mengajar Aqilah.. Tapi Aqilah ni jenis mengikut Alisha tau... Bila Alisha nak mewarna, mulalah dia pergi ambik jugak buku dia & buat aktiviti yang sama... tak kira aktiviti apa pun, dia mesti nak buat jugak macam kakak dia tu... 


Sehinggalah petang semalam, Aqilah panggil saya yang masa tu berada di dapur... Aqilah tunjuk gambar yang dia warna... Surprise saya tengok, sebab ini adalah kali pertama dia tunjuk saya yang dia mewarna bukan sekadar menconteng... Tiba2 pulak saya terasa sebak... Finally..!! Di usia Aqilah nak masuk 3 tahun akhir bulan ni, dia dah mula faham pasal mewarna... mewarna tidak keluar garisan... Dari gambar dia atas, saya boleh nampak yang dia mewarna dengan ada "ilmu"... dia dah mula tahu mewarna jangan melebihi garisan... Tapi hakikatnya dalam gambar ni memanglah nampak keluar garisan... tapi dari gambar ni jugak, nampak dia berusaha untuk mewarna mengikut gambar tersebut... tak kisahlah walaupun peguin Aqilah tu warna merah, tapi dia dah buktikan dekat saya, walaupun selama ni dia tidak fokus terlalu lama dengan pembelajaran dari saya, tapi dia serap segala ilmu yang saya bagi... GOOD JOB SAYANG...!!!

Tau tak, hasil kerja yang Aqilah buat ni, dia sendiri pun teruja tau... Bila saya puji hasil kerja dia tu, dia senyum lebar, siap warna gambar lain lagi... Bukan tu je, punya excited, bila abah dia balik kerja, masuk je dalam rumah, terus dia tunjuk gambar yang dia warna tu... Alahaiiii Aqilah... terharu saya tau... Dia dah mula tunjuk minat untuk "serius" dengan buku macam Alisha... Eh jap, nak cakap jugak. inilah antara kesan yang kita nampak bila selalu memuji hasil kerja anak... walaupun kecil pada mata kita tapi amat bermakna pada diri anak2 syurga kita...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 10 comments.. read them below or add one }

lynndAmya lynndAmya October 06, 2015
Salam, wahh dah pandai mewarna lah dia...comel je, xpe kak..betul akak ckp tu, rasanya dia dah faham dan latih diri untuk warna dalam garisan saje, lepas ni mesti lagi baik hasilnya..keep on praising them! yeay :D
Unknown Unknown October 06, 2015
dah pandai la dia..hari2 tengok kakak dia la tu..jadi minat terus...
Unknown Unknown October 06, 2015
dah pandai la dia..hari2 tengok kakak dia la tu..jadi minat terus...
Syira Lokman Syira Lokman October 06, 2015
BAGUSNYAAA..HEHEE..ALL THE BEST DLM MENDIDIK
Murni Alysa Murni Alysa October 06, 2015
Alhamdulillah..pandai nyer
Zafirah Kama Zafirah Kama October 06, 2015
same name with my sister... tu yang terjebak ke sini...
Unknown Unknown October 06, 2015
cerdiknya aqilah! Alhamdulillah
Liyana Anuar Liyana Anuar October 07, 2015
wah..pandai dah..mmg budak kite kena puji selalu kan? baru dia akan lebih minat buat :)
yangbaik yangbaik October 08, 2015
dia dah pandai kenal tempat untuk mewarna... bagus nye
Emi Emi October 18, 2015
Haha comel je. Suka betol klu tgk bebudak mewarna ni. Macam2 pesen. Anak2 buah emi pun memula sekadar conteng je. Lama2 kita sendiri rasa impress tengok makin lama dorang makin belajar cara mewarna dgn betul.