Hari ni saya nak cerita dekat u all pasal anak saya ni yang sangatlah sibuk dengan luka dekat betis dia tu... Actually, dekat betis dia tu sebelum ni gatal2.. lepas tu, si alisha ni pulak pergi garu.. tu yang tetiba jadi luka tu.. tapi dah kering pun.. Alaa takdalah banyak sangat pun.. u all boleh nampak dekat gambar dekat atas tu.. (",)
Tapi tu la, anak saya ni walaupun badan dia tu hanya gatai2 or luka2 kecil tapi dia mesti sibuk2 nak tunjuk dekat kita.. boleh dikatakan setiap hari sampai 3 4 kali sehari dia akan tunjuk luka dia tu... My parent datang rumah hujung minggu baru ni pun, dia boleh pergi tunjuk dekat atuk & opah dia tu.. hahahhah..
Untuk pengetahuan u all, alisha bukan stail tunjuk macam tu je tau dekat kita.. tapi, dia akan pegang tangan kita lepas tu diletaknya tangan kita tu dekat tempat luka or gatai dia tu.. bukan setakat letak je hokay tapi dia siap gosok2 lagi tempat tu guna tangan kita.. ala2 nak suruh kita gosok or garu la tempat luka or gatai dia tu.. hahhahh... cerdik betoi la budak nih... hihii
Itu baru bab gatai2 dekat badan dia.. belum campur bab lain lagi.. Kadang2 tu, dia sanggup tarik tangan kita & pimpin kita semata2 nak suruh kita tengok sesuatu yang menarik perhatian dia.. lepas dah sampai dekat tempat dituju, dia akan tanya "apa?.. apa?".. sambil tunjuk benda tersebut... hahhahha
Ohya, untuk pengetahuan u all jugak, alisha sekarang dah makin pandai cakap.. dia dah dapat sebut perkataan dengan jelas tapi takdalah semua.. bahasa german tetap menjadi bahasa rasmi..Alisha jugak dah pandai sebut "AMBIK"... apabila dia nak bagi sesuatu.. dia mesti sebut ambik2.. selagi kita tak ambik, selagi tu dia akan sebut ambik... muahahhah...
Lagi satu, apabila sesuatu barang yang dia cari tak jumpa, dia akan cakap "MANA? MANA?" siap kedua2 belah tangan dia lagi buat gaya macam kita buat bila kita tanya MANA.. hihii Selain dari alisha dah pandai sebut APA, AMBIK & MANA.. dia jugak setiap kali berita pukul 1:30 tengahari.. dia mesti akan sebut TET TET.. Alaa bunyi jam sebelum berita tu... hahahhahh... habis je cerita melayu yang start pukul 1:00 tengahari tu.. mesti dia akan sebut tet tet... dari tak pandai cakap sampai dah pandai.. dia tetap suka dengan bunyi jam berita 1:30 tu.. muahhahha
P/s : Agak2 nanti Alisha boleh jadi seorang kanak2 yang suka potpet2 tak? (",)