Saya nak cakap kat u all, kalau nak bagi nama anak, pastikan maksudnya baik.. nama anak tu, melambangkan diri dia di masa depan.. Eh, betoi ke ayat saya ni... saya tak reti nak explain maksud yang saya cuba nak sampaikan ni.. tapi nak lagi senang, saya bagi contoh supaya u all paham... Actually, saya hanya perasan tentang benda ni, selepas saya ada anak..
NUR ALISHA = CAHAYA & DILINDUNG OLEH TUHAN
Alisha memang betoi2 dilindungi oleh Tuhan.. Saya pernah cerita dekat u all yang rumah parent saya dipanah petir sehingga kaca berderai dalam rumah.. adik bongsu saya menangis, mak saya terkejut sebab "cahaya" melintas depan dia.. kami semua terkejut.. ketika tu saya masih dalam pantang... tapi dengan takdir Tuhan, ALISHA sikit pun tak bergerak & tak keluarkan suara.. seolah2 takda apa yang berlaku.. orang cakap, maybe time tu Alisha dipeluk oleh Malaikat... nak baca boleh KLIK SINI..
Saya perasan, bukan setakat diri Alisha je tau.. tapi barang2 Alisha pun macam sentiasa dilindungi.. sentiasa menjadi rezeki dia walaupun barang tu dah hilang mesti akan jumpa... contohnya, pernah sekali kasut alisha hilang tau.. selepas beberapa hari baru sedar.. bila pikir2 maybe tertinggal dekat kedai makan.. so, kami pergi semula kat kedai tu.. dengan takdir Tuhan, kasut tu masih ada.. tapi macam berlumpur la.. sebab sebelum tu hujan.. kalau ikutkan, sepatutnya kasut alisha tu pun mesti hanyut kan.. tapi tu la, dengan takdir Tuhan, kasut Alisha tersangkut dekat rumput2...
Lagi satu, subang Alisha... kalau subang alisha yang jenis ring tu, banyak kali tercabut.. lebih dari 5 kali kot.. tersangkut dekat baju la.. terjatuh atas simen la.. Alhamdulillah.. tetap jugak jumpa.. Macam kat Terengganu baru ni, subang Alisha yang jenis pulas macam skru tu, hilang jugak.. tapi terjumpa semula.. BACA KAT SINI untuk tahu reaksi Alisha time tu...
Haaa lagi satu plak cincin.. masa tu kami balik dari Chemor ke Parit Buntar.. bila dah sampai Parit Buntar, baru perasan yang cincin Alisha dah takda kat jari dia... saya cari dalam kereta takda.. last2 tergerak kat hati nak telefon umah maklong saya kat Chemor (sebelum balik Parit Buntar, saya singgah sini dulu).. saya tanyalah ada nampak cincin Alisha tak, katanya takda... tapi dalam duk sembang tu, sepupu saya @ anak mak long gtau suruh tunggu jap sebab dia nampak sesuatu... rupa2nya cincin Alisha! nasib saya telefon awai.. sebabnya sepupu saya cakap, dia dah nak menyapu dah tadi.. Alhamdulillah... moga Alisha sentiasa dilindungi Tuhan
NUR AQILAH = CAHAYA & CERDAS & PANDAI
Macam Aqilah ni plak, maksud nama dia cerdas & pandai.. Selama 7 bulan usia dia ni.. saya memang nampak dia seorang yang sangat2 cerdas berbanding kakak dia dulu... Aqilah lebih aktif.. Balik Terengganu, orang duk kata badan Aqilah ni jenis keras.. cerdas budak ni.. ramai yang cakap camtu.. saya sendiri sebagai ibu pun rasa macam tu...
Aqilah pun jenis yang cepat belajar sesuatu.. cepat je pandainya... bayangla... cerdas tak cerdasnya dia.. pandai tak pandainya dia... umur 7 bulan setengah dah pandai memanjat... Moga Aqilah akan membesar sebagai budak yang pandai & cerdas... cerdas dari segi fizikal & cerdas dari segi minda dia tu... mana tau suatu hari, kecerdasan minda Aqilah mampu mengharumkan nama agama, bangsa & negara dengan menjadi orang pertama yang mereka cipta sesuatu untuk dunia... cewahhh.. hihii... *doa seorang ibu kan... (^_^)
So, camna, dari contoh yang saya share pasal anak saya ni, u all paham tak apa yang saya nak cuba sampaikan berkenaan nama anak2 & kelakuan or sikap or life mereka di masa depan..? Kesimpulannya, pilih nama anak dengan maksud yang elok... (^_^)
Setuju dgn akak..
mmg kita disuruh beri nama yg elok2 utk anak2 sbb diakhirat, nnti, nama itu yg akak diseru..
Alhamdulillah.. alisha & aqilah serasi & sihat dgn namanya ;)