Perceraian susu badan dengan Aqilah bagi saya sedikit mencabar berbanding Alisha... Mencabar tu bukan apa tapi disebabkan diri saya sendiri yang tak kuat..!! Bagi saya kalau kita nak cerai susu badan dengan anak, kita sebagai ibu ni harus buat persediaan mental... Yela, HATI KENA KERING...!! Sebab ketika proses perceraian susu badan ni, macam2 ragam anak yang akan kita lalui... menguji kesabaran kita.. bila hati kita kering, InsyaAllah senang untuk berjaya tapi bila hati kita lembut, itu yang susah... macam kes saya & Aqilah ni haaa... 2 BULAN BARU BERJAYA CERAI SUSU BADAN SEPENUHNYA... Ianya mengambil masa yang lama disebabkan oleh saya sendiri yang tak tegas @ tak sampai hati...
Percayalah sesungguhnya saat nak bercerai susu badan dengan anak adalah saat yang teramat susah untuk dilalui... Ketika nak cerai susu badan dengan Alisha dulu pun saya menangis, dengan Aqilah kali ni pun, saya tetap jugak menangis.... Ya Allah... sungguh tak sanggup rasanya bila lihat anak kita menangis nak kan susu badan kita... hakikatnya mereka bukan dapat minum susu sangat pun walau hisap tapi mereka lebih kepada nak mengombeng... Ketika Alisha dulu, proses perceraian susu badan, saya hanya ambik masa tak sampai 2 minggu pun, terus berjaya... berbanding Aqilah 2 bulan baru berjaya... Walaupun macam tu, proses selepas perceraian susu badan dengan Alisha tu yang sedikit mencabar berbanding Aqilah yang lebih senang selepas berlaku perceraian susu badan tersebut...
Cara saya cerai susu badan dengan Aqilah sama je dengan cara saya cerai susu badan dengan Alisha dulu... SAYA SAPU ASAM JAWA DEKAT NIPPLE... Masa Alisha dulu, saya sapu asam jawa dekat nipple, dia macam ingat yang rasa nipple tu masam tau, so, dia terus tak nak, berbanding Aqilah, dia tahu & ingat rasa nipple tu masam tapi dia buat2 tak reti... buat2 tak tahu pasal rasa masam tu... itu yang jadi masalah... dekat sinilah saya perlu lebih memainkan peranan... sebab tu saya kata saya perlu jadi HATI KERING... tapi tu la, bukan senang kita sebagai ibu yang penuh dengan kelembutan ni nak "membentuk" sifat hati kering dalam diri kita tu... Sebab tu saya jadi "lemah" bila Aqilah nak hisap nipple.. saya bagi jugak walaupun tak sampai 5 minit...
Saya start bulan 4 cerai susu badan dengan Aqilah.. dalam tempoh bulan 4 hingga awal bulan 5, saya sendiri dengan rela hati bagi jugak Aqilah menyusu tau walaupun takda susu... tapi disebabkan saya dah mula rasa tak selesa sangat2, saya start dari awal bulan 5 tu, hari2 saya sapu asam jawa dekat nipple... so, bila Aqilah nampak nipple ada asam jawa, dia tak nak lah hisap kan... tapi dalam tempoh tu jugak, bila waktu malam, kalau Aqilah terjaga dari tidur, saya bagi jugak hisap.. last sekali akhir bulan 5 saya memang terus tak bagi dah... time ni saya betoi2 tekad..!! Bila Aqilah merengek nak hisap susu je, saya terus bagi dia minum air.. Start awal bulan 6 je, memang Aqilah terus tak mintak susu dah... dah takda nak merengek2... Aqilah pun dah nak minum susu formula dia tu... Selain tu jugak, Aqilah jadi seorang yang sangat2 senang nak tidur sendiri...!! Bila mengantuk je, dia sendiri yang akan cari port & terus lena... tak kira samada tidur siang atau malam... (",)
Alhamdulillah syukur sangat2 Tuhan permudahkan segalanya.. Jika u all nak baca pengalaman 2 orang anak solehah saya ni cerai susu badan, u all boleh baca entry di bawah label PENGALAMAN CERAI SUSU BADAN..
UPDATE : Secara rasminya Aqilah cerai susu badan ketika umur SETAHUN 7 BULAN + HAMPIR 2 MINGGU