Inilah anak solehah saya si Alisha... kalau tak pegang buku sehari, tak sah... lebih2 lagi pulak, setiap kali atuk dia telefon mesti tanya "kakak dah menulis dah?"... atuk pulak selalu cakap suruh kakak Alisha belajar rajin2... so, sebagai cucu yang mithali, haruslah dia dengar cakap atuk kan... (^_^) Dah la buku2 aktiviti pembelajaran dia tu, atuk yang beli.. so, haruslah atuk tanya kan samada dah menulis ke belum...
Semalam Alisha buat latihan ABC... tulis huruf tu je pun... Alhamdulillah Alisha memang jenis budak yang senang belajar... Dia nak tulis tak perlu ibu dia ni suruh... Macam semalam, dia bagitahu kakak nak tulis... saya cuma cakap, "kakak tiru huruf yang dah sedia ada"... Wah senang tak?... Tak perlu nak ajar2 Alisha menulis sambil pegang tangan dia bagai... Dia sendiri buat... Lagipun benda yang berkaitan dengan penulisan @ ajar menulis sambil pegang tangan, saya dah ajar masa usia dia 2 tahun lebih or 3 tahun lebih... dah lupa pulak...
Bila dia dah siap tulis, Alisha cakap "Ibuuuuu kakak hebat!!"... Tu dia... punya bersungguh anak solehah saya ni sebut dia hebat... mesti dia rasa seronok sangat dapat tulis kan... dengan senyuman dia yang melebar... dengan angkat tangan bagai, memang nampak reaksi wajah dia yang dia rasa dia hebat... Alaa biasalahkan, budak2 bila kata diri mereka hebat... mereka masih suci, bukannya mereka bermaksud mereka tu riak... budak2, apa yang nak dikira sangat.... (",)
Lepas tu Alisha cakap "Ibu, ibu ambiklah gambar... tunjuk dekat atuk"... Ololoooo memang cucu atuk betoi ni.... punya nak suruh ibu dia ni send gambar dekat atuk sebagai bukti dia dah study... hahhaha... Ohya, lupa nak cakap Lepas Alisha kata Kakak hebat tu.. saya jawab "Wah, pandainya anak ibu"... pastu Alisha cakap "Memanglah... sebab kakak nak pergi sekolah... esok kakak pergi sekolah, kakak nak tanya cikgu, kakak hebat tak?"... Alahaiiiii sayang... setiap patah yang keluar dari mulut kamu, mesti tak lekang perkataan sekolah... betapa kamu naknya pergi sekolah... Moga kamu akan sentiasa meminati buku yer sayang.... InsyaAllah tahun depan pergi tadika yer... tahun lagi sekali pergi prasekolah, tahun lagi sekali darjah 1.... huwaaaa cepatnya masa berlalu... anak saya dah besar & jadi kakak yang hebat...!! Opsttt hebat tak Alisha? (",)
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"