Pssttt, rumah saya takda pisau potong agar2 so saya bantai guna pisau biasa... tapi ada hati nak tayang jugak dekat blog.. muahhahhahah
Actually saya dah lama teringin nak buat puding roti ni selepas saya tengok resepi dekat blog Tina.. Tapi yang Tina punya lagi cantik menarik tertariklah.. orang dah pakar.. saya ni sekadar untuk makan sendiri lepas lah... muahhaha.. Bila makan sejuk2 selepas simpan dalam peti ais.. pergghhh nyaman je rasa tekak ni.. ececcece... sedap tau.. u all pun boleh try.. petang semalam saya suruh jugak my dear pergi beli roti.. hihii
Mula2 saya panaskan sepeket agar2 serbuk + air 4 cawan, bila dah larut tambah gula.. lepas tu bila mendidih campurkan bahan blend (4keping roti yang dibuang tepi + sebiji telur + 300ml susu cair).. dah mendidih masukkan 2 sudu mentega kacau hingga sebati.. lepas tu saya asing kepada 2 bekas sebab nak buat 2 warna.. & then letaklah ke dalam loyang ke dua2 adunan tadi.. siap.. hihii.. Kalau nak resepi lebih detail, pergi tengok dekat blog Tina (",)