Alisha ni bila time nak mandi, dia bukan main lagi suka.. yela, dapat main air.. siap dia sendiri yang nak bukak baju & seluar dia.. muahhahha.. Tapi selain dari suka main air, dia suka sebab dapat berus gigi... hihihii
Masa mula2 tumbuh gigi, saya berus gigi dia guna berus gigi getah yang nak kena sumbat dalam jari kita tu... Ohya, tapi sebelum ada berus gigi getah tu, saya cuci @ lap gigi alisha guna kain bersih.. Tapi bila alisha dah memahami apa itu gosok gigi, dia mulalah nak guna berus gigi saya.. aduss...
Last2, my mum bagi alisha berus gigi yang soft punya.. kiranya yang sesuai untuk dia la kan.. My mum ni kerja klinik gigi, so, dapatlah alisha berus gigi free.. dah jimat duit saya 5 6 hengget.. Walaupun sebenarnya baru2 ni saya dah teringin & dah siap godek2 berus gigi yang bermacam2 bentuk dekat Tesco tu... adusss... sabar2, nanti akan saya beli jugak..hihii
Pandai tak alisha gosok gigi??.. muahhahah.. Lepas gosok gigi dia, sibuk nak gigit pulak berus gigi tu.. alahaiii.. macam2 pesen..
"Ibu, putih tak gigi alisha?"... hahhahhah putih sampai bersinar anak oiiii... dengan bedak bertempek satu muka.... hahahhaha
P/s : Alisha berus gigi tanpa menggunakan ubat gigi sebab masih belum sesuai dengan usia dia yang baru 15 bulan (",)