Bukan senang untuk menjadi tegas jika dalam hati kita tu lembut

Bukan senang untuk menjadi tegas jika dalam hati kita tu lembut sebenarnya.. tapi untuk  kebaikan, kita perlu menjadi HATI KERING.. Nak cerita dekat u all pasal hari Jumaat malam baru ni...

Lepas main2, Alisha tertidur depan TV tau.. dengan mainan dia penuh la.. dengan flash card berterabur... flash card alisha bukan sekeping dua tapi 100++.. time tu dah pukul 11 lebih dah pun.. Lepas siap kerja saya, saya pun kemas la barang2 Alisha tu.. sekali tengah saya kemas flash card, Alisha boleh terjaga & nangis2 tak bagi saya kemas... saya kemas barang mainan lain pulak, dia marah jugak.. kemas yang bersepah dekat dapur pulak.. pun alisha marah jugak... angin kus kus alisha dah mai la tu.. hihii.. ragam budak baru bangun tidur lah katakan.. (",)

Bila Alisha tak bagi kemas, saya ambik Aqilah & cakap.. "Jom Aqilah kita pergi tidur, kakak tak mau tidur, dia nak jaga rumah".. sambil berjalan masuk ke bilik.. time tu alisha tengok je saya... Saya cakap dekat Alisha.. "Kakak kalau nak tidur, kemas semua mainan tu dulu baru masuk bilik..".. Bila saya dah baring atas katil tu kan, Alisha datang berdiri tepi pintu bilik sambil mengintai saya & Aqilah... kesian pulak saya tengok muka Alisha time ni.. Saya tanya Alisha nak tidur dah ke... dia cakap tak nak... lepas tu saya cakap lagi kalau nak tidur, kemas semuanya baru masuk tidur.. kalau tak, jangan masuk bilik.. Hati saya ni bertambah2 kesian tengok muka alisha...

Saya cakap dekat Alisha lagi.. "Kakak pergi kemas semua mainan tu & jom tidur.. nanti ibu peluk kakak"... 2 3 kali saya cakap benda yang sama... tiba2 Alisha bergerak ke arah flash card dia tu...Dia kutip satu persatu flash card dia tu simpan dalam bag... kutip satu persatu mainan dia, simpan dalam bakul.... PERASAAN SAYA TIME NI?? Rasa macam nak turun dari katil & nak peluk alisha...!!! Kamu anak yang sangat baik sayang...!! Lepas dah siap semua... Alisha duduk makan snek sambil bersandar dekat dinding, betoi2 mengadap pintu bilik...

Saya rasa sayu tengok situasi tu, terus depakan tangan.. Alisha yang tengok, sepantas kilat datang ke arah saya.. so, berlakulah adegan hug & kiss anak & ibu... (",) Normally, lepas main, memang Alisha kemas mainan dia... tapi masa kejadian tu, Alisha dah tidur so, saya tolonglah kemas... tu yang dia mengamuk.. Ohya, untuk pengetahuan u all, situasi dekat atas ni, berlaku dalam keadaan relax yer.. maksud saya, nada suara saya tu, biasa je.. macam saya sembang biasa.. bukannya marah2 dia menangis ... 

Nak bagitahu u all yang anak2 kita ni nak sangat kita peluk mereka... mereka akan rasa lebih disayangi.. Cara psyco yang saya tegaskan selama ni adalah untuk anak2 yang umur Alisha.. yang anak2 dah bersekolah tu saya tak tau la yer.. lagipun, lagi elok jika u all nak guna pendekatan psyco ni ketika anak masih kecik... Apa2 pun, anak2 kita dah tentu kita lebih mengetahui macamana cara nak lembutkan mereka... (",)

Gambar Alisha malam tadi... mainan yang dia dah kemas & nak disimpan di bilik tengah

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

{ 22 comments.. read them below or add one }

JunAina JunAina August 26, 2013
Akak pun senang macam tu minta anak buat sesuatu kemudia bagi upah atau minta upah dari anak2 biasanya ciumlah. Anak yang besar selalu malu2 kalau kat tempat terbuka dia akan cakap open spacelah mama org ramai tapi kalau adik (9 tahun) dan2 tu dia hulur je pipi!
Salma Othman Salma Othman August 26, 2013
budak2 memang macam ni kan.memang sentiasa perlukan kasih sayang kita.suka dimanjakan..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI August 26, 2013
aminn..

beruntung mereka punya ibu yg memhami =)
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief August 26, 2013
Alisha anak yg bijak..sayu juga bc n3...wani tiap2 hr peluk qalief smp dia rimas kdg2 haha
syawalsimpsons syawalsimpsons August 26, 2013
sue pon sokong cara tu..sebab serba sijit sue pon buat mcm tu jugak
ayuzan ayuzan August 26, 2013
sebak juga baca bila alisha dtg bilik tengok kak ina..
Masha Meisters Masha Meisters August 26, 2013
hehe...alahai anak....kalau tengok muka sedih dye mesti cairrr
Unknown Unknown August 26, 2013
Anak lelaki dan anak perempuan berbeza penerapan, dan cara ibubapa mengajar anak juga berbeza caranya... akak memang tegas dgn anak2, dan dalam masa yg sama manjakan juga mereka... mereka senang memperolehi apa sahaja dgn syarat apa yang akak mahu mereka tunaikan dan alhamdulillah mereka senang dgn cara penerapan akak....
QasehnyaRania QasehnyaRania August 26, 2013
hye alisha..
bagus dia ;)
UmmiAbi UmmiAbi August 26, 2013
Good girl Alisha ni..:)
Unknown Unknown August 26, 2013
jijah pulak terharu...huuhu naluri seorang ibu kot..
CtAyue CtAyue August 26, 2013
bagus cara ina tu.. ayu ni pun guna kdg guna cara sama tp kdg suara meninggi jugak..hihi... tp mmg anak2 akan ikut kalau kite cko dgn suara rendah..berbanding nada suara tinggi.. dia buat tak tahu jer
Mimie Mimie August 26, 2013
betul tuh kak ina...budak2 sebaya alisha lebih suka layanan yg ala ala manja tau....insyaAllah diorang akan dengar..kalo kite mrh2 herdik n pukul diorang lg akan tnjuk kedegilan diorang....dengan budak2 baya alisha kne ckp dgn nada lembut tak boleh nak mrh2 sbb kalo kite mrh2 n tengking diorang akan fikir kita tak syg diorang lg...
Unknown Unknown August 26, 2013
comel je dia senyum..itula..kalau dimarah lagi memberontak
Dayang Deno Dayang Deno August 27, 2013
sama la juga deno.. kalau adam khaleef tu, susah juga nak tegas sbb deno jenis tak reti nak marah.. baisa buat tegas je la.. ckp kalau tak kemas cikcu taknak kawan.. terus dia kemas... kesian juga kdg2 dah mengantuk pun kemas :)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ August 27, 2013
Salam K.INa..

huhu..ha'ah la.. kenapa ye bila kita nk kemas brg2 yg anak2 sepahkan diorg menagis? CMa selalu berdrama dgn faiz. sbb seri dia rajin kemas bila sepah2kan..tp faiz, cukup x suka kemas brg2 mainan dia..tp bila kita kemas, dia mengamuk2.. huhu..tensi disitu..

good girl alisha..kiss satu kali! :)
haryati haryati August 27, 2013
betul tu kena byk2 sabar kan dlm mendidik anak ni...
Unknown Unknown August 29, 2013
suka baca citer ina mendidik anak tp x tau la camne deqla nnti bila ada anak.. hrp2 dpt la sesabar yg boleh.. in shaa Allah..
Mrs Velentine Mrs Velentine August 29, 2013
selalu buat...tapi kadang2 terbit rasa kesian..tapi dalam mendidik kena perlu ada pengorbanan kan kak