Hari ni saya nak berkongsi dengan u all pasal tips untuk dapatkan BE dari Nuffnang.. Actually sebelum ni saya ada hantar ticket dekat Nuffnang tanya apa yang perlu saya lakukan untuk Blog saya pun dapat BE macam blogger2 lain dapat tu..
So, lepas tu, Nuffnang reply la ticket saya tu.. Kalau u all nak tahu apa Nuffnang bagitahu, u all bacalah dekat bawah ni yer.. panjang lebar gitu.. hihii
Hi Noorzarina,
Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah  kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered  Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen  CPM.
Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings"  anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan  (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat  beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen  CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin  iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :
Disebabkan  Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk  kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog  yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk  di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka  adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang  'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati  blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada  Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers  kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik.  Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan  diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika  kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut.  Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda  dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.
(Saya terus update survey pembaca yang agak2 advertiser nak walaupun belum tentu lagi mereka jenguk blog saya.. hahahaa)
Kebersanan  penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan.  Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan  mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin  mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya.  Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah  dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan.  Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat  yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan. 
Sebagai  contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen  pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi  unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang  dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit  iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di  bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis  panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar  mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan  berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.
Selain  itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk  dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat  pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu,  Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan  dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya,  maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.  
(Saya letak iklan di ketiga2 tempat, "Skyscraper", "Leaderboard", "Large Rectangle" & di kedua2 blog.. *tamak haloba* ;p)
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana  Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada  blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada  program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami.  Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih  rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
(Dah semestinya saya tak pernah curang dengan Nuffnang.. lebih2 lagi, Nuffnang bermurah hati bagi BE dekat saya.. hihii)
Oleh itu, anda  perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda  untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu  mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang  betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih  anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa  angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!
(Thats y saya buat juga entry walaupun sekali sehari sampai ke sekarang ni entry saya banyak auto publish..hihii)
Good luck dan selamat berblogging!
Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd
Tips dari saya pulak.. sentiasalah buat entry.. update survey.. hantar ticket.. takda apa nak tanya pun, buat2 je lah ada.. hihii Lagi satu saya pun ada terbaca suruh "ngorat2" Nuffnang ni sikit.. mean, entry pasal Nuffnang lah tu.. hehee
P/s : 4 BE saya dari 12 BE telah bertukar jadi ME
 ecadwinkyasha
September 19, 2011