Elakkan bagi makanan yang ada gula or garam untuk baby

PENAFIAN : APA YANG SAYA TULIS SEKADAR UNTUK BERKONGSI APA YANG SAYA BACA UNTUK ANAK BAWAH UMUR SETAHUN... SAMADA U ALL NAK BAGI ANAK U ALL MAKANAN YANG MENGANDUNGI GARAM & GULA ATAU PUN TAK, IANYA TERPULANG PADA DIRI MASING2... SETIAP ORANG ADA CARA & PENDAPAT TERSENDIRI DALAM MEMBESAR OR MENDIDIK ANAK2...
        ________________________________________________________________________

Saya ni boleh dikatakan ibu yang sedikit skima la... Takla skima beria sangat tapi ada benda yang saya skima ada benda yang ok2 je... Untuk entry ni saya nak bercerita pasal letak garam or gula dalam masakan anak yang bawah setahun... Macam Afrina sekarang dia dah start makan SOLID FOOD tau.. macam biasalah, bila kita masak makanan untuk anak, mesti akan ada suara2 yang ajar kita masak suruh letak garam... kata ibu Afrina ni skima, takdanya saya nak letak garam tu... Kadang2 risau jugak kot2 ada yang memberi Afrina makan kuih ke, biskut ke atau apa2 je yang ada garam & gula tu.. Kalau saya ada bersama, bolehlah pantau kan, kalau takda, kan tak pasal2 tau2 je tengok mulut anak dah berlemuih... tapi setakat ni Alhamdulillah la, semuanya ok je...

Seeloknya bubur bayi TAK PERLU DILETAKKAN GARAM, sebabnya ginjal anak kita tu masih tak dapat lagi memproses garam dengan jumlah yang tinggi.. Lagipun sistem pencernaan baby masih tak "kuat" lagi.. Selain tu jugak, apa yang saya baca, baby ni sangat "sensitif" terhadap garam.. Ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi baby meningkat... kiranya bahayalah untuk baby kan.... iye saya tahu, mak2 kita dedulu letak je garam dalam bubur nasi kita, sihat je kita sampai sekarang kan?? Itu saya cakap tadi, pemikiran kita tak sama, saya bukan paksa u all jangan letak garam dalam masakan anak u all yang umur bawah setahun tu... ianya terpulang dekat u all... cara kita tak sama... Ianya samalah jugak seperti kes ada orang yang tak kisah bagi anak makan jajan walaupun umur anak belum lagi setahun tapi ada yang tak suka bagi anak makan jajan...

Selalu alasan yang saya dapat bila disuruh letak garam dalam masakan anak adalah nak bagi makanan anak tu lebih sedap.. bagi ada rasa... Hakikatnya makanan anak kita tu takla tawar pun... sedap je.. Tapi disebabkan kita yang dah besar ni, dah makan macam2, di sinilah yang membuatkan kita kata solid food @ bubur nasi anak ni tak sedap... tapi di pihak anak kita @ baby, mereka masih kecik, belum lagi tahu apa itu rasa masam masin manis pahit & segala bagai rasa tu.. Dengan kata lain, bubur baby yang pada orang besar kata tak sedap, tapi pada anak kita, itulah yang paling sedap... Lebih2 lagi kita ibu2 ni yang masak... masakan yang penuh dengan kasih sayanglah katakan.. hehehe

Kadang2 kita lupa, sesuatu yang Tuhan jadikan, semuanya dah ada rasa tersendiri... Ce kalau u all makan nasi kosong, bukan ke dah rasa sedap.. rasa lemak2 sikit... Kalau masak bubur nasi u all boleh je campur apa2 yang ada rasa seperti kurma ke... beli kurma yang ada tangkai tu, lebih ok.. Buat stok ayam sendiri, ayam tu kan dah ada rasa tersendiri... Serius memang sedap... saya pernah buat bubur untuk Afrina yang letak stok ayam, TANPA DILETAK GARAM... Ya Allah, rasa dia memang sedap... bau dia memang wangi... tapi sedap bagi baby la kan... Kalau bagi orang dewasa lain la pulak kan... tapi orang dewasa tu bukan saya yer... sebab saya suka jer bubur Afrina yang letak stok ayam tu.. (",) Ohya, nak bagitahu jugak, kalau u all nak letak jugak garam dalam masakan baby, ini sukatan dia.. baby bawah umur setahun 1gram = 400mg sodium...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Elakkan bagi makanan yang ada gula or garam untuk baby

{ 10 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons April 28, 2015
SUE SOKONG..ALHAMDULILLAH SUE PON NGAN ANAK2 BILA BAGI SOLID FOOD MMG TAK DA TARUK GULA ATAU GARAM...
MOMMYLIN MOMMYLIN April 28, 2015
true sangat.. lg2 bawah setahun
ayuzan ayuzan April 28, 2015
Risau jugak nnt amani start makan. Takut ada tangan menyuap bukan2. Mudah2 an ummi dia ni rajin buat bubur or puree or biskut homeade dan bekalkan ke baby sitter..
Fai Nardir Fai Nardir April 28, 2015
masa dam kecil dulu pun fai langsung tak pernah letak garam dalam bubur dia.. alhamdulillah so far lajuuu je adam makan bubur tu. hihihi...
eima eima April 28, 2015
mmg tak letak pun ..... kami letak ayam la ikan la . buah la mcm2 letak jd la rasanye.... kira original la
Sheila Salim Sheila Salim April 28, 2015
Assalamualaikum kak intan, yeeee selalu gak diasak suruh bagi adam ni makanan yang ada garam gula. cukuplah setakat ni dia dah campur fm sejak sheila mengandung lagi ni. nak yang terbaik untuk anak.. tak semua faham apa yang kita mahukan untuk anak kita sendiri T__________T"

p/s : nak mohon share kat fb tau kak ina...
AnonymousAnonymous April 29, 2015
good info utk ibu2 yg msh ada ank kecil
lynndamya lynndamya April 30, 2015
Salam, haa nice sharing kak...betul juga kan..insyaAllah kena rajin ni nanti klw dh ade anak..nak juga bg dorg makan solid food dpd air tgn sendiri nih..hehe :D
Puan Kutu Puan Kutu May 04, 2015
sy pun skema juga.hehe Afia umur setahun mmg jaga sungguh makan.bubur tu klu nak bagi ada rasa sy letak kismis..rasa semulajadi..kurma of course mmg selalu buat bubur kurma..selagi dia makan bubur sampai setahun plus pun mmg tak pernah letak garam gula..semuanya semulajadi..skang ni je dah letak dah,hehe..
Unknown Unknown May 06, 2015
setuju..hakimi ponsampaisetahun xbg manis n garam..