Pembelajaran ni tanpa menggunakan modal yer.. Cuma menggunakan masa yang berkualiti kita dengan anak.. hihii.. Saya memang suka melayan anak2 ni.. macam aqilah ni, lagilah suka, sebab suka dengar dia ketawa mengekek.. heheh.. Aqilah sekarang memang saya dah start mengajar dia.. Alaa bukan mengajar beria pun.. mengajar sambil main.. hihii
Antara cara yang saya lakukan, setiap hari saya akan lakukan senaman dekat Aqilah.. samada, buat kakinya macam kayuh basikal, or angkat kakinya ke atas, macam entry sebelum ni, or gerakkan tangannya ke atas, bawah, kanan & kiri... sambil2 buat senaman tu semua, saya akan mengira 123 sampai 10.. tapi dalam tone berlagu la sikit... baru syok.. ekkeke... Yang lagi syok, sebab bila buat aktiviti ni, saya bukan setakat ajar aqilah, tapi alisha pun join sama... hihii.. saya mengira, dia pun sibuk jugak mengira.. Last2 suruh buat senaman jugak dekat dia.. kah kah kah...
Lagi satu, saya bagi Aqilah tengok cermin.. Opsttt, tujuan saya, adalah nak aqilah kenal mana satu mata, mata satu hidung, mana satu mulut & lain2... Tapi takdalah saya kenalkan macam tu je.. haruslah ada penjelasan sikit..sebagai contoh, saya akan cakap "Ini mulut Aqilah.. mulut ni lah yang minum susu ibu".. "Ini telinga Aqilah, telinga ni lah yang sentiasa dengar suara ibu yang lemak merdu ni"... hahahhhahha Itu antara contohla.. u all boleh je buat ayat lain.. hihii.. Bila kita explain, so, anak2 boleh tahu, apa fungsi mata, apa fungsi mulut, apa fungsi telinga & sebagainya... (^_^)