Ini sebab kenapa tak perlu bagi bayi pakai sarung tangan terlalu lama

Ketika saya kecil-kecil lagi selalu nampak, kalau namanya bayi MESTI pakai sarung tangan. Kiranya kalau tak pakai sarung tangan tu, bukan bayilah namanya. Biasa kita bagi pakai sarung tangan sebab takut muka anak tercalarkan? Kalau kita takut muka anak tercalar dek kuku mereka, rajin-rajinlah kita potong kuku mereka. Tapi kalau difikirkan, mula-mula memangla akan calar sikitkan tapi lama-lama anak akan berhenti sendiri lakukannya sebab mereka dah tahu, buat macam tu nanti mereka sendiri "sakit". Pemakaian sarung tangan ni menjadi turun temurun hingga sekarang, tak tipulah, saya sendiri pun, bagi anak pakai sarung tangan juga tau u all. Sehinggalah satu hari, ketika tu saya baru ada 2 orang anak, ada hamba Allah ni cakap, misi tegur dia pasal masih bagi anak pakai sarung tangan di usia 3 bulan. Saya sekadar ooo kan je la, sebab tak tahu apa kelebihan disebalik tidak pakai sarung tangan pada ketika itu. Tapi tahun lepas, saya ada terbaca pasal kelebihan bayi tak pakai sarung tangan. Makanya saya jadikan Ammar sebagai eksperimen. hahaha

Ketika anak nombor 3, saya tak berapa ingat dah macamana, saya ada je bagi pakai sarung tangan tapi sampai usia berapa entah, dah lupa. Maklumla, dah nak 3 tahun berlalu kan. Tapi untuk anak nombor 4 ni, ketika dalam pantang tu memang saya dah tak bagi pakai sarung tangan, eh, ada juga bagi tapi boleh kira dengan jari je. Bila saya tak bagi pakai sarung tangan dekat anak soleh Ammar ni kan, saya rasa teruja dengan perkembangan dia. Sebelum ni, saya duk terfikir, sampai usia berapa tahunla anak-anak ni tangan dia menggengam je. Anak2 saya sebelum ni, saya perasan lama juga tau u all.


Tapi Ammar ni, di usia dia nak masuk 2 bulan, dia dah pandai main jari sendiri, di usia nak masuk 3 bulan, dia dah mula nak memegang, tangan dah takda nak menggenggam bagai. Di celah-celah jari jemari tu, takda daki ke apa entah orang panggil, bayi-bayi biasa ada benda macam ni. Tengokla gambar atas tu, bila saya tunjuk mainan ke arah dia, kemain tangan terkapai-kapai nak ambil. 


Masuk usia 3 bulan, dah pandai pegang mainan sendiri, di usia 5 bulan sekarang ni, dia dah terror pegang. Apabila anak soleh Ammar dah pandai memegang, bermakna semakin cepatlah, tangan dia tu belajar merasa seperti kesat, licin, kasar dan sebagainya. Secara tak langsung, ianya telah MERANGSANG OTAK anak kita tu selain anak kita dapat MENEROKA apa yang ada disekelilingnya.


Tau tak ketika kita menyusu anak tu pun, tangan anak dah pandai sentuh2 kulit kita ibu mereka ni, ololooo comelnya situasi bonding tersebut (",). Kalau u all dah biasa dengan "homeschooling" pasti u all akan tahu pasal perkembangan motor anak, kinestetik dan segala kemahiran menggunakan tangan. Sesungguhnya, kita sebagai ibu bapa ni takkan berhenti belajar berkaitan keibubapaan kan. Jika kita rasa ianya baik untuk anak kita, kita boleh ikut tapi jika kita rasa sebaliknya, tak payah lakukan. Ini kerana pendapat setiap orang tak sama tapi motif kita sama, iaitu nak YANG TEBAIK untuk anak (",).

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

6 comments.. read them below or add one

mamapp mamapp June 17, 2017
Bagus info ni. Tq for sharing
Nur Zahirah & Hafizan Lutfi Nur Zahirah & Hafizan Lutfi June 29, 2017
Patut la ad sebab rupanya .. thankyou share info bermanfaat ni
nini nini June 29, 2017
Haah...betul....tapi kena pandai responds pada parents la...sebab ada ja org tua tua yang tak boleh terima baby tak pakai sarung tangan...hihi
Fatimah Nabila Fatimah Nabila July 06, 2017
kutip info sebyk mungkin, boleh apply kt ank sedra, hehe..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha July 17, 2017
xlama lagi Ammar dah ble makan.ibu dah sedia puri tak ne?
UniMeOw UniMeOw September 26, 2017
salam..kak intan igt unimeow lg x..lama dah uni x bukak blogger..hehe rindunyaaaa kak intan..dulu mmg follow habis pkembangan alisha..

skg uni dah ada anak sorang..hmm..kak intan dulu mesti fully bf kan..penah x bg susu formula kat anak2? share sikit pengalaman akak plz..


p/s: x apruf pun xpe komen ni..uni nak akak baca je..nak pm xboleh..hehe

salam syg,
unimeow.