Hari ni menu lunch kami adalah sotong goreng tomyam versi tokok tambah.. hihi Actually, saya ambik resepi ni dekat My Resepi tapi macam biasalah.. mesti kena ada tokok tambah sebab nak sesuaikan dengan citarasa tekak sendiri kan.. hihihii.. Bagi saya menu ni sedap jugak.. first time try & first time makan... (",)
Cara buat dia senang je.. Mula2 tumis bawang besar + bawang putih + halia (mayang) + serai (ketuk) + cilipadi (tumbuk).. lepas tu masukkan sotong yang dah digaul dengan garam + kunyit.. Masukkan air.. bagi didih sekejap lepas tu masukkan daun limau purut, sos tiram, sos cili.. lepas tu sy letak tomato... siap... senang je.. sekali sekala ubah selera.. hihii.. Nak tengok resepi asal KLIK SINI (",)