Finally study/playroom anak2 saya dah siap cat.. gigih ok cat bilik tu tau.. gigih sampai hilang rasa gayat.. hahah... Deko pertama untuk study/playroom anak2 saya ni, saya mulakan dengan DIY RAK BUKU... Rak buku ni saya buat khas untuk letak buku2 bacaan anak2 saya.. buku2 aktiviti ke latihan ke, saya letak dekat tempat lain... Rak buku ni, saya minta tolong abah saya buatkan.. saya cuma bagitahu macamana nak buat je.. Bukan apa, rumah saya ni takda gerudi, so, bila abah datang rumah kami minggu lepas, saya suruh abah bawa gerudi sekali... Idea untuk DIY RAK BUKU ni saya dapat dari Lin @ rakan "homeschool" saya jugak... Hari ni saya nak share idea ni dengan u all pulak, moga kita semua dapat manfaatnya.. InsyaAllah..
Sebelum tu, saya nak tunjuk u all rak buku yang saya DIY tu... saya guna 2 batang yang cover wayar (cable case) tu.. Sebatang tu bersaiz 2 meter lebih kurang.. Harga sebatang tu RM6.50.. Total 2 batang cuma RM13 sahaja..
Sebenarnya hajat di hati nak potong setiap sebatang tu kepada 2 bahagian, kiranya total akan jadi 4 bahagian la.. tapi tu la, udah gergaji pulak tumpul... makanya saya biarkan je la panjang macam tu.. Next time boleh beli lagi untuk buat tambahan rak buku tersebut.. hajatnya nak letak rak tu sampai sejengkal bawah dari lantai.. Yang rak bawah2 tu bolehla letak buku2 untuk anak solehah Afrina..
Saya buat rak buku ni guna cover yang biasa orang cover wayar dekat rumah je tu u all.. Alaa yang warna putih tu haaa... Cuma bezanya di rumah, biasanya orang cover wayar tu guna yang kecil, saya ni guna yang lebih besar.. Nak lebih jelas, u all boleh tengok gambar atas tu.. harap u all dapat imagine apa yang saya maksudkan.. U all boleh beli di kedai hardware..
Cara nak buat dia, mula2 sekali, u all tebuk lubang di pvc tersebut (cover wayar @ cable case) lepas tu u all ambil cable case tersebut & letak di dinding, lepas tu u all tandalah lubang2 yang u all tebuk tu dinding.. Lepas tu, u all ambik gerudi & tebukla dekat tempat u all tanda di dinding tadi tu.. Lepas tu letak kembali cable case tersebut, letak skru, siap..!! senang je kan??.. So, bolehla lepas ni u all buat di rumah u all pulak.. Duit pun jimat..!! Anak2 kita pun teruja bila tengok buku tersusun cantik je.. Anak saya cakap, macam perpustakaan... Moga anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang sukakan buku.. Pembelajaran seseorang anak bermula dari rumah..!! InsyaAllah...
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"