Baru2 ni ketika kami 3 beranak, tengok video iklan sayang mama yang Alisha suka tu.. Tiba2 my dear cakap "Perempuan dalam video ni tak kerja mesti sebab suami dia tak bagikan".. hahaaa boleh pulak macam tu.. pandai2 je my dear ni.. hihii.. Padahal suami yang tak bagi isteri dia kerja tu.. my dear lah sebenarnya... hahaaa Tapi saya tak kisah sebab saya dah seronok jadi "HOME MINISTER"... (^_^)
U all nak tahu tak, my dear pernah cakap dekat saya.. "Duit boleh dicari tapi masa bersama keluarga adalah sebaliknya".. Yela, jika kita asyik berkerja tanpa memberi memberi sedikit masa berkualiti untuk dihabiskan bersama family.. tak ke dah rugi.. Contohlah.. Anak kita ketika kecik memerlukan perhatian dari kita tapi kita terlalu sibuk dengan kerja.. sedar2 je anak kita dari tak boleh meniarap tiba2 dah boleh berjalan.. so, tak ke dah rugi saat2 indah untuk kita bersama anak kita.. masa itu tidak mungkin mampu diputar kembali...
Syukur Alhamdulillah jugak sebab saya dapat seorang suami yang lebih suka duduk rumah.. Keluar rumah pun, mesti kami 3 beranak sama2 keluar... Bila berada di rumah, my dear lebih suka mengadap komputer duduk tengok saham dia, tak pun tengok pasaran emas.. lebih hebat main game Top Gun dekat facebook.. muahhahah.. Thats y bila my dear ada dekat rumah saya jarang online... hihiii
Sesibuk mana pun kita.. carilah masa bersama family kita.. memang zaman sekarang, duit sangat penting tapi adakah ianya berbaloi jika melihat anak kita or family kita tak bahagia?.. Janganlah kita membiarkan masa berkualiti bersama keluarga dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja... kerana sesungguhnya masa itu tidak mampu diputar kembali.. (^_^)
P/s : Hujung minggu @ hari cuti memang best bila kita dapat berkumpul dengan family (",)
P/s : Hujung minggu @ hari cuti memang best bila kita dapat berkumpul dengan family (",)