Ujian untuk Alisha

Ujian la sangat kan.. Saja suka2 guna word ujian.. Saya bagi Alisha kertas soalan & Alisha perlu jawab tanpa bantuan saya, so, saya anggap ianya ujianla.. Ujian ni Alisha buat masa kami balik rumah MIL saya baru ni... Ohya, anak saya walaupun balik kampung, study tetap study yer... Saya tak kisah mereka main, tapi dalam tempoh 24 jam tu, mesti kena ada waktu untuk mereka study... Pukul berapa, itu atas pilihan mereka sendiri, janji dalam tempoh 24 jam, HARUS ada waktu STUDY... Tapi kan, bila anak2 saya study di kampung, macam baru ni, kebetulan ada sepupu Alisha jugak, dengan sepupu2 Alisha pun study jugak... U all tahu tak siapa yang jadi cikgu untuk sepupu Alisha tu???... Alisha lah... ahhahhahah.. Siap bahasakan diri dia cikgu... Yang sepupu dia tu pun, layankan je apa yang Alisha ni ajar... Eh, tapi Alisha ajar betoi2 la u all.. bukan ajar sekadar main2... Macamana saya ajar dia, macam tu lah dia ajar sepupu dia tu.. Suwit la dorang ni tau... hihi.. Dekat rumah ni pun Alisha memang selalu berimaginasi jadi cikgu... Seronok sangat la dia dapat jadi cikgu "betoi2" time dekat kampung tu... 


Saya bagi Alisha jawab ujian seperti dalam gambar atas tu.. Dari 30 soalan, 28 Alisha betoi manakala 2 salah... salah tu akibat cuai ketika mengira... Ohya, Alisha jawab soalan ni dengan cara mengira guna jari, pantas pulak tu pengiraan Alisha... Saya pulak yang terkejut tengok... Secara peribadinya, dah lama saya tak tengok Alisha buat latihan matematik sebab saya bagi tumpuan pada pembacaan... Alih2 bila saya tengok, rupanya dah terror mengira guna jari... Cepatnya masa berlalu, dari terkedek2 mengira, sekarang dah laju.. dari saya kadang2 rasa nak grrr ketika mengajar, sekarang dah mampu relax ketika mengajar, saya hanya perlu pantau sahaja... AllahuAkbar... rasa nak menangis pun iyer jugak... Rasa berbaloi dengan apa yang saya telah lakukan selama ni..

Yap, saya adalah seorang ibu yang tak suka mengharap 100% dekat guru... Apa yang Alisha belajar di sekolah, saya akan tanya dia hari2... Macamana excitednya saya ketika nak tengok anak saya pandai meniarap, menyulur, merangkak dan sebagainya, macam tu jugak excited nya saya nak tengok perkembangan pembelajaran anak2 saya... Sebab tu saya kata, saya tak boleh mengharap guru 100%... kalau tak, nanti saya tak tahu apa perkembangan anak2 saya... Saya bangga dengan anak2 saya... Mungkin dia tak sehebat anak2 orang lain, tapi di mata saya anak2 saya memang hebat..!! Yap, kita ibu2 pasti akan cakap anak kita hebat kan??... Positifkan diri, jangan mengata mereka yang menyatakan anak mereka hebat... kerana anak awak jugak hebat..!! U all kalau baca blog saya, pemikiran harus positif yer.. Jangan bawak pemikiran negatif dekat sini... (",)


Alhamdulillah anak solehah Alisha sekarang ni, kalau setakat jawab soalan matematik tambah tolak tu dia dah okla... tapi kalau nombor besar2 macam puluh2 tu tak reti lagi la.. yang nombor puluh2 tu, sekolah darjah berapa baru start belajar erk? Bahasa melayu pulak, setakat soalan yang guna 2 suku kata tu, Alisha laju je jawab.. Eh, agaknya memang prasekolah ni tahap pembelajaran tu 2 suku kata je kot yer?.. sebab saya tengok soalan, biasa 2 suku kata je yang ada.. Sekarang ni fokus saya untuk ajar Alisha membaca bahasa omputih pulak dengan menulis bahasa melayu... Menulis yang saya maksudkan tu kiranya nak bagi Alisha lebih kukuh lagi dalam pembelajaran bahasa melayu dia ni.. Kalau setakat baca, Alisha memang dah boleh baca... Sekarang ni, fokus saya adalah saya sebut sesuatu perkataan manakala Alisha mengeja & menulis perkataan tersebut di buku... Contoh kalau saya suruh Alisha tulis NASI, Alisha kena ambik buku dia tu tulis NASI... Cara ni untuk saya tahu samada Alisha ni pandai mengeja tak... tapi biasanya saya buat ala2 karangan la... Karangan budak2, Nama saya Nani. Nani suka makan nasi. Ibu Nani masak nasi itu... Haaa gitu kekdahnya... 

Moga kita semua diberi kesihatan, kekuatan & kesabaran dalam mendidik & mengajar anak2 syurga kita... Zaman kanak2 mereka hanya sekali.. Jom lah kita semua indahkan zaman kanak2 anak2 kita itu.. Moga mereka membesar dengan mengingati pengorbanan yang telah kita lakukan untuk mereka... Ingatlah sayang... kita sebagai IBU ADALAH CIKGU PERTAMA ANAK2 KITA... AllahuAkbar... Moga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan.. InsyaAllah...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

{ 7 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown February 18, 2016
dah lama tak singgah sini...

wah good job lah alisha....
Lynndamya Lynndamya February 18, 2016
Salam, kak! Apa khabar? lama x BW blog akak ni...hehe, tak sangka dah besar dan bijak dah anak2 akak semuanya...seronok dgr perkembangan diorang tau...good job akak!
AnonymousAnonymous February 18, 2016
semoga alisha sentiasa rajin berusaha n belajar. good teacher mommy!
Mrs Velentine Mrs Velentine February 18, 2016
wah alisha dah mcm budak darjah 1
nini nini February 24, 2016
Bestnya bila dpt kesan positif kan......inshaAllah nini pon ada niat yg sama....


lynndAmya lynndAmya April 01, 2016
Salam, alahai seronoknye dpt tgk anak2 kita pandai mcm ni kan..tak sia2 ibu dia rajin didik diorang..tahniah alisha dan utk akak juga..hehe :D