U all ingat tak, dulu saya ada buat entry yang Alisha main dengan Aiman masa dekat umah adik lelaki saya tu (Pengkalan Hulu)... Kalau lupa, BACA SINI & SINI... Untuk pengetahuan u all, Aiman ni sangat rapat dengan adik saya tau.. Rapat sampai bawak je Aiman ke mana walaupun bermalam di Ipoh, sedangkan Ibu bapa Aiman di Pengkalan Hulu... Rapat sampai sanggup beli mainan letak dekat rumah dia untuk Aiman main.. Rapat sampai bahasakan diri dia "ABI"...
Ohya, Adik saya ni dah nak masuk 7 tahun kawen tau.. tapi belum ada rezeki dikurniakan zuriat.. sekarang plak dia ada dekat ICU IPOH.. moga adik saya masih ada peluang untuk mempunyai zuriat... Adik saya ni memang suka budak2 tau.. Dia anggap Aiman tu dah macam anak sendiri.. tak pernah walau sekali dia cakap dekat saya yang Aiman tu anak yang dia mengasuh ke.. anak jiran ke.. anak angkat ke... tapi dia cakap Aiman tu anak dia...
Masa hari kedua adik saya masuk ICU, Abah Aiman yang masa tu ada operasi (Aiman & Adik saya keje polis dekat Pengkalan Hulu) dekat Kelantan, dia "lari" macam tu je dari operasi.. katanya just tawakal je la.. Ketika di Hospital, Abah Aiman cakap dekat parent saya & saya "NAZREN BAIK SANGAT DENGAN ANAK SAYA.. SAYA TAK MAMPU JAGA AIMAN MACAMANA NAZREN JAGA AIMAN".. Ibu Aiman mengalir air mata selepas keluar dari tengok adik saya dalam bilik ICU...
Malam tu jugak, adik saya buat pembedahan buang darah beku dekat kepala dia.. lebih kurang pukul 1 pagi, Abah Aiman telefon abah saya.. tanya macamana pembedahan adik saya.. Tiba2 Abah Aiman cakap "Saya sebak dah ni pakcik.. Nazren baik dengan saya".. terus abah Aiman menangis dalam telefon sambil cakap dengan abah saya tu...
P/s : Bagi saya peluang coretkan cerita adik saya minggu ni yer.. minggu depan, InsyaAllah saya akan kembali tulis cerita Alisha & Aqilah.. Opsttt sebenarnya, cerita Alisha & Aqilah takda u all.. yela, dah kami duk hospital je.. mana ada ragam 2 beradik tu yang mampu saya rakam dekat hospital.. (",)