Sebagai seorang ibu.. saya rasa sangat bertuah ada anak macam Alisha.. Bukan apa u all.. seperti yang u all tahu, hari ni hari ketiga saya melatih alisha tanpa pampers di siang hari kan... Baru 3 hari je pun u all, tapi alisha cepat tunjuk yang dia dah betoi2 ready nak jadi kakak.. nak memudahkan kerja ibu dia bila ada adik nanti.. (",)
Untuk pengetahuan u all, setakat pukul 3:30 petang ni, Alisha BELUM LAGI TERKUCIL DALAM SELUAR TAPI YANG LAGI BUAT SAYA SERONOK YANG AMAT SEBAB BUAT PERTAMA KALINYA ALISHA BERJAYA BUANG AIR BESAR DALAM TANDAS!!... Dengan kata lain, BUKAN JE KETIKA NAK KENCING ALISHA AKAN INFORM SAYA TAPI JUGAK BILA DIA NAK BUANG AIR BESAR!!... Wahhh.... seronoknya saya rasa... hihiiii
Kalau sebelum ni, saya pernah bagitahu u all yang saya nak ajar alisha buang air besar dalam tandas kan.. tapi alisha pulak bila duk atas tandas duduk tu, dia boleh goyang2 kaki sambil gelak2 lagi.. adehhh... ditambah pulak saya ni yang time tu tak berapa nak rajin... so, tak berjayalah kan..
TAPI untuk kali ni, tidak lagi sebab saya memang mempunyai semangat yang berkobar2 untuk ajar alisha.. hihii.. Thats y bila berjaya, saya rasa seronok sangat... hehheh.. (",) Sebelum ni, tak pernah pulak terpikir nak ajar buang air kecil & air besar sekaligus... tapi bila alisha sendiri yang bagitahu saya dia nak buang air besar.. tiba2 baru si ibu ni terpikir... ahhahhah.. Alisha lagi advanced dari saya.. muahhahah
P/s : Sedang berusaha terjah rumah u all slow2.. tenet masih tenat (",)