Hari Isnin baru ni, my dear pergi KL... My dear tanya saya samada nak balik rumah parent saya or tak.. Saya ambik keputusan untuk tinggal di Sungai Petani ni je... Malas pulak rasa nak balik, kesian dekat my dear... Hari Isnin kene pergi KL, Selasa dah nak balik Sungai Petani semula... Rabu dah keje... macam penat je... so, saya decide kami 4 beranak duduk dekat Sungai Petani ni je... Sepanjang kami kahwin, ini pertama kali kami duduk Sungai petani @ bermalam tanpa suami.. Selama ni kalau my dear pergi KL, kami akan balik Chemor... Disebabkan ini adalah pertama kali, so, haruslah tulis dekat blog ni kan... kikikiii (^_^)
Masa mula2 my dear nak pergi tu, macam biasalah kami anak beranak salamlah dengan my dear kan... Time ni dalam hati tercuitlah jugak rasa sayu... Lebih2 lagi nampak anak2 lambai dekat abah mereka kan... Alhamdulillah handle anak2 memang takda masalah... maybe disebabkan anak2 memang dah 24 jam dengan ibu mereka selama ni kan... Cuma anak2 la bertanya mana abah mereka kan... Macam Alisha bila saya bagitahu abah pergi KL, Alisha pulak pergi bagitahu Afrina cakap abah pergi KL... haha... macamlah Afrina tu paham...
Aqilah pulak bila bunyi kereta jiran sebelah, dikatanya abah dia dah balik... Ohya, Alisha pun beberapa kali tanya bila abah nak balik.. Bila waktu malam, saya hampar tilam depan TV... dorang terlena depan TV tu je... tapi bila saya nak tidur, saya angkat mereka masuk bilik... Alhamdulillah la semuanya ok kan... takda apa2 masalah berlaku time my dear takda... Bila kene tinggal camni kan, tiba2 rasa macam saya ni dah besar... erkk??!!... hahhaha.. macamlah selama ni kecik kan...
Actually my dear pergi KL sebab my dear ada interview... jawatan yang sama jugak cuma gred yang lebih tinggi... Tak taulah dapat or tak... Tapi harap2nya moga ada rezeki my dear la... Kalu dapat, harap nya kekal di tempat lama ni la jugak.. Lagipun lab yang my dear handle ni, dah diperbesarkan.. so, tempat yang besar tu dorang nak letak staf yang lebih "tinggi" jawatannya untuk handle dekat situ..
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Rasanya ina sebut besar tu sebagai perubahan yang dialami kot.. bila dah 4 beranak dengan 3 anak kecil di bawah tanggungjawab ina, pasti lebih utamakan anak dan perasaan nak rindu ke takut ke tu tak difikirkan sangat. Gelagat anak2 pasti dah menguasai keadaan.. apa pun tahniah. Berjaya handle 3 budak kecil sorang2..