Basikal Alisha dah rosak

Selepas 3 tahun lebih, akhirnya basikal Alisha dah pun rosak.. Basikal ni adalah hadiah kedua yang saya beli guna duit dari hasil berblog.. Basikal ni rosak seminggu lepas kami balik cuti raya puasa hari tu, tapi baru hari ni nak tulis di blog... konon2nya sebagai kenang-kenangan Alisha bila dah besar nanti..


Basikal Alisha ni patah ke apa ntah, tak tahula saya... tapi di bahagian "leher" basikal tu haaa tercabut... tiba2 je Alisha nak naik "terputus".... Sebelum rosak, saya baru je terpikir nak belikan Alisha basikal lain, basikal ni nak bagi dekat Aqilah, basikal Aqilah nak bagi dekat Afrina... belum pun beli lagi, boleh pulak dia pergi rosak dulu... Ada perasaan betoi basikal ni tau... dah tak pasal2 kene beli 2 buah basikal pulak... 


Kalau di tilik2 basikal ni, macam boleh guna lagi.. cuma nak kene sambung bahagian "leher" tu je... nak kene pateri ke apa ke, tak tahulah saya... nak buang sayang... duk kat rumah macam semak... tapi tu la, nak repair tak tahu nak pergi hantar dekat mana...


Ce tengok, bila saya sambung kembali 3 part yang tercabut tadi... elok je kan basikal ni... tu yang sayang nak buang... berbalik kepada basikal baru tu, tahun depan la agaknya baru saya beli.. tunggu pindah rumah dulu, kat rumah baru tu dekat je dengan taman permainan... so, bolehlah saya teman anak2 kayuh basikal petang2 ke taman permainan... wah gitu mak dorang ni punya berangan... ahhhaha
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

Ruhill Fahima Mohammad Ruhill Fahima Mohammad September 30, 2015
Nampak mcam boleh nak pateri tu kasi sambung..
eima eima September 30, 2015
tak pe besar sikit beli yang lagi besar
Unknown Unknown September 30, 2015
kena pateri balik rasanya utk sambungkan..
Nugrul Sakura Nugrul Sakura October 01, 2015
mintak abah alisha bwk g kedai welding ... abg nurul bkk kedai welding kdg2 tgk bdk2 dtg heret basikal mintak tlg sambungkan yg putus...heheheh
lynndAmya lynndAmya October 05, 2015
Salam, haa rase cm boleh pasang sambung lagi kak..sbb yg lain mmg nmpk elok lagi haa...klw dh elok nnti kasi update ye..hehe :D