Semalam saya goreng kentang untuk alisha... lepas goreng, saya mulakan aktiviti buat air anggur fresh.... tengah2 alisha makan kentang goreng tu, tiba2 terus dia datang dekat saya... Time tu, saya dah terpandang Aqilah macam duk berusaha nak ambik kentang kakak dia tu... tapi dalam hati saya kata aqilah takkan dapat ambik sebab time tu jarak aqilah dengan pinggan lebih kurang 2 or 3 jengkal.... Eh, jauh jugak tu tau bagi aqilah yang tak reti menyulur ni... just tau meniarap & golek2 je... (^_^)
Sesungguhnya saya tak boleh pandang rendah dekat anak saya ni... dia sanggup berusaha sampai dapat tak kira tergolek ke terlentang ke.. janji dia dapat... jenis yang tak kenal erti putus asa ni..!
Sedar2 je, kentang goreng dah berterabur... dia boleh buat main pulak.. ahhah
Bila kakak alisha dah sedar adik dia main, apa lagi, time tu takda can la adik nak main kentang kakak, kakak akan halang... kikikiii...