Tips petua dan cara-cara bagi ibu bapa, anak-anak, rumah tangga, ibu, wanita, pendidikan serta blogging dalam bahasa Malaysia. Blog yang sarat dengan tips dan petua cara ibu bapa didik anak dan bentuk rumah tangga bahagia
Hari Jumaat baru ni, saya sekeluarga + parent saya pergi ziarah adik saya, sambil2 tu bukak puasa terus dekat sana.. dalam kereta tu, kami sembang2lah pasal adik saya... Tengah2 sembang tu, tiba2 abah saya cakap "kakyong, nanti ingat tau...."... saya terus menyampuk, "Ingat apa"... Abah saya jawab "Nanti kalau abah dengan mak dah mat*, kakyong uruskan pasal pencen abah ni untuk nazren"... AllahuAkbar.... tersentap saya dengar perkataan MAT*.... Banyak betoi yang abah saya pikir pasal urusan adik saya sebelum abah pergi menemui pencipta.... Tapi tu la, saya rasa semua orang tak suka dengar bila insan2 tersayang sebut pasal MAT* kan.... Bila sebut je word tu, terus tekak saya rasa perit tahan rasa sedih... AllahuAkbar....
Recycle gambar lama
Berbalik pada perbualan kami tadi, kan saya ada bagitahu yang abah saya dah isi borang JPA, nanti kalau abah saya dah takda, duit pencen akan dapat dekat mak saya, bila mak takda, duit pencen akan dapat dekat adik saya... So, abah suruh urus pasal ni la... Memanglah abah saya dah isi borang semuanya dekat JPA tu, cumanya macam bagitahu untuk "ingatan" mereka la pada masa tu... InsyaAllah jika dipanjangkan usia, pasti saya akan uruskan pasal ni... Walaupun kita sendiri belum pasti siapa yang akan pergi dulu... Apa2 pun, moga parent saya dipanjangkan usia... moga tercapai impian mereka untuk menunaikan haji tahun depan... InsyaAllah...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Bergenang air mata bila baca ni... mak ayah kita selalu gitu la ina... mak ayah akak pun masa nak pi tinggalkan kami adik beradik macam2 pesanan... moga mak ayah ina sihat walafiat dan panjang umur serta dimurahkan rezeki... amin...