Secara peribadi, saya memang sangat2 berminat untuk mengajar anak saya ketika kecik ni lagi.. seperti yang pernah saya cakap sebelum ni... 3 tahun pertama adalah sangat penting untuk anak2 kita menyambung seberapa banyak sel2 otak yang berada di dalam otak mereka tu..
Untuk pengetahuan u all, ketika anak kita dilahirkan, anak2 kita mempunyai 1,000,000,000,000
( 1 trilion ) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam tempoh setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda. Sebab itulah jugak, saya cakap 3 tahun pertama adalah sangat penting untuk kita mendidik anak2 kita!!! Otak anak2 kita berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.
( 1 trilion ) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam tempoh setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda. Sebab itulah jugak, saya cakap 3 tahun pertama adalah sangat penting untuk kita mendidik anak2 kita!!! Otak anak2 kita berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.
Saya bukan seorang guru yang sangat banyak ilmu untuk mengajar anak saya tapi saya hanyalah seorang ibu yang ingin melihat anak saya berjaya di satu hari nanti.. Sebab tulah, saya tak kisah rumah saya jadi macam taska pun.. hihii.. Ohya, bukan rumah sendiri tapi rumah sewa.. hehheh..*Kalau rumah sendiri lebih dari TASKA kot saya buat..hihii* Saya tak kisah apa anak saya buat sebab saya tahu dia dalam proses pembelajaran tapi segala aktiviti dia di bawah pengawasan saya la.. (",)
Saya banyak ajar anak saya dengan flash card la.. tak kiralah samada.. ianya dalam bentuk kertas or dalam bentuk slide show dekat komputer ni haa... selain tu, sambil2 saya bersembang dengan alisha saya suka mengeja.. contohnya, kalau dia main sudu.. Saya bagitahulah.. "Alisha, ini nama dia SUDU.. S.U.D.U. = SUDU..".. Walaupun alisha belum pandai bercakap bahasa kita tapi saya tahu, sedikit sebanyak input tu akan masuk ke dalam otaknya.. Bahasa kita fail, bahasa "German" sangatlah dia pakar...hahhahha
Saya memang berminat nak ajar anak saya ni.. cuma tu lah.. saya sendiri bukannya tahu sangat cara nak mengajar ni... ilmu yang ada pun hanyalah sekadar dari pembacaan saya tentang pembelajaran.. Actually, dari ketika pregnantkan alisha lagi, saya telah mula mencari @ membaca apa2 je maklumat untuk mengajar anak ni.. Sementelah saya pun adalah seorang suri rumah sepenuh masa, so, saya mempunyai 24/7 masa bersama dengan Alisha..
U all pulak, macamana u all ajar anak u all yer?.. Kongsilah tips u all jugak dengan saya supaya kita boleh sama2 pratikkan ia.. Lagipun saya tahu, kita semua ibu2 ni, pasti nak yang terbaik untuk anakkan.. (",)
galakkan anak2 sukakan buku yg bergambar sebab gambar itu membantu mereka utk lebih faham.kite percaya anak sis akan membesar menjadi anak yg cerdik :)