Serius saya tak tahu nak panggil ni air ke apa... tapi hentam je lah cakap Air Buah koktel.. hihi.. Hari ni dekat sini cuaca sangat panas.. so, saya terpikir kalau makan sesuatu yang sejuk mesti sedap je rasa tekak tu.. hihii.. Saya pun apa lagi, buka peti ais, terpandanglah koktel dalam tin yang baki saya buat puding buah baru ni.. (",)
Apa lagi, saya pun terus buat air buah ni... Alaaa senang je nak buat... Ambik isi koktel + buah laici + tembikai + susu cair + ais.. Lepas tu apa lagi.. terus makan jelah.. hihii.. Tapi macam saya yang tak minum ais ni, saya simpan dalam peti sejuk dulu, lepas tu baru minum... (",) ACTUALLY, APA2 BUAH PUN U ALL BOLEH LETAK... TAPI RUMAH SAYA ADA BUAH NI JE... hihi
Rasa dia sangat2 sedap hokay!!... Pada u all yang suka manis, bolehlah tambah gula or susu pekat sikit.. tapi saya tak suka, letak susu cair je memang dah sedap... Ohya, selain dari susu cair, u all boleh jugak guna susu segar... Eh, susu yang dalam kotak besar tu, panggil susu segar ke... lupa pulak.. hehehh
Nak kongsi satu tips dengan u all, biasa kalau saya buat air bandung, saya mesti letak jugak susu cair... rasa dia memang mabeles lah... lemak2 sikit... adehhh sedapnya... (",)
P/s : Dah terima cek kedua dari Exabytes
nur xboleh mkn tembikai lagi.. batuk teruk ni..huhuhu