Urutan Perineal membantu memudahkan ibu bersalin..!!

Secara peribadinya, selama ni saya tak pernah tahu pun pasal URUTAN PERINEAL.. Anak nak masuk 3 orang baru saya tahu pasal urutan ni... Bila dah tahu, terdetik jugak di hati ni nak buat tapi dalam masa yang sama rasa seriau pun ada jugak bila membayangkan cara nak lakukakan urutan perineal ni.... Itu kalau membayangkan yang negatif.. tapi bila membayangkan yang positif, rasa nak buat sekarang jugak... Ohya, tahu ke apa yang positif tu??... Saya ada terbaca yang ada orang lakukan urutan perineal @ urutan perineum ni, dia bersalin takda nak kene potong or nak kene jahit... Tak ke best bila pikir pasal tu... Lebih2 lagi bab2 jahit menjahit ni, Ya Allah... rasa macam tak sanggup dah nak beranak... adehhhh sakit sungguh rasa... uisshhh tiba2 pulak terbayang pasal jahitan dekat "aset" kita tu...

Tak mau tulis panjang2 la, jom baca dulu cara nak lakukan urutan Perineal or urutan perineum ni... eh jap, sebelum tu nak bagi info sikit.. perineum tu maksudnya kawasan sekitar faraj & dubur tau..

    

URUTAN PERINEAL @ URUTAN PERINEUM HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA USIA KANDUNGAN 34 MINGGU KE ATAS & ATAS NASIHAT DOKTOR

  1. Mula2 sekali u all kene pastikan kuku u all tu pendek & benar2 bersih yer
  2. Lakukan urutan ni dengan menggunakan minyak kelapa dara, minyak zaitun or apa2 je minyak yang sumber bahannya semulajadi.. Jangan pulak guna minyak baby tau..
  3. Bila tangan & kuku kita tu dah benar2 bersih, kita carilah port yang selesa untuk kita mencangkung & lakukan urutan perineal ni..
  4. Sapukan minyak dari bahan semula jadi tu tadi dekat jari kita ni haa... 
  5. Letakkan ibu jari kita 1 or 1.5 inci ke dalam faraj & 4 jari lagi di bahagian vontot seperti dalam gambar atas tu..
  6. Tekan2 ke arah bawah iaitu ke arah dubur & ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.. dengan kata lain, lakukan urutan ni mengikut bentuk U.. maksudnya kelima2 jari kita tu la yang bergerak dalam bentuk U tau.. 4 jari yang di vontot & 1 jari di dalam faraj
  7. Lakukan urutan tersebut lebih kurang 10 minit
  8. Urutan ni dilakukan sekurang2nya 4 kali seminggu.. InsyaAllah selepas 1-2 minggu u all akan mula rasa regangan..

Ohya sayang2... lepas lakukan urutan ni, u all boleh jugak buat kemutan pada vagina @ senaman kegel tau.. Eh, ke ada yang tak tahu apa itu senaman kegel?.. Senaman kegel ni kira macam cara kita menahan dari rasa nak terkencing tu haa.. Senaman ni bagus untuk buat otot vagina kita jadi lebih anjal.. dengan kata lain, otot tu boleh mengembang dengan lebih baik bila kita dah nak bersalin nanti.. Otot rahim kita pun akan jadi kuat jugak.. Actually senaman kegel ni, u all boleh lakukan bila2 je u all nak & di mana sahaja tanpa ada sape2 pun tahu.. Alaa bukan susah, u all buat je cara macam nak tahan air kencing separuh jalan & kira sampai 10 lepas tu lepas.. tahan lagi, lepas lagi.. ulang je benda yang sama...

Sama2 lah kita lakukan urutan ni & senaman ni yer.. Moga Tuhan mempermudahkan proses bersalin saya, awak, awak, awak & awak & semua yang mengandung yang tengah baca entry ni... InsyaAllah..

BACA KISAH SAYA LAKUKAN URUTAN PERINEAL @ PERINEUM




"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 24 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim April 30, 2014
Assalamualaikum kak intan, sheila baru nak mula buat ni. hehee nice sharing kak ~~~
Mrs Velentine Mrs Velentine April 30, 2014
MV baru tau pasal ni kak..by the way tq share..semoga dipermudahkan
- AZIE - - AZIE - April 30, 2014
sy pernah cuba ni masa nk bersalin dulu, ada la kot sekali je..tp mcm ngilu2 je..nk cuba lg sekali tup2 terbersalin...
msredcheesecake msredcheesecake April 30, 2014
ok...seriau juga... tapi kalau bule membantu, buat juga lah
Unknown Unknown April 30, 2014
good info untuk ibu-ibu hamil
----- ----- ----- ----- April 30, 2014
oo..kalau tahan kencing bukan dapat batu karang ke..
ke sy yg tk faham...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 30, 2014
@----- -----

maksud saya bukan suruh tahan kencing, tapi cara nak lakukan senaman tu, seolah2 macam kita tahan kencing :-)
ecah khalili ecah khalili April 30, 2014
nice sharing..ecah nak beli mnyak kelapa dara tanamera..tapi xtao nak urut macam mana..thanks utk info..dah faham caranya..^^ =)
Unknown Unknown May 02, 2014
thanks for info.. mungkin satu hari nanti berguna utk deqla.. :)
tifaanvar tifaanvar May 02, 2014
nice sharing. Smga berguna tips ni kepada yg berkenan
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 02, 2014
salam k.ina..

tenkiu for sharing yer.. ^^
Maria Firdz Maria Firdz May 02, 2014
Dh dua anak...buat sekejap aje... Alhamdulillah la ank kecik je lahir kn.. Xde lh jahit byk pun..
Puan Kutu Puan Kutu May 04, 2014
sy tahu tp tak pernah cuba buat sebab seriau.mmg siang malam doa je la bg mudah bersalin.hehe
Unknown Unknown May 05, 2014
Mmg bagus ni kak. Guna myk kelapa dara org kata mujarab xkoyak pon..

Akak try la buat
lynndamya lynndamya May 05, 2014
aaaaa seram pula nak rasa bersalin ni T_T wuwuwu...nice sharing dan info kak, terima kasih..sgt berguna..best juga klw xkena potong kan..ish3...aduh ngeri dah saya ni kak T_T hahaha
Fiza Rahman Fiza Rahman May 06, 2014
Pernah dengar pasal ni. Tapi tak pernah buat pon. Alhmadulillah...bersalin pon senang.
Mimie Mimie May 11, 2014
Kalo ay oregnant leh try urutan nih
irrayyan irrayyan August 04, 2014
Penah buat urutan ni masa preggy anak kedua. Alhamdulillah. 2x push dh keluar baby 3.67kg. Xkena gunting gak. Tapi terkoyak sbb baby besooo..arghhh ngeri igt nih..sakit
Ummi Jual Vitamin Ummi Jual Vitamin August 24, 2015
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
AnonymousAnonymous October 09, 2015
Yg xkawen blh trai dak
AnonymousAnonymous October 09, 2015
Yg blom kawen blh cuba dak
IntaNBerliaN IntaNBerliaN October 20, 2015
@Tanpa Nama

yg belum kawen, untuk apa try yyer? tujuan urutan untuk memudahkan ibu bersalin...