Sentiasalah positifkan diri

Kalu nak aura positif tu sentiasa berada di sekeliling kita, kita haruslah sentiasa positif... Bila kita positif barulah aura positif tu berlegar2 di sekeliling kita... Barulah kita terhindar dari sifat2 atau perasaan2 yang kurang enak.. Kadang, benda tu takda apa pun u all, tapi dah jenis manusia ni suka nampak yang negatif je, pastu mulalah duk sakit2 hati sendiri.. bila dah sakit hati, mulalah nak termengumpat, bila dah mengumpat mulalah dalam tak sedar tu dapat dosa.. Alahaiiii... Saya bagi contoh, Si B cakap si A tu gemuk.. si A yang tahu si B kata dia macam tu, mulalah duk bising2 or marah2 di belakang si B.. mulalah cakap moga nanti Tuhan bagi si B tu gemuk baru padan muka dia.. Adehhhh, dah tak pasal2 2 X 5 je semua... 2 2 pakat dapat dosa... cuba pikir dari sudut postif pulak... Bila si B tu kata si A gemuk, pendekatan yang patut si A ambik adalah positifkan diri... usahalah untuk dapat bentuk badan yang ideal.. usahalah untuk kurus, buktikan dekat si B tu yang awak tu pun mampu kurus, mampu dapat badan persis model.. Haaa gitu, ambik motivasi kata orang..!! Nampak tak perbezaan bila kita pikir positif dengan pikir negatif...???

Kalau ibu2 panggil anak mereka yang belum baligh tu sebagai anak syurga, tak payahlah nak komplen2 kata belum tentu masuk syurga ke.. ataupun macamlah anak orang tu baik sangat ke... Kan kita dah tahu, anak2 yang belum baligh kalau meninggal masuk syurga... tak perlu nak negatifkan diri cakap macamlah anak orang tu gerenti masuk syurga, macamlah anak orang tu anak solehah, macamlah anak orang tu anak soleh... Eh, tahu kan, setiap apa yang kita niat, kita tulis, kita panggil semua itu satu doa kan?? Tak payah nak negatif, kita panggil anak kita jugak anak syurga.. macam saya ni haa, panggil anak2 saya sebagai anak solehah, InsyaAllah moga2 menjadi anak solehah.. Nanti dah ada anak lelaki, saya panggil pulak anak soleh... hehehhe

Macam tu jugak dengan perkongsian ibu2 berkaitan pembelajaran anak2 ataupun perkongsian bento anak2 ke sekolah... jangan cakap orang tu berlagak bagus pandai ajar anak, jangan cakap orang tu berlagak pandai masak... apa kata ambik sudut postif, kita pergi ajar anak kita jugak, kita buat bento jugak untuk anak2 kita... kan lagi bagus dari kita duk mengata.. mengata apa yang dapat?? dosa kan... kalau kita pikir dari sudut positif, dapat jugak happy kan anak, bagi anak makan sedap2.. pahala pun dapat!

Contoh lagi satu macam bagi anak beraktiviti dengan gunting... bab gunting memang tak semua mak pak bagi anak main... bila kita tengok dari satu sudut, ianya merbahaya kan.. tapi bila tengok dari satu sudut lain, aktiviti melibatkan gunting ni, ada kelebihannya.. ia melibatkan motor halus anak, di mana ia sebagai persediaan untuk menulis.. Bila kita bagi anak kita beraktiviti dengan gunting, dah sah2la kita akan pantaukan, dah kata pun bahaya.. cara pemantauan terpulang pada diri masing2.. gunting tu pun, dah tentu2lah bagi gunting yang sesuai dengan usia anak2 kan.. takkan nak bagi gunting kita jahit baju yang tajam tak hengat tu kot... kita sebagai parent boleh pikir pasal ni kan... Aqilah saya ajar dia beraktiviti dengan gunting ketika usia menghampiri 3 tahun, sekarang ni di usia 3 tahun 2 bulan, Aqilah dah pandai gunting ikut bentuk yang mudah2 seperti segiempat.. 

Cuba belajar melihat sesuatu dari sudut positif, insyaAllah aura positif berlegar2 sekeliling kita.. sifat2 buruk tu pun tak berani nak singgah dekat diri kita ni haa... Kalau orang tunjuk dia pakai kereta mahal, simpanlah impian & usaha untuk dapat kereta macam dia jugak atau lebih lagi dari dia.. Itu kalau dari sudut positif... Kalau dari sudut negatif, mulalah kata orang tu berlagakla, riakla.. Alahaiiii... Buat apa pikir negatif, tak ke last2 kita sendiri yang sakit hati, kita sendiri yang rasa dengki... berlainan dengan jika kita pikir positif, kita rasa lebih bersemangat untuk terus usaha hingga berjaya... bekerja pun semakin tekun, nak dapat kereta mahai jugaklah katakan... muahahaha.. Kan berbeza bila kita melihat sesuatu dari sudut positif & negatif... Kalau kita asyik melihat dari sudut negatif, negatiflah jadinya.. kalau lihat dari sudut positif, positiflah jadinya...

Saya sendiri pun kadang pernah jugak pikir negatif, tipulah pulak kalau positif sepanjang masa kan... tapi ianya terjadi ketika setan dah mula nak menghasut.. bila terpedaya, mulalah setan duk tepuk tangan.. Bila teringat balik setan tengah tepuk tangan, tengah duk berjoget2, terus dan2 tu jugak tersedar & shuhh jauh2 pemikiran negatif tu... Apa2 pun, moh la kita wujudkan aura positif di sekelling kita... Aura negatif ni tak syok, sebab kadang2 manusia boleh bermasam muka.. walhal tak tau punca pun.. sekadar jeles dalam diam je... Bab pemikiran positif ni, tak hanya fokus pada contoh yang saya bagi ni je tau.. banyak lagi.. U all pikirlah sendiri, apa2 yang berlaku dalam kehidupan seharian u all...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"
Sentiasalah positifkan diri

{ 10 comments.. read them below or add one }

Liyana Anuar Liyana Anuar January 07, 2016
baca skip2 boleh? hehe..

isi pentingnya kita kenalah selalu positif kan...huhu
eita eita January 07, 2016
kalau asik fikir negatif je,,susoh jugak kan...
Suria Amanda Suria Amanda January 07, 2016
Setuju...sampai bila kita nak berada di dalam situasi negatif kan..
Pakcu Pakcu January 07, 2016
betul tu....perlu positif kan diri..kadang-kala ada aura yang negatif datang...cuba cas kan semula menjadi natural.....entri yang menarik...keladi singgah ptg2 ni....saya follow blog ni..slm perknln ya
Siti Sharini Siti Sharini January 08, 2016
yups..kadang orang memang suka fikir negative. susah nak bantu orang mcm ni. melainkan dia sendiri yang usaha utk berubah..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI January 08, 2016
bukan mudah tp kt boleh biasakan utk dpt aura postif tu kan..
ida =) ida =) January 08, 2016
betul tu. ambil yang positif dari post org. Orang share kebaikan... mana boleh ikut, kita ikut
Pha Is Pha Is January 10, 2016
B+ (be positive)! :)
arzmoha arzmoha January 10, 2016
positive thinking...sangat baik....islam pun galakkan kita untuk sentiasa bersangka baik....
CXopportunities CXopportunities January 14, 2016
Betul tu sis .. cx pon selalu ckp anak soleh dkt ank selalu. Kata3 kn satu doa .. InSyaAllah positif kita fikir .. positiflah resultnya