U all dah join group HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA (HSGS) di Facebook ke belum??? Kalau belum, jom lah join... Group ni berkaitan dengan homeschool.. tagline dia "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"... dalam group ni, ramai ibu2 yang berkongsi aktiviti anak2 mereka di rumah... Aktiviti berkaitan dengan motor kasar, motor halus, semua ada... Pendek kata group ni memang best..!! Ia membantu kita memberi idea pembelajaran dekat anak dari anak kita tu newborn... Ianya lebih fokus kepada belajar sambil bermain... bila belajar sambil bermain ni, mesti anak2 kita akan lebih seronok belajar... Contohnya macam belajar matematik & membaca... dekat group HSGS ni, dapat membantu u all mengajar anak u all matematik & membaca dengan lebih seronok... takdalah terlalu skima, duk mengadap buku macam tu je kan... Mereka ada share aktiviti yang memudahkan untuk anak2 kita belajar matematik & membaca... Nak tahu macamana, u all join lah group HSGS ni... Dekat sana ada ibu2 berkongsi... yang penting kita sebagai ibu ni pun, perlu mencari ilmu pembelajaran untuk anak2 kita... tidak hanya mengharapkan pembelajaran guru di sekolah...
Berkaitan dengan penubuhan HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA ni, ianya tertubuh selepas saya tulis status di FACEBOOK pada 01/10/2015. Status saya di FB seperti printscreen di atas tu haa.... Saya cuma mintak friendlist saya di FB yang buat HOMESCHOOL (HS), munculkan diri di status saya tu... puncanya saya nak buat satu "folder" khas untuk ibu2 yang homeschool anak ni di FB saya... Kiranya ianya untuk memudahkan diri saya tengok aktiviti ibu2 HS ni di FB saya la... Nanti saya klik je folder tu, terus keluar semua status ibu2 tersebut... Tapi ada yang salah faham, ingatkan saya tubuhkan group berkaitan homeschool di FB.. tiba2 pulak ramai yang suruh add mereka... Bila dah jadi macamni, mulalah saya rasa bersalah buat status tu.. kesian dekat mereka2 yang tersalah paham... lagi satu pulak, dari status ni, saya tahu ramai yang berminat dengan homeschool... Last2 saya mencadangkan salah seorang friendlist facebook saya yang dah biasa dengan homeschool ni bukak group.. Maka, dari situlah tertubuhnya HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA...
Tau tak, pada mula2 bukak group tu, saya dengan Lin @ kawan saya yang tubuhkan group tersebut @ admin, pikirlah jugak cara nak meramaikan ahli group tersebut... Saya cadangkan lin suggest ahli2 lain, ajak jugak kawan2 mereka yang nak join aktiviti homeschool ni... Walaupun macam tu, sebenarnya, ramai ibu2 yang mengajak rakan2 mereka join group tersebut, bukan disebabkan admin yang suruh tapi disebabkan mereka sendiri yang nak mengajak.,.. puncanya, mereka rasa teruja dengan perkongsian ilmu di group tersenbut... Macam kita la, bila dah teruja, mulalah rasa macam satu dunia nak bagitahu... haha... Tanpa disangka2, harini baru 05/10/2015 @ hari kelima penubuhan group HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA, ahli dia dah 5000 lebih...!! Terkejut sangat... sekejap je dah 5000 ahli... Saya walaupun bukan siapa2 di group tu, tetap rasa teruja..!! Bila dah IntaNBerliaN teruja, makanya wujudlah entry ni...hahhahhah
Ibu2 dekat group ni, tersangat bestttt..!! U all bayanglah, walaupun hari Sabtu & Ahad, group ni tetap "bising"... tetap dikunjungi... normally group yang saya join sebelum2 ni, hujung minggu je mesti sunyi dari biasa... tapi group hsgs ni, sebaliknya.... tetap jugak ramai ibu2 yang berkongsi aktiviti... memberi komen pada status... like status.. macam2 lagilah... Lagi satu pulak, ibu2 dalam group ni, semua pakat bekerjasama memasukkan bahan pembelajaran dalam group tersebut tanpa mengharapkan admin lakukannya.... Dipendekkan cerita, macam kami ni semua satu family... adik-beradik, buat kerja tanpa mengira siapa yang perlu lakukannya... Kalau u all pun berminat nak join, u all boleh meng "join" kan diri u all di HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA (HSGS) di facebook, nanti ada yang akan approved.. Tapi kalau u all tak dapat nak add diri sendiri or tak jumpa nak cari group tersebut, boleh Pm saya di FB yer... Nanti saya akan tolong add u all... (",) Sama2lah kita berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak2... Rumah adalah sekolah pertama anak2 manakala kita ibu2 ni pulak adalah guru pertama anak2 kita.... ohya, kalau belum bergelar ibu or belum kawen, boleh je nak join, tak kira u all lelaki atau perempuan yer...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"