Tadi saya dapat komen dari Mila Hilas di entry pembacaan Alisha @ kaedah fonetik.. Berkaitan berapa harga buku bacalah anakku, di mana nak cari & sesuai untuk umur berapa...
Buku BACALAH ANAKKU ni dah lama saya beli, tahun 2013... nampak tak? punya lama saya buat pekasam... tahun 2015 baru terhegeh2 nak guna... Time tu saya beli sebab ada offer dari harga RM36.90 jadi RM29.55... Buku ni saya beli di kedai buku hasani... kalau u all nak, bolehla cari di kedai buku berdekatan... tapi tak semua kedai buku ada jual sebenarnya.... Kalau tak pun, u all boleh beli direct dengan pengedar dia di WEBSITE ReadNetwork.. lagi senang... Kalau u all nak tengok yang paker A-Furqan @ ajar anak mengaji pun ada... baca di entry PAKEJ AL-FURQAN & BACALAH ANAKKU.. Harga sekarang tak pastilah pulak saya....
Usia berapa yang sesuai guna buku bacalah anakku ni? Saya pernah tanya soalan yang sama dekat fanpage ReadNetwork masa tahun 2013 dulu.. kalau ikutkan komen dari pengedar buku tu, katanya di usia 3 tahun ke atas...
Katanya kalau bawah 3 tahun, buat aktiviti persediaan membaca.. ajar bunyi huruf... Tapi nak lagi bagus & nak lagi paham, bagi anak dengar lagu abu ada ayam... Selain tu jugak, u all klik link sebelah ni untuk lebih banyak idea katanya.. http://cepatmembaca.blogspot.com/search/label/Rangsangan%20Kesediaan%20Membaca%202-3%20tahun.. tapi saya tengok usia tak sampai 3 tahun pun dah ada yang ajar... so, bagi saya bergantung pada anak2... tengok penerimaan anak2... Lagipun kaedah fonetik ni, bukannya kita nak kene hadap buku tu je... kita jadikanlah pembelajaran tu lebih menarik... Nak tahu apa cara yang menarik?? Tengok di blog pengasas buku bacalah anakku ni...
Untuk u all lebih mudah paham lagi pasal bunyi2 setiap huruf tu, tengok video atas ni... tengok bibirnya camne, gigi & lidahnya camne untuk mendapatkan bunyi yang betul.