Saya rasa sungguh menyesal & bersalah dekat Alisha... Baru2 ni, kami 4 beranak tengah baring2 atas katil.. Alisha macam biasalah.. mesti nak cium2 adik dia.. main2 dengan adiklah.. sampai ke kepala dia, dia pergi letak atas badan adik dia.. Dah beberapa kali saya cakap, "Alisha, nanti adik sakit alisha buat macam tu".. tapi dia tetap jugak nak gomol2 adik dia tu.. Entah macamana, mulut saya laju je cakap "Degil sungguh" dekat Alisha....
Lepas tu my dear tegurlah saya "Elok sangat cakap macam tu.... dia jugak yang cakap apa yang keluar dari mulut, satu doa"... Ya Allah Ya Tuhanku... tersentak saya masa tu... kenapa saya boleh cakap macam tu.... Sampai terlena saya duk terpikir pasal tu... rasa bersalah sangat... & saya terlena sambil memeluk alisha...
Saya jenis seorang yang jarang @ tak suka sebut perkataan2 macam tu tau... Saya ni risau takut aqilah sakit bila alisha letak kepala atas aqilah walaupun hakikatnya, aqilah tak menangis pun... saya je lah yang lebih2.. yela, aqilah kan masih kecik... Rasa bersalah saya tu buat saya mengimbau kembali masa alisha kecik.. Ya Allah, takkanlah kerana anak dah 2 orang saya jadi macam ni... kekurangan kesabaran..
Yap, u all akan katakan ianya normal, mesti kita akan stress.. Tapi tidak bagi saya.. sebab ia menggambarkan yang saya ni tak pandai nak control diri.. tak nak setan bersorak sakan tengok dia telah berjaya hasut saya..huhh!! Yap, manusia tak perfect tapi saya bukanlah jenis yang suka jadikan sesuatu alasan untuk membenarkan saya buat "sesuatu".. Bila kita hidup dengan penuh alasan, susah untuk kita berjaya untuk menjadi seperti yang kita impikan.. sebagai contoh, untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak2... Ibu yang akan menjadi tempat anak2 ceritakan segala cerita harian mereka segala masalah mereka...
Sorry ye Alisha... Ibu sayangkan kamu..!! Ohya, bagi saya, satu tips untuk kita cepat2 redakan diri kita dari 'kekurangan kesabaran" adalah... ingat ketika anak2 kita kecik.. betapa kita sayangkan mereka sampai nyamuk gigit pun, mati nyamuk tu kita kerjakan... hehheh.. Lagi satu, ingat ketika saat kita nantikan kelahiran mereka.. betapa seronoknya kita saat tu... (",)
Saya nak share dengan u all apa yang Kak Nora Karim lakukan dalam cara dia mendidik anak.. Saya suka & excited nak kongsi dengan u all.. Moga kita sama2 boleh jadi ibu yang terbaik untuk anak2... Moga kita dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi... (",) Ohya, Kak Nora tinggalkan komen ni di entry INI
Kak Nora cakap kalau kita rasa nak marah anak kita... cepat2 peluk... then ckp kat anak
"mama sedih..." then peluk beberapa minit... (kalau boleh keluar air
mata lagi bagus).. lepas tu baca la doa... sebut nama anak tu...
cth: "Ya Allah, Ya Tuhanku.. Kau berilah kesabaran padaku untuk mendidik
amanahMu, ____ (sebut nama penuh anak)"
P/s : Jangan jadikan alasan kita stress untuk memarahi anak tapi cari jalan penyelesaian untuk control rasa stress tu... so, anak2 takdalah kena marah disebabkan hal kecik seperti sepahkan rumah... hihii.. (^_^)
P/s : Saya akan cuba up kan komen2 yang ada "isi" untuk dikongsi dengan u all.. Thanks jugak sebab u all selalu tinggalkan komen yang ada "isi" untuk saya sentiasa ingatkan diri sendiri...