Komen dari rakan blogger yang buat saya rasa tersentuh


Saya dapat komen dari SUE di entry sebelum ni... Serius tiba2 saya pun rasa tersentuh baca komen sue tu... Ketika saya baru berjinak dengan dunia blog, Sue ni antara orang yang terawal saya kenal.. time tu awal tahun 2011... so, nampak tak dah berapa lama saya follow pasal perkembangan Syawal @ anak sue ni... Sekarang ni semakin banyak yang amat sangat perkembangan syawal.. kadang2 saya baca entry pasal syawal, saya sendiri sampai bergenang air mata... alahaiiii dah terasa macam anak sendiri...

Yang pasal FREE DIAPERS Syawal tu pulak... saya tabik la dekat Sue & hubby @ Akob sebab memang bersemangat untuk free diapers Syawal... Secara peribadinya, saya sendiri pun free diapers Alisha di saat Alisha belum pandai bercakap... di usia dia 2 tahun... di saat orang duk bercakap pasal Alisha lambat cakap... Yela, kaum kerabat saya yang sebaya Alisha, time tu dah petah bercakap... Tapi tu la, setiap anak ada kelebihan masing2... tak sangka plak, sekarang ni, ketika mereka sama2 petah berkata2 tapi kaum kerabat saya yang pada awalnya lebih cepat bercakap dari Alisha tu masih lagi pakai pampers... Senyum je la saya dengan situasi tu kan.. walau kadang2 dalam hati teringat ketika orang duk sibuk cakap pasal Alisha dulu... Apa2 pun, setiap anak ada kelebihan masing2... TAPI kadang2 kita sebagai ibu ni kena ingat, kelebihan tu, kita kene "korek" jugak... Kalau kita tak ajar, sampai bila anak kita tak tahu... Kalau kita ajar, InsyaAllah, Tuhan pasti akan membantu kita memudahkan sesuatu urusan...



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 9 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons May 19, 2014
tq ina sentiasa ada di kala sue susah..sentiasa ada di kala org keliling asik itu ini pada syawal..alhamdulillah serius sue kata syawal bukan syawal yg dulu, diam...sekarang dah pandai menyakat adik dier..cikgu dier..serius tau...sue punyer opismate sowang anak dier sama baya syawal..still pakai diapers..sue ada nasihat jugak....tp alasannya dier malas nak layan kerenah anak dier..padahal anak dier cakap mmg lantang N mmg jelas setiap butir bicara tu..mmm..last2 sue kata..."kalo dah malas..akku pon malas layan ko.."...mmmmmm
IntaNBerliaN IntaNBerliaN May 19, 2014
@syawalsimpsons

sama2 sue.. kita support antara satu sama lain..!! kita lebih mengenali anak kita.. apa2 pun saya memang tabik dekat semangat sue & akob... semangat korang berdualah yang buat syawal semakin bagus..!!


ermmmm ianya bergantung pada kita as parent jugak kan... seperti yang saya selalu tegaskan di blog saya... "KITA AKAN BERJAYA JIKA KITA TIDAK MENCIPTA ALASAN.."... termasuk dalam bab free diapers... kawan sue tak kisah takpala... nak wat camne kan
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 19, 2014
Salam K.INa..

hihi..setuju dgn blogger syawalsimpsons..
byk entri2 kak ina berkaitan didikan utk anak2 buat cma sendiri buka mata.. dari tak boleh ke boleh..
tahniah jg buat blogger syawalsimpsons..
good boy syawal :)
DYatie ABakar DYatie ABakar May 19, 2014
Dlm mendidik anak sebenarnya kita banyak tanya pada diri sendiri. Sebab itu Lah dikatakan, anak ibarat kain putih dan kita bertanggungjawab mencorakkan nya. Persoalan pd diri kita ialah kita buat apa, bagaimana, betul2 buat atau melepas batok d tangga dan etc. :)
Masya Masya May 20, 2014
ITULAH SETIAP ANAK ADA TUMBESARAN YG BERBEZA² .. KLU KT SEBAGAI IBU X BG SOKONGAN SAPA LGKAN.. KELUARGA LAH MAIN PERANAN.
Unknown Unknown May 21, 2014
nak mendidik anak2 pon bukan sng sebenarnya kan.. kelebihan anak2 pon lain
QasehnyaRania QasehnyaRania May 21, 2014
alhamdulillah mg pndek kata ats mak ayh sndiri kan..
Mimie Mimie May 27, 2014
Setiap anak berbeza dan ada kelebihan tersendiri...sbgai ibu bapa kenalah sbr melayan karenah anak anak
Fiza Rahman Fiza Rahman June 04, 2014
Setiap perkembangan anak adalah berbeza. CUma cpt dgn lambat jer. NI tgh nak ajar qhalif free diapers.