Warna nasi tomato berlainan dengan warna asal atas faktor pencahayaan.. Btw, ni nasik si anak solehah Aqilah (^_^)
Tadi ketika di Instagram, saya ada share gambar NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH.. Tiba2 dapat komen dari YANA dekat Instagram saya tanya pernah share di blog tak resepi, kononnya macam menu saya tu menggiurkan la.. (^_^)... Sebelum saya baca komen tu, saya baru je reply wassap bagitahu resepi NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH ni jugak dekat adik saya... Tapi bila Yana dah tanya resepi, saya godek2 blog tak jumpalah pulak.. tak pernah share agaknya.. Walau hakikatnya ayam masak merah ni favorite kami & dah banyak kali masak..
Tapi sebelum tu nak bagitahu awal2, AYAM MASAK MERAH SAYA BANYAK VERSI TAU... Ianya bergantung pada bahan2 yang ada di rumah & tekak saya teringin nak makan versi mana satu pada masa tu.. tapi untuk entry ni, saya share resepi yang macam saya masak tadi la yer... Saya suka versi ni sebab rasa macam ayam masak merah dekat rumah kenduri... (^_^).. Ohya, my dear pun pernah puji ayam masak merah saya dekat MIL... Siap bila kami balik Sungai Petani, my dear cakap "kenapa tak bagitahu mak macamana cara nak masak ayam masak merah..."... Adehhh my dear ni pun, dah MIL tak tanya, takkan saya nak bagitahu... kang apa pulak cakap MIL saya... Opssttt tapi saya tak tahu versi mana satu yang my dear maksudkan tu... tapi rasanya versi ni la kot... sebab ketika my dear tegur tu, memang menu kami hari tu ayam masak merah versi yang ini...
Ni je baki ayam yang ada... gambar ni nak tunjuk kepekatan kuah ayam masak merah saya..
Saya punya stail main campak2 je tau... Saya kira nak mudah je... CARA : 2 BIJIK BAWANG BESAR (saya suka letak bawang lebih) + BAWANG PUTIH + CILI KERING + HALIA = BLEND... BUAH PELAGA + KULIT KAYU MANIS + BUNGA CENGKIH + BUNGA LAWANG = TUMIS PASTU MASUKKAN BAHAN BLEND + AIR + AIR ASAM JAWA + SOS TOMATO + SOS CILI + BAWANG BESAR POTONG BULAT + GARAM + GULA = TUMIS HINGGA CILI BERUBAH WARNA MERAH GELAP @ PECAH MINYAK.. KALAU KERING TAMBAH AIR... LEPAS TU MASUKKAN AYAM YANG DAH GORENG DENGAN GARAM + KUNYIT = MASAK IKUT KUAH TAHAP MANA U ALL NAK.. SAMADA NAK KERING ATAU BERKUAH... SIAP..!! Saya lebih suka berkuah.. bukan kuah cair macam kuah gulai tu tapi kuah pekat sikit macam gambar atas tu...
P/S : BAGI SAYA, BILA CILI KITA TU BETOP2 MASAK IANYA AKAN BUAT MASAKAN LEBIH ENAK... BERBANDING CILI TU TAK MASAK... BILA MAKAN ADA RASA CILI... KALAU CILI TU MASAK, IANYA RASA LAIN... TAK RETI NAK TERANGKAN... TAPI BAGI SAYA DI SITU SEDAPNYA RASA KUAH AYAM MASAK MERAH NI...
Alang2 dah buah resepi ayam masak merah, terus je lah share resepi NASI TOMATO yer.. Kang ada yang bertanya pulak... CARA : CAIRKAN MARJERIN PASTU LETAK BUAH PELAGA + KULIT KAYU MANIS + BUNGA CENGKIH + BUNGA LAWANG + DAUN PANDAN + BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA = TUMIS HINGGA WANGI PASTU MASUKKAN SEBIJIK TOMATO YANG DIPOTONG DADU (untuk dijadikan pes)... PASTU MASUKKAN BERAS + AIR + SUSU CAIR (biasa saya tak letak pun, tapi ni letak sebab nak habiskan stok yang dah bukak) + GARAM + SOS TOMATO = KACAU2.. PASTU ANGKAT PERIUK TADI & LETAK DEKAT RICE COOKER... SIAP..!!
P/S : AIR DENGAN SUSU CAIR TU, PANDAI2 U ALL LA AGAK2 YER... CONTOHLA NASI U ALL TU PERLUKAN 3 CAWAN AIR... U ALL BOLEH LETAK, 2 CAWAN AIR + 1 CAWAN SUSU CAIR..
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"