Kalau u all nak tahu.. selama ni saya tak tahu & tak berapa nak faham tentang CPC, CPM & CPA yang tertulis dekat akaun Nuffnang saya tu.. So, bulan lepas saya hantarlah ticket bertanyakan pasal ni..
Hari ni saya nak berkongsi dengan u all apa yang Nuffnang dah reply.. yela, mana la tahu kot2 ada jugak antara u all 2x5 je dengan saya bab2 ni.. tak berapa nak faham..hihii Untuk u all lebih faham apa itu CPC, CPM & CPA, u all baca dekat bawah ni yer :-)
Hi Noorzarina,
Blogger-blogger dibayar apabila mereka memaparkan  iklan dari Pihak Pengiklan (Advertiser) kami. Iklan-iklan ini terdiri  daripada 3 jenis iklan yang umum, iaitu kempen CPC (Cost Per Click), CPA  (Cost Per Action) dan kempen CPM (Cost Per Impression). 
1) Kempen CPC
Kempen  CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada  semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog  tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog  Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada  masa kempen itu dilancarkan. Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik  unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan  tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan  semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang  mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian  bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak  mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC  sepanjang kempen berlangsung. 
2) Kempen CPM
Bagi kempen CPM,  Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik  untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih  tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. Pemilihan  blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca  blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit  iklan. Sekiranya anda terpilih untuk memaparkan iklan CPM, anda akan  menerima notis melalui e-mel tentang kempen tersebut atau menemuinya di  ruangan "Buffered Earnings" di bawah halaman "Earnings".
3) Kempen CPA
Semua  blogger/blog pada umumnya berkelayakan untuk mendapatkan iklan CPA,  tanpa mengira jumlah trafik sesuatu blog tersebut. Dengan kata lain,  setiap pemilik blog layak untuk mendapatkan iklan CPA secara automatik,  sejurus selepas anda mendaftar dengan Nuffnang. Anda juga mempunyai  pilihan untuk mematikan pilihan iklan CPA jika mahu, melalui tab Blog  Manager pada dashboard anda. 
Melalu iklan CPA pula, anda akan  mendapat ganjaran setiap kali terdapat tindakan tertentu (yang  diperlukan oleh Pihak Pengiklan) diambil hasil daripada klik yang  dijanakan daripada blog anda. Misalnya apabila ada produk yang dibeli  atau, apabila borang pendaftaran diisi hasil daripada klik dari iklan di  blog anda, dan lain lain. Jumlah yang diperolehi akan berkisar dari  transaksi yang terlibat. Lebih susah sesuatu transaksi itu, maka lebih  lumayan pendapatan yang bakal anda perolehi. Sebagai contoh, jika  pelawat di blog anda mengklik banner yang dimaksudkan hanya untuk  mengisi sesuatu borang, maka seseorang blogger tersebut boleh  mendapatkan misalnya dari RM1 sehingga RM20 ke atas sesuatu signup  (tertakluk kepala Pihak Pengiklan). Malah, bagi sesuatu yang lebih  mencabar, misalnya bagi sesuatu pembelian yang sangat berharga, maka  jumlah ganjaran yang boleh diberikan juga boleh mencapai lebih dari RM50  di atas sesuatu transaksi. 
Dalam kata lain, bagi iklan CPC/CPA,  anda akan dibayar apabila banner anda diklik pada masa-masa yang  tertentu atau apabila terdapat sebarang tindakan/belian yang dilakukan  di atas banner yang di klik tersebut. Manakala, bagi iklan CPM,  pendapatan anda hanya akan di kemaskini selepas sesuatu kempen tersebut  berakhir. Oleh itu, jika pendapatan anda tidak dikemaskini sejak  kebelakangan ini, maka ia bermaksud anda tidak diberikan iklan mCPM,  atau anda belum lagi mendapat sebarang klik/tindakan atau belian  daripada iklan CPC/CPA.
Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd
Harap u all dah faham.. :-)
 Azza Azman
September 20, 2011