Kek birthday Afrina NO SALT NO SUGAR ADDED

Pada 02/09/2015 baru ni, genap umur anak solehah Afrina setahun... Biasanya hari lahir anak2 saya, mesti kami beli kek sebagai tanda ingatan.. Anak2 saya ni pulak memang penggemar kek... Tapi biasanya saya beli je kek di kedai... tak retilah saya nak buat kek canggih2 tu haaa... Cumanya tu la, untuk Afrina ni, saya rasa tak nak lah beli kek di kedai.. bukan apa, sebab nanti kalau beli, bukan Afrina dapat makan pun... dah sah2 la kek tu ada letak gula kan... Saya ni kalau boleh nak bagi Afrina makan jugak kek hari lahir dia tu... bukannya sekadar nama je kek hari lahir Afrina tapi Afrina sekadar tengok je tak dapat makan...


Beberapa hari jugak saya duk pikir nak buat kek apa untuk Afrina... Macam2 dalam kepala ni pikir, tapi bila sampai je tarikh 02/09/2015 tu, saya tak guna pun idea yang dipikir tu... sebaliknya saya pergi godek2 dekat dapur apa bahan yang ada... makanya datanglah idea saya nak buat KEK KURMA TANPA TELUR sempena birthday Afrina... Saya tak letak telur pasal telur dah habis... Alisha & Aqilah makan kek ni cakap sedap... bagi saya pun sedap jugak sebab ianya moist..
 

CARA : 1 CAWAN TEPUNG GANDUM + 1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT = AYAK... KURMA DIBUANG BIJI = KUKUS... KURMA KUKUS + 3/4 CAWAN SUSU SEGAR = BLEND... BAHAN BLEND + 1/2 MINYAK MASAK = KACAU SEBATI LEPAS TU MASUKKAN TEPUNG YANG DIAYAK TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT... KACAU RATA & BAKAR... SIAP..!! Saya bakar kek ni pada suhu 170c selama 30 minit... Ohya, untuk pengetahuan u all, kek ni kecik je tau... sesuailah setakat untuk bagi anak2 makan... Lagi satu, kalau u all takda oven, kukus pun boleh.. guna pemanggang ajaib pun boleh... 

Sebenarnya saya nak letak minyak zaitun, tapi dah minyak zaitun pulak ketandusan stok... itu yang saya guna minyak masak... Haa nak bagitahu ni, fresh milk tu untuk anak usia setahun ke atas baru boleh bagi minum atau letak dalam masakan yer... Untuk mencantikkan lagi kek birthday afrina ni, makanya saya hiaslah atas kek tu dengan buah-buahan yang ada dalam peti ais... Walaupun kek birthday di usia setahun Afrina ni bukan buatan kedai... walaupun kek birthday setahun Afrina ni tak canggih... tak ber"fresh cream" bagai... tak ber"fondant".. tapi saya buat dengan penuh kasih sayang untuk Afrina... Walaupun saya tak reti masak kek, tapi demi nak meraikan birthday Afrina... saya buat jugak... Saya percaya, walaupun anak kita masih lagi on, NO SALT NO SUGAR ADDED dalam masakan dia, anak2 kita tetap dapat makan makanan yang sedap2 & berkhasiat... lebih2 lagi dari air tangan kita iaitu ibu mereka... yang penting kita sebagai ibu harus RAJIN... tak kreatif pun takpa, yang penting kena rajin... bab kreatif tu boleh cedok idea kawan2... 

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

6 comments.. read them below or add one

nini nini September 30, 2015
Wahhhhh....sedapnyeeee
AnonymousAnonymous September 30, 2015
Betul la ina akk pernah buat kek kurma mmg sedap gebus jer
Unknown Unknown September 30, 2015
untung anak2 akak dapat ibu yg rajin! janji makanan yg berkhasiat masuk dalam perut anak2 kan.
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip October 03, 2015
ehehe CT nak tanya.. anak akak umur brapa akak nak introduce garam ?
kalo akak masak.. akak pun makan tanpa garam ke macam mana ?
lynndAmya lynndAmya October 05, 2015
Salam, wahhh kalau dia dah besar nanti, mesti terharu bila dia baca blog akak kak..sgt berusaha utk buat yg terbaik demi anak2..tahniah! :D
IntaNBerliaN IntaNBerliaN October 20, 2015
@Siti Yang Menaip

normally, dicadangkan sehingga umur 2 tahun... tapi anak akak ni xpasti lagi la camne nanti... maybe sebelum tu ke...

kira macam susu badan la jugak, digalakkan menyusu 2 tahun

akak makan untuk diri sendiri letak garam, yang anak punya masak asing... anak yg akak maksudkan afrina @ setahun