Gamebook untuk anak2 belajar sambil bermain

Sekarang ni saya busy siapkan bahan pembelajaran untuk anak2 saya... Iyer iyer, saya ada buat homeschooling jugak anak2 dekat rumah.. Sekarang ni dah nak cuti sekolah, lagilah saya nak buat macam2 aktiviti untuk mereka kan... Yang dah siap baru GAMEBOOK ni haa... Tapi tu pun masih ada lagi yang saya belum print.. puncanya ink warna untuk printer saya dah tak mencukupi.. So, buat masa ni, anak2 layankan je la aktiviti yang tanpa warna ni dulu... Ibu tengah semput ni haa.. tak mampu nak beli ink warna lagi buat masa ni.. hahhaha.. Mana taknya u all, ink warna seketoi tu dah RM67... saya hanya guna sekali hadap je untuk seketoi tu... Sekali hadap untuk buat BUSY BAG anak2 solehah saya ni... itupun belum habis print jugak lagi... tapi ink sempat habis dulu...!! 


Antara yang saya dah print & laminate aktiviti untuk BUSY BAG anak2 saya, macam gambar atas ni yer... tapi untuk entry ni, lupakan dulu pasal BUSY BAG, fokus pada GAMEBOOK dulu... BUSY BAG tu, nanti saya dah siap, baru saya buat entry... siap saya berkongsi link lagi untuk u all print out nanti... tapi tungguuuuuu... (^_^) Sekarang ni, moh la layan GAMEBOOK anak solehah Alisha & anak solehah Aqilah ni dulu... (31 idea untuk busy bag)


Nak buat gamebook ni bukan susah pun u all... Cuma perlukan kerajinan je... Ada komputer, ada printer, ada mesin laminate, bila2 masa u all boleh buat gamebook ni... Tujuan laminate aktiviti untuk gamebook ni sebab nak bagi tahan lama.. Kiranya nanti bolehlah jadikan buku ni sebagai khazanah turun temurun... hahhah... Dari kakak2 sampai lah ke anak yang bongsu tu haaa... kalau u all nak buat tapi takda laminator nak laminate, tak laminate pun boleh je... cumanya nanti bila nak buat aktiviti tu, ia akan direct tulis dekat kertas la kan... berbanding dengan laminate ni, conteng di plastik laminate guna marker... so, marker tu boleh padam & boleh diulang2 guna aktiviti tersebut...


Aktiviti yang saya buat untuk anak2 solehah saya ni, saya buat ikut apa yang mereka minat disamping mengikut usia... Macam untuk anak solehah Aqilah @ 3 tahun, saya banyak print untuk aktiviti mewarna selain dari aktiviti pre-writing & sambung dot2... Manakala untuk Alisha @ 5 tahun, saya buat aktiviti symmetry, sambung dot2, mewarna, matematik, cari barang tersembunyi, maze dan lain2... 

U all pun boleh print out untuk buat dekat anak u all... Senang je, u all cari apa2 je aktiviti yang u all nak bagi anak u all, lepas tu u all save & print... Kalau tak pun, klik je link sebelah ni yer... saya dah tolong google untuk u all... Nanti u all direct akan sampai ke google images... Tracing, Symmetry, Draw the missing part, colour by number, maze, hidden, joining dots, spot the differenceword search, pre-writing, pre-drawing, Alphabet maze, tracing & writing, simple counting, time, tracing & writing number, Shapes, shadow matching.. Ini antara aktiviti yang saya ceduk dari blogger jiji... Kalau nak, u all klik je link tu satu persatu yer...


Nak bagi anak guna, u all belikan mereka marker yang boleh padam... guna marker untuk white board tu pun boleh je... tapi saya guna washable marker... Banyaklah sikit warnanya... kata nak buat aktiviti mewarna... hihi... Ohya, marker ni my dear beli dekat kedai alat tulis RM9.90.. rupa2nya dekat diy pun ada jugak... sebijik macam ni harga rm5.90 je... haihhh... beza rm4 tu... tambah lagi RM1.90 dah boleh dapat 2 washable marker...


GAMEBOOK ni memang buat anak saya fokus... U all bayanglah, anak solehah Aqilah yang selama ni jenis susah nak fokus, kalau mewarna, gambar A tak sempat siap, dah buat gambar B... tapi bila ada gamebook ni... Dia duduk buat dari awal sampai akhir... dah siap baru dia bergerak... selagi tak siap, dia duduk mewarna tu je la... hebat kan pengaruh gamebook ni?? Saya pulak yang seronok tengok anak nak belajar.... Gambar atas tu, bunga tu Aqilah @ 3 tahun yang warna manakala gambar orang tu, Alisha @ 5 tahun yang warna... Aqilah sekarang pun dah pandai mewarna tak keluar garisan...

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

{ 17 comments.. read them below or add one }

MOMMYLIN MOMMYLIN November 16, 2015
seronok kan buat semua ni. lin sekarang buat yang mudah2 je. nnt makin besar boleh buat yang macam ni pula.
MOMMYLIN MOMMYLIN November 16, 2015
seronok kan buat semua ni. lin sekarang buat yang mudah2 je. nnt makin besar boleh buat yang macam ni pula.
Liyana Anuar Liyana Anuar November 16, 2015
rasanya ada nampak kat fb homeschooling kan ..hehe
syawalsimpsons syawalsimpsons November 16, 2015
baguih ni,,,,si izz pon mula tunjuk minat sekarang ni
Unknown Unknown November 16, 2015
Seorang ibu yg baik n prihatin ttg keperluan anak2 n anak2 dpt mengisi masa ngan aktiviti yg berfaedah.good jobs
Unknown Unknown November 17, 2015
rajinnya kak ina.. beruntung anak2 akak..
terbaikkk!
Persada Global Holidays Persada Global Holidays November 23, 2015
Pengisian yang terbaik dan bermanfaat dari saudari. Semoga blog saudari mendapat lebih banyak sambutan dimasa hadapan! Keep it up!
Aryan azra Aryan azra November 24, 2015
seronok kan bila dapat buat sendiri buku2 macam ni untuk anak2, akak pun ada buat juga sikit2
Puan Kutu Puan Kutu November 24, 2015
owhh ibu alisha aqilah afrina soo rajin..tak beli laminating lagi so takbley buat..kukuh tak alasan.haha
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip November 27, 2015
beli printer laser jet la kak.. banyak boleh print =)
colour pun sama..
nini nini November 30, 2015
Bestnyaaaa nini ari tu siap nak beli mesin laminated...tapi cancel...sebab nak letak dalam plastik je....hahaha..jimat bajet punya pasal...hihi
lynndAmya lynndAmya December 03, 2015
Salam, haaa tgk benda2 cmni buat sy excited la hai nak dpt anak..hahaha xsabar nak buat camni jugak dan ajar anak2..yeayyy
Loviey_Fiey Loviey_Fiey December 07, 2015
salam akk.. washable pen tu mmg ad kat semua mr diy ke.. sy carik x jumpa.. tnya staf pon x taw.. huhu
IntaNBerliaN IntaNBerliaN December 08, 2015
@Loviey_Fiey

itu saya takpasti pulak...

maybe ada la kot.. sebab permulaan saya tahu diy ada jual ni pun dr mommy2 yg beli dekat diy tempat masing2... tp diy dekat tempat awak tu, saya tak pasti pulak..

ce try tunjuk gambar kat staff tu... :)