Tiba2 saya dah jadi runsing pulak u all.. Anak solehah Aqilah sekarang ni kalau ikut tahun dah umur 4 tahun, tapi kalau ikut bulan baru menghampiri 3 tahun 3 bulan.. Yang buat saya jadi risau tu, tahun depan InsyaAllah akan hantar Aqilah ke tadika 5 tahun, masalahnya sekarang Aqilah masih belum pandai cakap terus.. Ya Allah, runsing kepala saya duk pikir pasal ni...
Anak solehah Alisha dulu pun lambat jugak cakap terus berbanding rakan sebaya, tapi masuk umur 3 tahun, automatik Alisha pandai cakap terus... Aqilah ni pulak, word2 yang dia sebut tu pun tak berapa nak jelas.. Kalau kita bagi arahan ke apa ke semua dia paham je.. takda apa2 masalah pun... Aqilah pun dah free diapers dari usia 2 tahun, so, memang dari situ nampaklah yang memang Aqilah takda masalah berkaitan "arahan" kan.. Bercakap tu pun ok je sebenarnya, bercerita bagai.. Cuma yang jadi masalah, sebutan dia tu tak jelas... kadang2 sampai Alisha yang tolong translate... Part ni pun saya heran jugak, macamana Alisha boleh paham apa yang Aqilah cakap, sedangkan saya & my dear tak paham..
U all paham tak apa yang saya maksudkan ni... Apa yang patut saya buat untuk bantu Aqilah yer.. Adakah ini dipanggil speech delay? Ada ke apa2 petua or cara nak bagi anak cepat cakap.. Saya ni tiba2 risau sebab teringat tahun depan dah nak sekolah.. Kalau dia tak sekolah, agaknya saya pun tak terpikir pasal ni.. Risau dekat sekolah takut orang tak paham apa dia cakap.. Ohya, kalau berkaitan buat ayat, lebih dari 3 4 patah perkatan pun Aqilah boleh buat, banyak mulut jugak orangnya tu... Cuma tu la, sebutan dia tu tak jelas.. Lagi satu pulak, panggil saya bukan ibu tapi abu.. bila kita suruh sebut i, dia sebut i, suruh sebut bu, dia sebut bu, tapi bila suruh sebut ibu, dia sebut abu.. Eh lupa nak cakap, ada jugak word yang Aqilah sebut tu jelas je tapi yang tak jelas lebih banyak rasanya.. Saya risau kot nanti dia takda keyakinan diri untuk bercakap dengan kawan2 je... dah la tahun depan nak sekolah...
Kalau u all ada pngalaman berkaitan percakapan anak ni, kongsi dengan saya di ruangan komen yer.. Moga Aqilah dah bercakap terus sebelum persekolahan tahun depan.. Aamiin...
"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"