Saya tertarik dengan status rakan FB saya iaitu Fauzan N Siti berkaitan suap anak makan.. Status Puan Siti dah viral di FB sebelum ni.. Saja nak coretkan jugak di sini sebab saya pun salah seorang ibu yang suap anak makan dari pinggan yang sama walaupun anak2 saya tu dah besar & dah pandai makan sendiri.. Eh, tau tak, beberapa kali saya dengar hamba Allah cakap dekat anak saya "bla bla bla tapi makan nak suruh ibu suap, kenapa taknak makan sendiri?".. Anak saya diam je la... maybe mereka pun tak tahu nak jawab apa agaknya.. Lagipun yang bertanya tu orang yang dah berumur, dah pangkat nenek pun dengan mereka...
Printscreen di atas antara keratan status Puan Siti.. katanya dengan cara menyuap anak dari pinggan yang sama, ia dapat melatih anak bersabar, berkongsi, saling mengingati dan kukuhkan kasih sayang antara adik-beradik.. Saya setuju dengan pendapat ini.. Selama ni saya memang selalu suap anak2 makan dari pinggan yang sama tapi ianya sekadar suap je la, saya tak pernah pulak terpikir antara kebaikan atau kelebihannya... bila status ini menjadi viral, barulah saya terpikir..
Sedikit sebanyak, anak2 saya pun ada ciri2 macam tu.. dari segi BERKONGSI, Alhamdulillah anak2 saya memang berkongsi dengan adik-beradik, contohlah saya bagi, Alisha ada sebiji coklat, Aqilah & Afrina nak jugak, makanya Alisha gigit coklat tu lepas tu bagi sorang sikit untuk Aqilah & Afrina... Ada ketikanya jugak, mereka adik-beradik ni bergaduh tau u all, bila bergaduh, sebagai contoh, Alisha cakap "Nanti kalau cikgu bagi kak isha hadiah (goodies), kak isha taknak bagi Aqilah"... tapi bila sampai masa, Alisha tetap jugak bagi dekat Aqilah.. kalau ada satu, mereka berkongsilah sikit sorang.. Saya jugak perasan, anak2 saya ni, bukan sekadar berkongsi adik-beradik je tau, siap dengan kawan2 mereka lagi.. Kadang tu, kawan berdiri je depan pagar, mereka tahu ada makanan dalam peti ais, terus pergi ambil bagi kawan... Kalau saya dah berjanji dengan mereka nak beli sesuatu, mereka siap list kan senarai kawan, nak suruh saya beli jugak dekat kawan2 mereka tu.. Yang part kawan2 ni, kalau anak2 tak suruh pun memang saya akan beli juga...
SALING MENGINGATI, eh betul tau u all, saya perasan, bila opah mereka @ mak saya bercakap dalam telefon dengan salah sorang dari anak2 saya, sebagai contoh opahnya bercakap telefon dengan Alisha/Aqilah lepas tu opah bagitahu nanti opah beli baju dekat Alisha/Aqilah, Alisha/Aqilah pun terus cakap nanti opah beli jugak untuk Alisha/Aqilah dengan Afrina tau... senang cerita, mereka akan suruh opah beli juga dekat adik-beradik mereka yang lain.. Kadang tu ada makanan apa2 tapi salah seorang adik-beradik takda, mereka cakapla, yang ni simpan untuk Alisha ke Aqilah ke Afrina ke... Tapi bila yang tak dapat tu nak makan yang mereka simpan tu, mereka boleh pulak pergi mintak sikit lagi.. hahhah... Walhal sebelum tu mereka dah makan...
KUKUHKAN KASIH SAYANG ANTARA ADIK BERADIK.. haa part ni saya memang dah lama perasan.. saya bagi contoh, dekat rumah MIL, Afrina menangis mencari saya, lepas tu kakak2 terus pimpin tangan adik, bawak kearah saya.. ataupun mereka pujuk bagitahu saya tengah sekian sekian.. Dipendekkan cerita, kalau saya bukan di hadapan mata anak2, pasti anak2 akan "bersatu".. kalau adik menangis, merekalah yang tukang pimpin tangan adik mencari saya.. cuma kadang bila saya ada depan mata mereka je, ada ketika mereka buat derk, tapi bila takda, mereka "bersatu".. itulah antara situasi yang pernah buat saya rasa tersentuh tengok gelagat anak2.. moga keakraban mereka, moga kasih sayang mereka akan kekal selama2nya.. InsyaAllah..
Masa kami duduk rumah sewa, saya suap anak dalam rumah je memandangkan anak2 memang tak keluar rumah sebab takda budak2 sangat area situ.. Tapi sejak dah duduk rumah sendiri ni, budak2 pulak memang ramai, so, anak2 dah mula pandai main dengan kawan2, makanya saya akan suap anak diluar rumah petang hari ketika mereka main bersama rakan2 tu.. Ada ketikanya bukan suap anak2 saya je, tapi anak jiran pun saya suap.. Alaa anak jiran yang biasa nak, 2 orang je pun... Time ni mulalah mereka buat barisan, Alisha yang suruh beratur... hahha
Ohya, ada ketikanya saya tak suap pun anak2 saya makan u all, tapi sejak duduk rumah sendiri ni, boleh dikatakan kerap suap la pulak, itupun kes mereka main petang, malam dah tidur awal... Eh, jangan salah faham yer, bukanlah itu bermaksud anak2 saya tak reti makan sendiri yer.. Tidak sama sekali tidak, anak2 saya diajar makan or pegang makanan sendiri ketika usia mereka belum lagi satu tahun... Lagipun ianya elok untuk perkembangan motor halus anak jugak.. tapi ntah, saya selesa suap anak2 makan.. pergi kenduri ke, memang saya suapla.. baru sekali kot suruh mereka makan sendiri di rumah kenduri.. ahhah.. Yap, macam Alisha dah besar, bulan depan dah 6 tahun, tapi tak menjadi kesalahan kan jika saya nak suap & anak pun nak jugak saya suap kan?
Ada ketikanya anak2 suruh suap, saya ada jugak rasa malas nak suap tau u all, takdalah rajin je memanjang... tapi tu la, kadang tu dia boleh terbit pulak rasa kesian dekat anak, rasa macam nanti kalau mereka dah besar, saya offer suap pun belum tentu mereka nak.. haaa.. bila dah sampai part ni, mulalah saya touching.. dan2 saya suap jugak mereka.. tau tak, sebenarnya, bukan saya je yang suap anak2 saya tau u all, mak saya @ opah mereka pun memang suap anak2 saya makan.. boleh dikatakan, setiap kali balik rumah parent saya, memang mak saya suap.. kiranya sepinggan nasi, mak saya akan suap untuk 3 orang cucu mereka ni la... Bila di rumah opah, kadang tu, saya nak suap pun mereka taknak, mereka cakap nak opah jugak suap.. Sebab tu saya perasan, segarang mana pun opah mereka tapi mereka tetap jugak rapat dengan opah mereka tu...
Eh, bila kita suap anak makan ni, ianya jugak MERAPATKAN HUBUNGAN IBU & ANAK jugak tau.. lebih kurang macam breastfeeding la.. tau rapat sampai tahap apa???... sampai tahap, saya duduk dalam bilik, mereka duduk sebelah abah mereka, tapi bila nak suruh sesuatu, mereka tetap jugak suruh saya yang duduk dalam bilik tu haaa.. bukannnya nak suruh abah yang ada kat sebelah tu... hahhahah.. rapat ke idok?? Kadang tu, ada juga rasa ggrrrr... yela, saya baru nak rehat kejap... adehhh... tapi tu la, dah budak2.. layankan je la... sementara mereka nak besar... dalam layan tu, mulut ni kadang pot pet pot pet jugak.. hahhahah.. mahunya tak, mulut seorang ibu, payah nak berenti... muahahhahha
PERBEZAAN PALING KETARA BILA ANAK MAKAN SENDIRI DENGAN SAYA SUAP ADALAH ANAK SAYA MAKAN LAGIIIIII BANYAK...!! NAMPAK TAK APA ITU RAHSIA TANGAN IBU YANG MENYUAP??...
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"