Tidak "wajib" bagi anak susu Formula selepas umur 2 tahun & tidak "wajib" ibu mengandung minum susu khas untuk ibu mengandung

NAK "HIGHLIGHT" KAT SINI, ENTRY INI BERTUJUAN UNTUK TAKNAK BAGI PARENT RISAU JIKA ANAK TAKNAK MINUM SUSU FORMULA SELEPAS CERAI SUSU BADAN & UNTUK IBU MENGANDUNG YANG TAK MAMPU MINUM SUSU TEPUNG SEBAB LOYA YER... ITU JE SELAIN DARI UNTUK TAMBAH ILMU... JANGAN ADA YANG BUAT TAFSIRAN LAIN PULAK.. (",)

_________________________________________________________________________________


Apabila saya kata "TIDAK WAJIB" bagi anak minum susu formula selepas usia 2 tahun, ini maksudnya dalam tempoh 2 tahun pertama itu adalah susu badan yer... Saya cuma nak ceritakan antara perkara yang saya pernah pikir ketika nak cerai susu badan dekat Alisha dahulu... Masa tu saya masih anak sorang, ilmu tak banyak, sekarang pun tak banyak jugak.. ilmu ni tak pernah habis sebenarnya.. cuma kita je perlu lebih banyak mencari ilmu... Duluuuuu pada pemikiran saya, setiap anak mesti minum susu, setiap anak yang dah cerai susu badan mesti minum susu untuk dapatkan kalsium... pendek kata, macam otak saya ni dah set "NAK TAMBAH KALSIUM MESTI MINUM SUSU"... Nak tulang kuat mesti minum susu... Kanak-kanak mesti minum susu, ibu mengandung mesti minum susu... asal mengandung, susu yang kena minum mesti susu khas untuk ibu mengandung... Nampak tak??? Iklan susu memang menanglah bab ni... Eh, u all janganlah pulak kata saya ni anti susu formula pulak tau... Kena explain bab2 ni, zaman sekarang orang suka salah paham & putar belit cerita...

Saya tak halang pun nak beli susu formula, boleh je u all.. takda salah pun... Entry ni saya tulis sekadar nak berkongsi ilmu yang sebenarnya KALSIUM TIDAK HANYA BOLEH DIDAPATI DARI SUSU FORMULA... Itu sahaja... Bukan apa, sebab kadang2 bila anak tak nak minum susu formula selepas cerai susu badan, mulalah kita duk risau yang anak ni taknak minum susu.. anak ni tak dapat kalsium... Takyah risau ye sayang sayang... bagi je anak tu kalsium dari sumber lain... Tapi sebelum tu saya nak bagitahu u all tentang fungsi kalsium.. kalsium ni dia memainkan peranan dalam pembentukan tulang dan gigi kita.. Kalau tubuh kita ni kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan pertumbuhan tulang kita tu terganggu & boleh mengakibatkan osteoporosis...

Sekarang ni nak cerita dekat u all pulak antara sumber kalsium selain dari susu formula... Antara contohnya adalah keju, yogurt, oren, badam... Ohya, sebut pasal badam ni kan, kalau u all ibu mengandung yang tak mampu sebab loya @ tak suka untuk minum susu tepung, u all boleh makan badam... tahu tak khasiat badam ni?? Badam ni dapat tingkatkan kecerdasan minda, membekalkan tenaga, mencantikkan kulit selain dari menyokong kesihatan yang baik.. Kalau rasa nak minum susu, minum susu segar... Oh sedapnya... susu segar + badam... Bukan setakat kita yang dapat khasiat, anak dalam kandungan pun dapat..!! nampak tak?? apa yang saya nak sampaikan...?? Tak semestinya asal mengandung je kena minum susu mengandung... padahal susu biasa pun boleh.. Kalau nak bagi anak pun dapat khasiat, nak bagi otak anak cerdas, makan je makanan yang boleh cerdaskan otak macam badam ni haaa.... Mereka2 yang mengandung tak boleh minum susu tepung, boleh amalkan ini yer... Eh, lagi sekali nak cakap, jangan cakap saya anti susu ibu mengandung pulak tau... saya cerita je sekadar untuk tambah ilmu u all.. Itu je pun... jangan salah paham yer...


Dalam sayuran ada banyak kalsium, u all tengok je carta dekat atas tu yer kalau nak tahu antara sumber kalsium dari sayur apa... kiranya kalau anak u all taknak minum susu formula, u all just fokus je pada pemakanan mereka... macamana u all nak bagi anak u all makan tu, u all sebagai ibu tahu macamana caranya.. sebab u all lebih mengenali anak u all...

Ohya, anak umur setahun dah boleh bagi fresh milk yer...  tapi janganlah bagi yang low fat pulak.. seeloknya yang full yer... Fresh milk ni dia tak tahan lama, u all kene tengok dekat tarikh expired dia tu.. Normally dalam 2 minggu je... tapi anak2 saya ni, sehari pun takdan dah habis mereka minum.. sampai kena sorok, mahunya tak... fresh milk kan sedap... saya pun minum jugak... 

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

{ 12 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown December 15, 2015
Bnyk2 mknnan dlm kategori kalsium ni cheese+ susu lah kegemaran ank2 saya. Tq 4the info
syawalsimpsons syawalsimpsons December 15, 2015
si mirza ni dah nak masuk 6 bulan, bulan depan, boleh la persiap semua kelengkapan untuk solid food untuk mirza
Rizziela Rizziela December 15, 2015
betul tu..

Tapi anak2 umur 4 tahun nak masuk 5 tahun masih minum susu... bukan sebab apa..diaorang mmg nak minum susu.. so x sampai hati plak nak ceraikan susu lagi.... susu formula murah2 aje
IntaNBerliaN IntaNBerliaN December 15, 2015
@Rizziela

Ye betoi.. anak nak takda masalah... cumanya kalau anak yg taknak or mereka yang mengandung tu tak "mampu" nak telan susu tepung, boleh je guna sumber kalsium lain.. :)

Itu motif entry ni.. kiranya kita tak perlu risau jika anak taknak minum susu formula lepas cerai susu badan :)
eita eita December 15, 2015
bagus betol info ni..takde lah nak paksa budak2 suh minum susu tepung kan
Fiza Rahman Fiza Rahman December 15, 2015
Betul tu. Saya tau pon dari FB Dr. Suriyakhatun. Menyambung dengan susu formula akan memberikan anak makanan tiruan dan berkimia yang akan mengenyangkan dan akan memotong selera makan pada makanan asli.

Tapi anak dara saya memang kuat susu. Sejak bagi ubat cacing, dah tak menyusu tapi selera makan bertambah. Kalau tak memang susu jer kerjanya. Skang...no more susu.
Liyana Anuar Liyana Anuar December 15, 2015
ada terbaca jugak pasal ni..
Puan Kutu Puan Kutu December 16, 2015
betul tu susu n8 cuma sunat..takdelah jadi wajib..sy sejak mengandun afia minum susu tepung biasa je tak sibuk pun nak beli susu khas utk mengandung..sebabnya mahal.haha.khasiat n kalsiumnya sama jugak kan.hehe..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip December 17, 2015
CT tak minum susu lepas berenti susu badan dgn mak dulu.. smpai skarang.. bila dah besar ni amek inisiatif lain dgn amek pil calcium.. tpi kecil2 dulu x ingt eheheh.. CT pun ada pandangan tu.. baby mesti minom susu =D
AnonymousAnonymous December 23, 2015
Nini minu susu kambing je...la ni bila minum susu lembu dah rasa lain sebab dah biasa ngan susu kambing je....
Unknown Unknown December 23, 2015
lepas 2tahun ikutkan susu bukan keperluan dah.. boleh makan makanan lain pun kenyang dan ada sumber2 kalsium
Ummu Khaulah Ummu Khaulah December 30, 2015
Kann.. bila saya tak bagi susu formula lepas anak cerai susu badan (2 tahun) ramai dok komplen lagi. Huhu...saya jawab kalsium tak semestinya dari susu sahaja. Makanan pun ada. ..