Saya dikira bertuah sebab dapat anak macam Alisha yang boleh diharap untuk tengok2kan aqilah... Alisha ni bukan jenis yang pukul adik.. sayang adik adalah.. (",) Ohya, kalau u all nak tahu, alisha ni.. kalau dia yang kena 'pukul' dia takda nak pukul balik pun.. tapi gelak2 adalah.. kiranya dia tahu yang adik2 @ rakan sebaya tu just nak main2 je dengan dia.. hihii..
Sebagai contoh, kelmarin, anak saudara adik ipar saya datang rumah.. umurnya baru nak masuk 9 bulan.. kiranya pangkat adik2 lah dengan alisha kan.. alisha ni main2 lah dengan adik tu, yang si adik tu, main siap tarik2 rambut alisha.. hahahha.. Alisha ni gelak je, siap hulur kepala suruh adik tu buat lagi.. ahhahah.. agaknya dia paham yang adik tu masih kecik.. & itu cara adik tu nak bermain.. (^_^)
Tapi kan, dalam pada alisha jenis tak pukul adik pun, saya ni rasa rimas jugak, sebabnya alisha suka sangat kiss adik dia lah.. baring sebelah adik dia lah... dah la adik tu tengah tidur.. adoiii laa.. Tapi nasib baik jugak si aqilah ni baik.. takda nak nangis2.. setakat geliat2 gerakkan badan adalah... tapi kan u all, saya ni pun jahat jugak, kadang2 kan, bila alisha duk kiss sangat adik dia, saya cepat2 cakap, "adik nak susu" & saya terus angkat adik dia.. ahhahahha... tapi bila letak bawah semula, dia sambung kiss balik adik dia tu.. hahahahhaha alisha... alisha...
Ohya, lupa nak cakap, alisha ni boleh diharap jugak tau u all.. kalau kita cakap suruh duduk sebelah adik sebab nak buat kerja jap.. dia betoi2 duduk sebelah adik dia tu... duduk diam2 jaga adik.. hihii